Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua demam campak yang berkesan.

Demam campak atau Rubeola berlaku akibat jangkitan virus measles. Biasanya ia disedari apabila ruam mula naik pada kulit.

demam campak

Sumber: Peruinforma

Bagaimana demam campak berjangkit?

Demam campak berjangkit melalui dua cara iaitu:

  • Melalui cecair dari pernafasan seperti batuk, bersin, dan menghembus hingus. Cecair pernafasan tersebut akan berlegar din udara dan menjangkiti mereka yang berdekatan.
  • Menyentuh barang yang dicemari oleh cecair pernafasan pesakit yang dijangkiti demam campak.

Apakah simptom demam campak?

Virus demam campak akan berumah didalam badan selama 10 – 12 hari sebelum pesakit mula menunjukkkan tanda demam campak seperti:

  • Demam dengan suhu yag sangat tinggi.
  • Batuk.
  • Selsema.
  • Sakit tekak.
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya yang terang.
  • Sakit pada otot dan sendi.

Pada hari ke15, ruam akan mula timbul di permukaan kulit di seluruh badan. Biasanya ruam akan mula tumbuh di bahagian muka dan kepala, kemudian semakin merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 hingga 7 hari.

Semasa ruam timbul di seluruh badan, suhu badan akan menjadi sangat tinggi dan anda akan mengalami demam yang teruk. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Apakah komplikasi demam campak?

Kebiasaannya, demam campak akan sembuh seperti sediakala tanpa sebarang simptom merbahaya. Walau bagaimana pun, pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang rendah atau mengalami masalah kekurangan zat makanan mempunyai risiko untuk mengalami komplikasi berikut:

  • Jangkitan telinga.
  • Jangkitan paru-paru atau Pneumonia.
  • Jangkitan otak atau Encephalitis.
  • Cirit-birit.

Apakah rawatan untuk demam campak?

Tiada rawatan yang akan diberikan untuk demam campak memandangkan ia akan pulih dengan sendiri. Walau bagaimana pun, rawatan akan diberikan untuk mengurangkan gejala campak seperti:

  • Semasa pesakit demam, panadol akan diberikan untuk menurunkan suhu badan.
  • Ubat batuk diberikan jika pesakit mengalami batuk.
  • Ubat tekak diberikan jika pesakit mengadu sakit tekak.
  • Ubat selsema akan diberikan jika pesakit mengalami selsema.
  • Sekiranya pesakit mengadu mata berair, ubat titis mata akan diberikan.

Bolehkan demam campak dicegah?

Demam campak boleh dicegah dengan mengambil suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) mengikut dos yang ditetapkan.

demam campak

Sumber: Tribunnews

Apakah petua demam campak yang berkesan?

Sekiranya anda atau anak dijangkiti demam campak, berikut adalah petua berkesan yang boleh diamalkan.

1. Pakaikan bedak sejuk

Bedak sejuk yang disapu pada ruam akan membantu menghilangkan gatal dan membantu ruam untuk hilanng dengan lebih cepat. Sifat bedak sejuk yang menyejukkan menjadikannya petua demam campak yang sangat berkesan.

2. Jangan makan kicap

Kata orang tua, kalau kena demam campak, jangan makan kicap selagi ruam di badan tak kering. Tujuannya ialah untuk mengelakkan parut yang hitam, gelap, dan buruk.

3. Jangan kena hujan

Selain jangan makan kicap, mereka yang sedang demam campak juga perlu mengelakkan daripada ditimpa hujan bagi mengelakkan parut yang buruk dan tidak cantik.

4. Minum air kelapa

Apabila anda minum air kelapa, ruam akan keluar dengan lebih cepat, sekali gus memendekkan tempoh masa anda terkena demam campak. Lagi cepat ruam habis keluar, lagu cepat anda sihat. Itulah formulanya.

5. Kuning telur rebus

Kuning telur rebus membantu mengurangkan kegatalan dan membantu ruam cepat kering.

6. Air cucian beras

Apabila anda memasak, simpan air cucian beras yang terakhir untuk disapukan pada ruam yang tumbuh akibat demam campak. Seperti bedak sejuk, air cucian beras juga bersifat sejuk dan membantu mengurangkan kegatalan akibat ruam yang tumbuh.

demam campak

Sumber: Kasyah

7. Jangan gunakan sabun mandi

Sepanjang tempoh anda ditumbuhi ruam akibat demam campak, elakkan menggunakan sabun mandi kerana baham kimia dari sabun mandi akan menyebabkan kerengsaan pada kulit yang ditumbuhi ruam. Ia juga boleh menyebabkan anda berasa pedih.

8. Sapukan calamin lotion

Calamin lotion adalah losyen barwarna pink yang sejuk. Ia membantu mengurangkan kegatalan pada ruam dan membantu ruam hilang dengan lebih cepat.

9. Daun semambu

Daun semambu membantu mengurangkan kegatalan dan mengeringan ruam dengan lebih cepat. terdapat 3 cara untuk menggunakan daun semambu bagi demam campak iaitu:

  • Dijadikan sebagai alas tempat tidur. Susun daun semambu diatas cadar sebelum anda baring. Lapisan daun semambu akan mengurangkan kegatalan yang dialami.
  • Dijadikan sebagai pes untuk disapu pada ruam. Anda boleh kisar daun semambu bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pes daun semambu pada ruam.
  • Dijadikan sebagai air mandian. Ramaskan daun semambu di dalam sebesen air. Jadikan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

10. Daun inai

Selain daun semambu, daun inai juga boleh digunakan untuk demam campak. Daun inai mempu mengurangkan kegatalan dan bisa akibat demam campak. Cara menggunakan daun inai ialah:

  • Dijadikan sebagai alas tempat tidur. Susun daun inai diatas cadar sebelum anda baring.
  • Dijadikan sebagai pes untuk disapu pada ruam. Anda boleh kisar daun inai bersama sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pes tadi pada ruam.
  • Dijadikan sebagai air mandian. Ramaskan daun inai di dalam sebesen air. Jadikan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

11. Pes daun inai & garam

Anda juga boleh campurkan garam kedalam pes daun inai untuk menghilangkan demam campak dengan lebih cepat. Caranya:

  • Kisar atau tumbuk daun inai bersama garam.
  • Sapukan pes tadi pada ruam.
  • Jangan lupa alaskan tempat tidur dan jangan pakai baju supaya warna inai tidak melekat.
demam campak

Sumber: Spmodels

Itulah dia 11 petua demam campak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan migrain, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak.

 

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.