Idea deco dapur kecil rumah flat yang pasti menambat hati anda. Setiap orang pasti mendambakan ruang idaman setelah memiliki rumah, tetapi tidak dinafikan kebanyakan deco dapur yang cantik dan menarik adalah untuk ruang yang besar.

Disebabkan itu, mereka yang mempunyai ruangan yang kecil, pastinya pening untuk mengatur dan mencantikkan dapur. Jangan risau, terdapat banyak idea deco dapur kecil rumah flat yang pastinya menjadi pilihan anda.

Bagi yang mempunyai ruangan dapur kecil, anda pastinya banyak mendengar mengenai alat organizer seperti rak, troli penyimpanan mahupun jar dan kotak. Selain dari dapat membantu menjimatkan ruang, reka bentuk organizer ini juga sangat cantik dan direka sangat kemas. Cara penyimpanannya yang menegak juga pasti memudahkan anda untuk mencari bahan dan barangan.

Jom tengok senarai di bawah yang merupakan idea deco dapur kecil rumah flat yang pastinya dapat membantu anda.

Menggantung Alatan Memasak

Imej via [shopee.co]

Bagi mereka yang mempunyai ruangan dapur kecil, anda boleh membeli penyangkut kuali mahupun besi penyangkut untuk menyusun mangkuk yang kerap anda gunakan. Menggantung barangan dapur sememangnya dapat menjimatkan ruangan penyimpanan di dalam kabinet anda.

Anda juga boleh membeli penggantung dengan harga yang lebih murah berbanding menggantikan cabinet dengan saiz yang lebih besar.

Menggunakan Warna Yang Sesuai

Tidak dinafikan salah satu idea deco dapur kecil rumah flat adalah dengan menggunakan warna yang sesuai. Penggunaan warna seperti warna putih, kelabu, merah dan biru memberikan kesan yang berbeza kepada ruangan dapur anda. Ruangan dapur mungkin tampak lebih elegan dengan menggunakan warna merah dan ceria dengan menggunakan warna cerah seperti putih.

Penggunaan Rak

Imej via [shopee.co]

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mula membeli rak penyimpanan barang yang mempunyai roda. Selain dapat menyusun atur barang dengan kemas, anda juga dapat memindahkan rak di mana-mana yang anda inginkan.

Reka bentuk rak yang menegak juga memudahkan anda untuk menyusun dan mengambil barang. Rak yang mempunyai banyak tingkat juga menjadikan anda lebih mudah menyimpan pelbagai jenis barang tanpa bercampur.

Menggunakan Bakul Rotan

Imej via [ubuy.com]

Penggunaan bakul rotan untuk menyimpan sayuran dan buah-buahan juga banyak membantu untuk menjimatkan ruangan di dapur anda. Mahal penggunaan bakul rotan ini juga menjadikan bahan-bahan dapur anda lebih kemas dan mudah dicari. Selain reka bentuknya yang menarik dan cantik, anda juga boleh menyimpan barang dapur dengan lebih efektif.

Bakul Penyimpanan Sudu dan Perkakas

Anda juga boleh menyimpan sudu dan perkakas dapur seperti senduk, sudip dan pelbagai barangan di dalam satu bekas penyimpanan. Laci penyimpanan anda pastinya akan menjadi lebih kemas dan memudahkan anda untuk mencari barangan yang anda inginkan. Ruangan di dalam laci anda juga pastinya menjadi lebih luas dan banyak.

Bekas Penyimpanan 

Imej via [alacasa.id]

Tidak dinafikan, ramai yang mula melabel bahan di dapur mereka dengan menggunakan stiker yang bertuliskan bahan-bahan dapur. Penggunaan bekas penyimpanan yang sama saiz dan reka bentuk juga menjadikan dapur anda kelihatan lebih kemas. Disebabkan itu, pemilihan bekas penyimpanan memainkan peranan yang penting dalam mendeco dapur.

Idea Deco Dapur

Dapur Pink

Imej via [impiana.my]

Bagi wanita, idea deco dapur ini pasti akan menarik minat mereka. Hal ini kerana penggunaan merah jambu yang nampak comel dan lembut. Penggunaan warna yang lembut juga sangat penting untuk menampakkan ruang yang tidak panas dan sempit.

Dapur Putih

Imej via [hartatanah]

Warna putih sememangnya memberikan kesan yang bersih dan luas. Lebih cantik lagi sekiranya anda menggunakan tema putih untuk dapur anda. Ruangan dapur pastinya akan nampak lebih kemas dan cerah. Deco-deco seperti menggunakan bunga sebagai hiasan juga memberikan kesan yang elegan dan kemas.

Dapur Biru

Imej via [aminin.my]

Bagi mereka yang sukakan warna biru, jom tengok deco dapur kecil rumah flat yang pastinya sesuai untuk anda. Menggunakan alatan yang asas serta susun atur yang sesuai, menjadikan dapur anda kelihatan kemas walaupun ruangan dapur yang kecil.

Dapur Kayu

Imej via [hias.my]

Penggunaan cabinet kayu juga menjadikan dapur kelihatan kemas dan dapat menyimpan barang-barang dapur dengan bersih. Hal ini kerana, barang-barang dapur diletakkan di dalam tempat tertutup. Penggunaan cabinet dapur juga menjadikan dapur anda kelihatan klasik.

Dapur Meja Mini Bar

Imej via [ilabur.com]

Ramai yang menyangka bahawa ruangan dapur yang kecil tidak sesuai untuk memiliki meja mini bar. Jangan risau, jom tengok deco meja mini bar ini. Penggunaan ruang yang terhad tidak menjadi masalah untuk merealisasikan impian anda untuk memiliki meja mini ini.

Dapur Hitam Putih

Imej via [impiana]

Pasti ramai yang tahu dengan warna hitam putih yang sememangnya menarik jika digabungkan. Deco dapur ini juga menjadikan dapur anda kelihatan lebih eksklusif dan kemas. Hiasan pokok yang diletakkan di atas papan di dapur juga menjadikan dapur anda lebih mesra alam.

Dapur Kelabu

Imej via [aminin]

Warna kelabu sememangnya sangat cantik. Penggunaan warna kelabu sebagai warna dapur juga pasti menjadikan dapur anda kelihatan lebih mewah dan luas. Penggunaan dinding seramik juga memberikan kesan yang menarik bagi hiasan dapur.

Dapur Lampu

Imej via [sishawa.com]

Tidak dinafikan pencahayaan sangat penting bagi setiap ruang. Hiasan dapur ini juga pastinya menjadikan dapur anda lebih menarik dengan gaya susah atur cawan dan bekas. Penggunaan corak kain cabinet juga menjadi peranan penting bagi menaikkan warna dapur anda.

Dapur Café

Imej via [decoo.casa]

Pasti ada di antara anda yang sukakan vibes dapur yang seakan café. Bagi mereka yang inginkan deco yang seakan café, anda boleh lihat cara deconya di sini. Penggunaan sticker label juga menjadikan vibes deco untuk café lebih kemas.

Dapur Kuning

Imej via [decomalaysia]

Bagi mereka yang sukakan warna cerah, anda pastinya akan suka dengan idea deco dapur ini. Penggunaan warna terang seperti kuning cukup untuk memberikan kesan warna yang ceria untuk dapur anda.

Dapur Asas

Imej via [ohrumahidaman]

Bagi yang duduk bersendirian, anda pastinya tidak mempunyai terlalu banyak barangan dapur. Deco dapur kecil rumah flat ini pastinya sesuai untuk anda. Menggunakan barangan asas dan sikit menjadikan ruangan dapur nampak kemas dan selesa.

Kesimpulan

Tidak dinafikan para isteri pastinya mahukan dapur yang kemas dan cantik kerana dapat memberikan keselesaan kepada mereka ketika memasak. Deco rumah flat juga kebiasaannya memerlukan kos yang murah kerana barangnya yang tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan dapur yang besar.

Mereka yang mempunyai ruangan dapur yang kecil juga mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya lebih unik berbanding dengan dapur yang biasa.

Terdapat pelbagai peralatan yang membantu menjimatkan ruang dan menjadikan ruangan dapur anda lebih kemas dan tersusun. Bagi mereka yang mempunyai ruangan dapur kecil, idea deco dapur ini pastinya dapat membantu mereka untuk menghias dan mencantikkan dapur mereka menjadi dapur idaman.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.