Tidak perlu membazir masa beratur panjang semata-mata ingin layan colek ayam. Mari sini kami kongsikan resepi colek ayam yang simple.

Hidangan ini menjadi kesukaan ramai dan ianya amat terkenal di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Colek ayam ialah makanan tradisi dimana ayam dan cucur dipotong-potong dan dimakan dengan sos gula Melaka pedas. Hidangan ini sedap untuk kudap-kudap petang.

Tanpa tunggu lama ayuh cubakan resepi colek ayam Kelantan ala Tini Hussin yang berkongsi di laman Facebook. Buat colek banyak boleh simpan buat cicah keropok ikan. Mudah, sedap, dan lazat amat.

Resepi Colek Ayam Kelantan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • 500 gram gandum,
  • Bawang hiris,
  • Daun kucai,
  • Tauge,
  • Sedikit air,
  • Sebiji telur,
  • 200 gram cili kering,
  • 5 biji bawang putih biasa @ selabu bawang putih jeruk,
  • 500 gram gula,
  • Seketul gula melaka @ 5 keping nise Kelate,
  • ½ cawan cuka (boleh tukar dengan air asam jawa).
  • Air tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Ayam digoreng (lumur sedikit garam halus. Goreng seekor ayam dalam minyak banyak sehingga masak).

Jemput Malah (cucur) :

  1. Satukan 500 gram gandum, bawang hiris, daun kucai, tauge, sedikit air, dan sebiji telur. Kacau sebati, perasakan.
  2. Sendukkan ukuran agak nipis dan besar. Goreng sehingga masak.

Colek (sos) :

  1. Blend 200 gram cili kering (boleh campur sedikit cili padi jika suka pedas) dengan 5 biji bawang putih biasa @ selabu bawang putih jeruk dan segelas air.
  2. Satukan kesemua bahan blend dengan 500 gram gula dan seketul gula melaka @ 5 keping nise Kelate, 5 gelas air, dan ½ cawan cuka (boleh tukar dengan air asam jawa).
  3. Masak dalam sejam, perasakan, pekatkan guna air tepung jagung. Siap.

Cara Hidang :

  1. Potong ayam,
  2. Potong Jeput Malah,
  3. Hiris timun dan daun salad,
  4. Hidang bersama keropok ikan hancurkan,
  5. Tuang Sos.
  6. Boleh tabur kacang tanah goreng tumbuk (sangai pastu tumbuk @beli yang siap)

Resepi Menarik Lain

Selain colek ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.