Masalah cirit birit ketika hamil adalah salah satu ketidakselesaan yang mungkin biasa dialami oleh setiap wanita.

Sungguhpun cirit birit tidak sampai mengancam nyawa anda, tetapi jangan sesekali memandang ringan perkara ini lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang hamil.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan penyebab dan rawatan yang boleh diambil apabila berlaku cirit birit ketika hamil.

Punca berlaku cirit birit ketika hamil?

cirit birit ketika hamil

Cirit birit adalah keadaan di mana seseorang itu membuang air besar lebih kerap dalam keadaan yang cair dari kebiasaan.

Najis ini boleh jadi sangat berair atau hanya lebih lembut dari keadaan najis biasa. Apabila ibu hamil mengalami cirit birit, ia akan menyebabkan anda kerap ke tandas.

Antara punca berlaku cirit birit kepada ibu hamil adalah kerana:

  • Perubahan hormon semasa kehamilan
  • Jenis pemakanan yang tercemar dan tidak masak
  • Kurang minum air semasa hamil
  • Perubahan pengambilan makanan berkhasiat
  • Intoleransi laktosa

Simptom cirit birit

Antara simptom cirit birit adalah biasa terjadi oleh ibu hamil adalah seperti:

  • Kembung perut
  • Kekejangan
  • Sakit perut
  • Terburu-buru ingin ke tandas
  • Dua atau lebih najis berair atau longgar dalam sehari (24 jam)
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap
  • Air kencing berwarna gelap
  • Mulut dan kulit menjadi kering
  • Rasa haus yang berlebihan

Risiko jika cirit birit ketika mengandung

cirit birit ketika hamil

Setiap penyakit pasti mempunyai risikonya tersendiri sama ada kecil atau besar. Hal ini begitu juga yang terjadi kepada masalah cirit birit.

Antara risiko yang berkaitan dengan cirit birit semasa mengandung adalah seperti:

1. Dehidrasi

Cirit birit boleh menyebabkan kehilangan cecair berlebihan daripada badan. Apabila perkara ini berlaku secara berterusan, maka ibu hamil akan mengalami dehidrasi.

Masalah ini secara tidak langsung akan memacu kebimbangan kepada kesihatan ibu dan janin yang sedang membesar.

2. Kekurangan nutrisi

Cirit birit akan mengganggu penyerapan nutrien setiap kali anda makan. Kurangnya penyerapan nutrien, maka ibu hamil dan bayinya akan terganggu kesihatan mereka.

3. Ketidakseimbangan elektrolit

Cirit birit ketika hamil boleh menyebabkan gangguan keseimbangan elektrolit dalam badan seperti natrium, kalium, dan magnesium.

Ketidakseimbangan elektrolit ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk pada pelbagai fungsi badan termasuklah fungsi pada otot dan isyarat saraf.

4. Risiko jangkitan

Jangkitan seperti gastroenteritis bakteria dan virus lazimnya terjadi kepada ibu hamil yang mengalami cirit birit.

5. Bersalin pramatang

Dalam sesetengah kes, ibu hamil yang mengalami masalah cirit birit boleh menyebabkan peningkatan risiko kelahiran pramatang.

Bersalin pramatang bermaksud kontraksi dan perubahan serviks yang berlaku sebelum 37 minggu kehamilan.

Langkah perawatan yang boleh diambil

Kebanyakan kes cirit birit akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa hari. Kebimbangan utama cirit birit adalah agar kekal terhidrasi. Justeru, anda perlu ambil air yang secukupnya untuk kekal hidrasi.

Selain itu, pastikan juga anda makan makanan yang tinggi vitamin, mineral dan serat. Contohnya seperti:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Yogurt segar
  • Makanan yang bertekstur lembut

Ubat cirit birit ibu hamil yang selamat

1. Loperamide

Loperamide adalah ubat cirit birit untuk ibu mengandung tanpa preskripsi yang biasa digunakan utnuk merawat masalah cirit birit.

Ia berfungsi untuk melambatkan pergerakan usus dan mengurangkan pergerakan usus. Namun ubat ini tidak disyorkan kepada kandungan di trimester pertama.

2. Probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang boleh membantu memulihkan keseimbangan semula jadi kepada usus.

Ubat ini boleh didapatkan dalam bentuk suplemen atau makanan seperti yogurt atau minuman probiotik.

Probiotik ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala cirit birit dan meningkatkan kesihatan usus.

3. Penyelesaian Rehidrasi Mulut (ORS)

Penyelesaian Rehidrasi Mulut (ORS) bukan sejenis ubat tetapi ia dapat membantu menambah cecair dan elektrolit yang hilang semasa ibu hamil cirit birit.

Kesimpulannya, cirit birit adalah perkara normal yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Namun, sekiranya masalah ini bertambah teruk dan tidak berkurangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang selanjutnya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah cirit birit ketika hamil dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Selain dari tips elak cirit birit ketika hamil ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. What to Know About Diarrhea During Pregnancy. Medical News Today
  2. Diarrhea in Pregnancy. American Pregnancy Association

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.