Pasti ada yang tak tahu cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan. Pentingnya ketahui  kerana sekarang ini ramai yang suka memakai cincin. Tak kira lelaki atau perempuan mahupun bujang atau berkahwin, cincin antara aksesori yang digemari.

Lebih-lebih lagi pasti ramai yang suka untuk beli secara dalam talian kerana kesuntukan masa untuk keluar, lebih banyak pilihan dan harga lebih murah berbanding di pasaran.

Melalui artikel ini, kami sertakan empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan yang mudah dan tepat. Tak usah ragu-ragu lagi untuk membeli cincin secara dalam talian selepas ini.

Sebelum memulakan proses mengukur, ini tips yang anda perlu tahu untuk dapatkan saiz cincin yang lebih tepat.

  1. Pastikan jari anda kering sewaktu hendak mengukur.
  2. Ukur pada waktu siang kerana jari mengembang pada waktu ini.
  3. Ukur  lebih dari sekali untuk dapatkan saiz yang betul.

Dah tahu tips, mudahlah anda nak ukur saiz cincin. Jom tengok cara mudah dan tepat bagi anda!

Cara Pertama

Imej via [ Taj.nl ]

Cara pertama ini khas untuk anda yang sudah mempunyai cincin lama yang masih muat tetapi lupa saiz. Barang yang anda perlu untuk cara pertama ini adalah cincin lama, kertas, pensel dan pembaris. Berikut merupakan langkah-langkahnya.

  1. Ambil cincin dan letakkan di atas kertas.
  2. Lukis cincin tersebut mengikut bentuk dalaman cincin.
  3. Ukur diameter dalaman cincin dalam mm.
  4. Lihat carta di bawah untuk padankan panjang ukuran dengan saiz cincin.

Cara Kedua

Imej via [ Gamingsection.net ]

Cara kedua pula sesuai untuk anda yang baru ingin membeli dan memakai cincin. Barang yang diperlukan adalah sehelai kertas atau benang, pen, gunting dan pembaris.

  1. Gunting sehelai kertas secara memanjang dan kecil ataupun gunting benang dengan panjang sesuai.
  2. Kemudian lilitkannya pada jari dan tandakan dengan pen  pada pertemuan lingkaran kertas atau benang yang bertemu.
  3. Ukur kertas atau benang yang ditanda pada pembaris bermula dari hujung sehingga tanda yang anda buat.
  4. Catat panjang benang atau kertas tersebut dalam mm.
  5. Lihat carta di bawah untuk padankan panjang ukuran dengan saiz cincin.

Cara Ketiga

Imej via [ Custom made ]

Cara ketiga adalah cara yang mudah. Anda hanya perlukan pita pengukur dan pensel. Berikut merupakan langkah-langkahnya.

  1. Ambil pita pengukur dan lilitkan pada jari.
  2. Pastikan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar
  3. Tanda dan catatkan ukuran lilitan dalam mm pada penghujung pita yang bertemu.
  4. Rujuk pada jadual di bawah untuk mengetahui saiz cincin.

Cara Keempat

Imej via [ ware house ]

Cara paling mudah adalah anda hanya memerlukan cincin dan pembaris. Letak sahaja pembaris pada pertengahan cincin dan ukur diameter dalaman cincin tersebut. Mudah bukan?

Langkah akhir bagi keempat-empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan adalah padankan panjang ukuran dengan saiz cincin. Rujuk jadual di bawah:

Ukur Lilit (mm)Diameter (mm)Saiz
4013.01
4213.42
4313.73
4414.04
4514.35
4614.66
4715.07
4815.38
4915.69
5015.910
5216.211
5316.512
5416.813
5517.214
5617.515
5717.816
5818.117
6018.418
6118.819
6219.120
6319.421
6419.722
6520.023
6620.324
6720.625
6821.026
6921.327

Sekiranya anda ingin membeli cincin dengan saiz negara luar, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Imej via [ Pinterest ]

Sangat mudah keempat-empat cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan. Semua alat yang digunakan sudah pasti ada di setiap rumah. Dengan ini, anda boleh dapatkan saiz cincin dengan lebih tepat tanpa perlu keluar ke kedai cincin. Jom ukur sekarang!

Rujukan

  1. Sinar. (2020). Macam Mana Nak Ukur Saiz Cincin Dengan Mudah? Boleh Cuba Cara Ini!. [ link ]
  2. Bella. (2018). Nak Pilih Cincin Kahwin Atau Tunang? Ini Cara Ukur Lilit Jari. Pesona Pengantin. [ link]

Selain artikel ini, jom baca artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.