Bagaimanakah cara tanam salad sendiri di rumah dengan betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tanam salad dengan mudah dan subur.

Pengenalan tentang salad

cara tanam salad

Salad atau nama saintifiknya Lactuca sativa L. adalah sejenis sayur yang banyak digunakan dalam pembuatan sandwich. Ia sedap dimakan secara mentah atau dimasak dengan campuran sayuran yang lain.

Salad tinggi dengan kandungan serat dan polifenol yang membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah sembelit dan mengawal jumlah gula di dalam darah.

Cara tanam salad yang betul

Salad adalah tanaman yang sangat mudah ditanam di rumah kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar dan kriteria tertentu untuk menanamnya.

Jika anda ingin mencuba menanam salad sendiri, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda.

1. Memilih bekas tanaman

cara tanam salad

Untuk menanam salad, cadangan kami anda boleh gunakan bekas tanaman sama ada tray, pot, atau window box dengan ukuran sekurang-kurangnya 6 hingga 12 inci.

Jika anda memilih untuk menggunakan pasu, pastikan pasu tersebut mempunyai ruang kedalaman yang lebih kerana ia penting untuk mengelakkan akar salad dari rosak.

2. Penyediaan tanah

Tanah jenis berpasir dan liat sangat sesuai untuk digunakan bagi menanam salad. Hal ini kerana, ia mempunyai sistem pengairan yang baik dengan pH sedikit berasid dan kandungan organik yang tinggi.

3. Pembenihan

Dalam penanam salad, anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah transplating atau biji benih. Kedua-duanya sesuai digunakan bergantung kepada keperluan dan kesanggupan anda menjaganya.

4. Menanam

Benih salad perlu ditanam dalam kedalaman 1.75 hingga 3 inci (4.4 to 7.5 cm) setiap barisan di dalam bekas tanaman bersaiz 40 inci (102 cm) . 

Dalam masa yang sama, pastikan juga tanah tersebut mempunyai kelembapan yang optimum iaitu tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.

5. Membaja

Letakkan baja organik seperti tahi ayam pada tiga masa iaitu sebelum penanaman, semasa penanaman, dan selepas tiga minggu penanaman

6. Kawal perosak dan penyakit

Perhatikan tamanan anda secara berkala untuk mengesan sebarang tanda perosak atau penyakit. Jika terdapat masalah, ambil tindakan segera untuk mengawalnya.

Anda boleh menggunakan cara organik seperti neem oil atau sabun serangga untuk mengawal perosak tanaman dan mengelakkan penggunaan bahan kimia yang berbahaya.

7. Menuai

cara tanam salad

Setelah beberapa minggu, salad hijau anda akan siap untuk dipetik dan dinikmati.

Potonglah daun hijau dengan hati-hati dan biarkan beberapa daun untuk terus tumbuh pada tempoh berikutnya.

8. Menyimpan

Untuk tahan lama, salad yang sudah dituai perlu disimpan dalam suhu yang sesuai dan jangan lupa basuh sebelum memasaknya.

Kesimpulannya, menanam taman salad adalah aktiviti yang menyenangkan dan memberi manfaat. Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh menanam salad hijau yang segar dan berkualiti tinggi di halaman rumah anda.

Selain dari cara tanam salad ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:

Sumber:

  1. Planting, Growing, and Harvesting Lettuce. Almanac
  2. How to Grow a Salad Garden in 10 Steps. Harvest to Table

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.