Cara tanam daun sup sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana penjagannya yang mudah untuk anda ikuti.

Malah pokok daun sup juga diyakini boleh bertahan lama sehingga 2 tahun dan kekal subur.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tanam daun sup dengan dua kaedah yang boleh anda lakukan.

Cara tanam daun sup dari keratan batang

cara tanam daun sup

1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.

2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.

3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.

5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.

6.  Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.

7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.

8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.

Cara semai daun sup dari biji benih

1. Sebelum menanam daun sup anda perlu sediakan tapak semaian seperti guna tray semaian yang boleh dibeli di mana kedai seperti Eco contohnya.

2. Sediakan biji benih daun sup dan rendamkan untuk semalaman atau 10 jam sekurangnya dengan menggunakan air paip.

Ia lebih baik dengan gunakan air hujan atau sebarang air yang tidak mempunyai klorin untuk merendam bagi mengaktifkan benih supaya cepat dan mudah bercambah.

Anda boleh juga taburkan terus ke atas tanah dan ia tidak salah. Walau bagaimanapun, teknik rendaman dikatakan lebih baik.

3. Keringkan biji benih daun sup atau toskan menggunakan kertas tisu atau sebarang alat tos yang mempunyai lubang halus. Seterusnya ia boleh disemai.

4. Tanah perlu dibasahkan terlebih dahulu sebelum semai benih. Benih daun sup sememangnya sangat kecil dan memerlukan sedikit kesabaran untuk menyemai.

Selepas menyemai pastikan anda menutupnya dengan lapisan tanah yang nipis dan siram benih dengan penuh berhati-hati menggunakan spray yang halus.

Selepas siap, tray semaian harus diletakkan di kawasan yang redup dan teduh yang kurang sinar matahari.

Pastikan ia tidak terlalu terdedah pada cahaya matahari serta guna tanah gembur sahaja dan yang tidak bertakung air.

5. Jangkaan benih sup akan bercambah kebiasaannya selepas 10 hari dan ke atas atau paling lama adalah dalam masa dua minggu.

Anda perlu bersabar apabila cuba menanam daun sup guna biji benih dan pastikan ketika dalam proses semai pastikan tanah tidak kering dan ia perlu basah.

Sekiranya anda mendapati tanah menjadi kering kekurangan air, anda boleh spray tanah supaya ia menjadi lembab.

6. Apabila biji benih telah tumbuh serta mengeluarkan empat daun, ia perlu dialihkan ke dalam pasu atau bekas yang sesuai untuk terus hidup dan membesar.

Sekali lagi diingatkan, jangan mendedahkan anak pokok daun sup kepada cahaya matahari yang terik pasti ia dalam keadaan redup sahaja.

7. Pokok daun sup biasanya akan tumbuh agak lambat dan sekiranya ia dijaga dengan baik, ia mampu hidup selama lebih kurang dua tahun.

8. Untuk aktiviti penyiraman air pula, jangan terlalu kerap menyiram pokok daun sup dan siramkan mengikut keperluannya sahaja apabila tanah kelihatan kering.

10. Anda boleh meletakkan baja yang sesuai dengan pokok daun sup hanya dalam sebulan sekali sahaja atau ikut keperluan.

11. Sesekali siramkan pokok ini dengan menggunakan air basuhan beras tetapi janga terlalu melebih-lebih.

Daun sup sebenarnya amat menyukai air basuhan beras dan ia akan menjadi subur serta hijau dengan cantik.

Selain dari tips cara tanam daun sup ni, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan daun sup seperti:

Sumber:

  1. Tip Tanam Daun Sup Guna Keratan Batang. Adana Embong
  2. How To Propagate Parsley: Growing Parsley From Seed And Cuttings. Gardening Know How

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.