Cara tanam pokok kantan sebenarnya tidaklah begitu sukar kerana penjagannya yang mudah untuk anda ikuti.
Bunga kantan dalam Bahasa Melayu, kecombrang dalam Bahasa Indonesia, dan torch lily/ginger dalam Bahasa Inggeris adalah membawa maksud spesis tumbuhan yang sama.
Bagi kebanyakkan masakan tradisi, tumbuhan ini tidak asing digunakan. Namun harganya boleh tahan mahal dijual di pasaraya.
Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tanam pokok kantan dengan langkah yang mudah.
Pokok bunga kantan adalah sejenis pokok saka herba. Ciri-ciri pokoknya menegak dengan batang hijau yang lurus. Manakala daunnya pula tirus dan panjang seperti daun pokok lengkuas.
Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau kuat. Ia hidup subur di kawasan yang berair dan lembap. Berikut adalah maklumat saintifik berkenaan tanaman ini:
Terdapat tiga jenis bunga kantan yang ada di Malaysia iaitu berwarna putih, merah jambu dan merah.
Bunga kantan yang berwarna merah selalu dijadikan pilihan ramai untuk seni gubahan kerana warnanya yang lebih menarik. Sedangkan bunga kantan berwarna putih dan merah jambu pula sering dijadikan bahan dalam masakan.
Pokok kantan memang terkenal dengan pelbagai manfaatnya khususnya dalam masakan. Dalam masakan orang Melayu, kudup bunga kantan banyak digunakan sebagai penambah rasa misalnya dalam hidangan laksa, kerabu, nasi ulam, asam pedas mahupun tomyam.
Memandangkan ramai yang cuba tanam pokok kantan di rumah untuk kegunaan masakan, kali ini kami kongsikan cara tanaman pokok kantan dari rizom yang mudah sehingga subur.
Rizom adalah batang tumbuhan yang menjalar di bawah permukaan tanah dan dapat menghasilkan tunas serta akar baru dari ruas-ruasnya.
Rizom pokok kantan boleh didapatkan secara online atau nurseri yang berdekatan. Ia biasanya diambil dari pokok yang telah matang dan mencapai ketinggian sehingga 15-20 kaki lebih serta sudah menghasilkan bunga.
Berikut adalah cara tanam pokok kantan yang betul:
Untuk tips penjagaan pokok kantan tidaklah begitu sukar kerana pokok ini sukar diserang oleh penyakit atau makhluk perosak kerana baunya yang tidak digemari makhluk tersebut.
Anda hanya perlu lebih berhati-hati pada serangan kulat dalam tanah dan pastikan kelembapan tanah sesuai untuk memastikan pokok dapat hidup dengan subur.
Khasiat bunga sudah dikenali sejak zaman dulu lagi. Ia bersifat anti-hyperglycemic (bagus untuk memperlahankan penyerapan karbohidrat), anti-inflammatory (mengurangkan radang), bagus untuk penghadaman, mencegah urik asid berlebihan, anti-tumor (mencegah risiko kanser), menghilangkan bau badan terutamanya untuk wanita selepas bersalin.
Selain dari tips cara tanam daun sup ni, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan ilmu perkebunan seperti:
Sumber: