Pada setiap rumah wajib ada telur di dapur kerana ia adalah bahan asas yang perlu ada dalam rumah. Jika tidak sempat masak, goreng telur makan dengan nasi panas dan kicap, Siap! Telur juga digunakan untuk masak nasi goreng, mi goreng, kuew teow goreng dan lain-laiblagi. Senang kata telur ini boleh dimasak dalam pelbagai jenis resepi.

Cuma ada satu sahaja masalah. Bagaimana kita mahu telur itu tahan lama dan segar dalam masa yang lama? Ada orang kata kalau mahu telur tahan lama, perlu basuh sebelum simpan di peti ais tetapi ada juga yang berpendapat tidak perlu basuh pun.

Jadi, yang mana satu yang betul?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara penyimpanan telur yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Adakah telur perlu basuh atau tidak sebelum simpan?

cara simpan telur yang betul
Image via Facebook

Di sini mempunyai dua pendapat. Berikut adalah pendapatnya :

Jangan basuh sebelum simpan

Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.

Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.

Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?

Basuh sebelum simpan

Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.

Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!

Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.

Amalan mana yang betul?

Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.

Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layernya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.

Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak. Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan.

*Boleh guna 2 cara ini untuk menyimpan telur di dapur rumah. Kepentingan utama sebelum masak telur adalah basuh dahulu telur dengan air dan hilangkan kesan-kesan hitam di telur. Seeloknya, simpan telur di dalam peti ais agar tahan lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.