Apa saja tentang Korea pasti memukau dunia. Sebut saja kimchi, Running Man, bulgogi, bibimbap dan macam-macam lagi, pasti anda dah sedia maklum tentangnya. Begitu besar sekali impak dunia K-Pop dan K-Drama dalam kehidupan masyarakat dunia.

Yang paling dikagumi tentulah kecantikan kulit dan kelangsingan tubuh badan artis-artis Korea tak kira lelaki atau perempuan. Selain berkulit putih bersih, mereka juga amat berdisiplin dalam soal penjagaan muka.

Trend masa kini di Korea ialah untuk mendapatkan wajah persis kaca atau skin glass. Jika anda biasa menonton rancangan drama atau filem Korea, mesti anda perasaan pelakon wanitanya mempunyai kulit yang amat polos dan cantik. Tak kurang juga dengan artis lelakinya.

Penulisan artikel kali ni akan berkongsi rahsia kecantikan kulit mereka. Cara penjagaan muka macam artis Korea. Teruskan pembacaan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Dah baca jangan pula tak cuba ya!

cara penjagaan muka artis korea

Imej via Bidadari

Kenapa Dipanggil Skin Glass?

Skin glass atau kulit kaca menggambarkan permukaan kulit yang licin umpama kaca. Jika perhatikan wajah gadis-gadis Korea, mereka seolah-olah mempunyai kulit seperti bayi. Tak jemu mata memandang. Betul tak?

Kulit kaca ni kelihatan lutsinar dan sangat flawless. Kulit wajah nampak sihat, awet muda dan bersinar-sinar. Ketika melihat kulit mereka yang begitu cantik, terbit perasaan kagum.

Selain faktor cuaca, pemakanan dan genetik, pastinya untuk mendapatkan kulit cantik sebegini memerlukan usaha yang konsisten. Tanpa memfokuskan pembedahan kosmetik dan produk kecantikan semata-mata, mereka tetap menjaga kebersihan kulit.

Beauty is pain’ kata orang. Penulis amat bersetuju dengan pandangan ni. Bukan semua wanita dikurniakan kulit yang cantik secara semula jadi. Ada yang perlu melipatgandakan usaha untuk mendapatkan kulit yang sempurna.

Berikut ialah 10 cara penjagaan wajah yang dikongsikan oleh pakar kecantikan Korea iaitu:

  1. Double Cleasing (oil cleanser dan foam / cream cleanser)
  2. Toner
  3. Esen (Essence)
  4. Emulsi (Emulsion)
  5. Serum / Ampoule
  6. Topeng muka (Sheet mask)
  7. Krim mata
  8. Pelembap
  9. Krim sunblock
  10. Sleeping mask

Teknik ‘Double Cleansing

Teknik ‘double cleansing’ ni maksudnya kita perlu mencuci muka menggunakan oil cleanser kemudian diikuti oleh foam cleanser. Ini merupakan langkah pertama dan yang paling penting dalam penjagaan muka cara Korea.

Kenapa nak cuci muka 2 kali? Kotoran yang disebabkan oleh minyak seperti sebum, solekan, krim sunblock dan sebagainya tak mudah ditanggalkan jika hanya gunakan pencuci biasa.

Selepas sapukan oil cleanser di wajah yang kering, urut muka secara perlahan dan memutar. Kemudian baru basahkan muka dan cuci hingga bersih. Langkah kedua, gunakan pula foam cleanser untuk tanggalkan kotoran yang masih tersisa di wajah seperti peluh, debu dan sebagainya.

Jika tak cuci muka dengan betul, tak guna anda gunakan produk wajah 3 sampailah 10. Wajah tetap akan nampak kusam kerana sel-sel kulit mati tak ditanggalkan selain kotoran yang masih tersisa di wajah.

Toner

Lepas cuci muka dengan bersih, lapkan lebihan air di wajah dengan tuala yang bersih. Kemudian, sapukan wajah dengan toner yang sesuai dengan kulit. Fungsinya untuk seimbangkan nilai Ph pada wajah kerana pencuci bersifat alkali.

Boleh saja letakkan sedikit di tapak tangan atau gunakan kapas muka. Lalu, sapukan di seluruh wajah dan tepuk untuk menyerap.

Malahan, toner juga membantu membersihkan sisa kotoran yang masih lagi tertinggal walaupun telah dicuci tadi. Dengan memakai toner, wajah akan terasa segar dan bersih. Elakkan penggunaan toner yang mempunyai kandungan alkohol kerana ia akan mengeringkan kulit.

Malahan, dalam penjagaan wajah Korea, mereka suka gunakan toner yang mempunyai bahan aktif seperti AHA dan BHA. Kedua-dua bahan ini dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam dan putih, sebagai antipenuaan dan kurangkan garis halus.

Esen

Esen dianggap sebagai nutrien penting untuk kulit. Esen berfungsi untuk mengikat molekul air di dalam kulit. Oleh itu, kulit sentiasa dehidrasi dan mengelakkan kekeringan. Malahan, esen juga dapat menyerap kebaikan toner pada kulit.

Letakkan sedikit pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah. Disebabkan teksturnya yang sedikit pekat berbanding toner, maka tak perlu guna kapas muka. Tepuk muka perlahan untuk penyerapan yang baik.

Emulsi

Emulsi perlu dipakai selepas penggunaan esen. Ramai yang tersilap fungsi esen, emulsi dan serum. Melihat teksturnya, mereka menganggap salah satunya boleh diabaikan. Sebenarnya anda silap. Setiap produk ni mempunyai fungsi yang berbeza, namun membantu antara satu sama lain.

Ada produk yang menggunakan nama losyen wajah. Sama saja dengan fungsi emulsi ni. Emulsi sangat berkesan untuk melembapkan wajah. Justeru, jika anda mempunyai kulit wajah kering, gunakan emulsi dengan teratur.

Caranya penggunaannya sama saja dengan esen. Pastikan pakai selepas esen tau. Kulit akan nampak lembap dan gebu.

Serum / Ampoule

Fungsi serum tak jauh beza dengan emulsi dan esen. Cuma ia mampu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Oleh itu, bagi orang yang kulit berminyak, serum wajib dipakai.

Malahan, serum juga terkenal sebagai agen antipenuaan kerana mampu menyerap lembapan dengan sangat baik. Jika ada parut-parut jerawat dan tompok hitam, serum mampu menyamarkannya. Tak hairanlah harganya agak mahal di pasaran.

Cara pemakaian serum ialah selepas semuanya serap dengan baik, sapu dan ratakan di wajah. Tunggu dalam 15 minit untuk teruskan penggunaan produk yang lain.

Topeng Muka

Pemakaian topeng muka menjadi kegilaan pada masa kini. Semuanya disebabkan pengaruh artis Korea. Lihat saja di Watson dan Guardian, macam-macam jenis topeng muka yang dijual. Rambang mata dibuatnya.

Ada jenis topeng muka yang boleh dipakai setiap hari, ada pula yang hanya dipakai seminggu 2 kali. Apa pun, baca dulu arahan di belakang ye. Topeng muka menjadi rutin wajib bagi masyarakat Korea.

Topeng muka ni direndam dengan serum yang pekat. Ia dapat segarkan kulit yang letih dan lesu. Pakai dalam 15 hingga 20 minit dan tak perlu basuh tau. Teruskan penggunaan produk seterusnya pula.

Krim mata

Krim mata merupakan pelembap khas untuk sekitar mata. Jika masih berumur lingkungan 20-an, ia dapat menghalang kedutan dari peringkat awal. Namun, ada juga krim mata intensif untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas.

Semakin berumur, keanjalan sekitar mata mula kurang. Itulah sebabnya, sekeliling mata menjadi kering, wujud lingkaran hitam dan kedut halus. Krim mata boleh melembapkan kawasan yang bermasalah.

Picitkan sedikit di hujung jari dan urut bawah mata dengan perlahan dari arah dalam ke luar. Jangan kasar kerana kulit sekeliling mata sangat sensitif.

Pelembap

Pelembap merupakan bahagian penting dalam rutin penjagaan muka awek Korea. Hampir semua rutinnya mempunyai fungsi untuk lembapkan kulit. Kulit yang lembap susah nak nampak tua. Jika kulit menjadi kering, senang timbul garis-garis pada wajah.

Pelembap mengandungi air, mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit. Ini tak bermaksud orang yang kulit berminyak tak perlu pakai pelembap ya. Setiap jenis kulit perlu memakai pelembap yang sesuai.

Caranya sapukan sedikit di wajah dan ratakan dengan perlahan. Biasanya pelembap bersifat likat dan pekat. Oleh itu, penggunaan yang sedikit dah mencukupi.

Krim Sunblock

Tak kiralah sama ada anda berada di rumah atau pejabat seharian suntuk, krim ni wajib dipakai. Diulangi, wajib dipakai! Jika berada di luar sama ada bekerja atau bercuti jangan lupa tinggalkan krim sunblock ye.

Krim ni berfungsi untuk melindungi kerosakan kulit dari sinaran UV. Sinar UV mampu menembus dinding walau kita berada di dalam bangunan. Selain mengurangkan masalah sunburn, krim ni juga dapat elakkan kanser kulit.

Sapukan selepas pemakaian pelembap. Krim ni hanya perlu dipakai pada waktu pagi atau petang. Lebih baik disapukan ke kulit dengan lebih kerap jika terdedah dengan cahaya matahari yang panas.

Sleeping Mask

Selain topeng muka, sleeping mask juga merupakan rutin yang amat digemari oleh orang Korea. Berbeza dengan topeng muka yang berbentuk kepingan, sleeping mask biasanya dalam bentuk gel atau krim.

Sebelum tidur, selepas pemakaian semua produk yang dinyatakan di atas kecuali krim sunblock, sapukan sleeping mask. Sleeping mask berfungsi sebagai pelembap dan merehatkan kulit semalaman.

Tak perlu pakai selalu. Cukuplah hanya dipakai 2 atau 3 kali seminggu. Jangan pula basuh muka tau. Biarkan saja sehingga esok. Bangun pagi nanti, kulit anda akan berasa segar, lembut dan lembap.

Inilah 10 langkah penjagaan muka artis Korea untuk dapatkan kulit bak kaca. Mungkin nampak agak renyah dan memerlukan kerajinan yang tinggi. Namun, tanpa usaha tak usah bermimpi di siang hari.

Pada awalnya, mungkin anda akan rasa penat dan malas nak konsisten. Namun percayalah, bila anda nampak perubahan pada kulit, anda akan terus rajin jaga muka. Lagi-lagi kalau suami atau kawan dah mula memuji. Betul tak?

Jangan lupa mencuba dan kongsikan pengalaman anda tu dengan kami.

*Jemput juga baca kebaikan tomato  doa nabi yusuf dan scrub muka terbaik

Rujukan

  1. https://www.dailydot.com/bazaar/korean-skincare-routine/
  2. https://www.cosmopolitan.com/uk/beauty-hair/beauty-trends/a42942/korean-skincare-routine-explained/

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.