Tips danc ara nak move on? Move on bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila kita sudah patah hati, lukanya pasti sangat dalam dan meninggalkan parut kekal yang akan sentiasa ada. Orang sekeliling yang melihat kita menderita pastinya akan selalu menggesa kita untuk move on.

Percayalah, move on adalah ubat yang paling berkesan untuk mengubati kelukaan yang anda rasai. Namun semuanya perlu datang dari diri anda sendiri. Jom kami kongsikan cara move on yang berkesan tanpa terlalu memaksa diri sendiri.

1. Percaya bahawa Allah sebaik-baik perancang

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah tanam dalam diri bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Hari ini mungkin kita terluka, namun ketahuilah bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik buat kita.

2. Percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya

Anda juga perlu berpegang bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hari ini anda masih belum nampak, kerana fikiran anda dikuasai oleh kesedihan dan kekecewaan. Percayalah bahawa satu hari nanti, apabila anda renung semula kehidupan hari ini, pastinya anda akan berkata, “Oh! Patutlah”.

3. Belajar untuk menerima kenyataan

Anda tidak akan move on selagi anda tidak belajar untuk menerima kenyataan bahawa anda dan dia sudah tidak bersama lagi. Untuk move on, anda perlu terima hakikat bahawa anda dan dia tidak ditakdirkan untuk bersama. Apabila and amula belajar untuk menerima kenyataan, insya Allah itu adalah langkah pertama untuk anda move on. Sebuah kejayaan yang besar.

4. Jauhi perkara yang boleh mengingatkan kepada dia semula

Cara untuk move on yang seterusnya ialah dengan menjauhi perkara yang boleh mengingatkan anda kepada dia semula. Ada lagu yang setiap kali terdengar, secara automatik membuatkan anda memikirkan si dia? Jangan dengar lagu tersebut. Jika ada tempat yang biasa anda pergi bersama? Elakkan daripada berkunjung ke sana buat sementara waktu. Malah, kalua keadaan mendesak, mungkin anda perlu bertukar kerja atau berpindah rumah asalkan anda boleh mengelak daripada perkara yang boleh mengingatkah kepada dia.

5. Sibukkan diri dengan aktiviti harian

Sumber: Internetcreation

Menyibukkan diri dengan aktiviti harian juga adalah cara move on yang baik. Ini kerana, apabila anda sibuk dengan urusan harian, otak anda juga akan menjadi sibuk dan tiada masa kosong untuk memikirkan tentang sidia. Menyibukkan diri juga akan mengubat kelukaan hati anda.

6. Cari hobi baru

Mencari hobi baru juga akan memudahkan proses untuk anda move on. Kini anda mempunyai banyak masa untuk diri sendiri. Apa kata anda cuba sesuatu yang baru? Sebagai contoh, hari ini ramai yang memilih untuk mengayuh basikal. Mungkin anda boleh mencuba. Atau anda juga boleh menyertai kelas baking secara online, atau menyertai keahlian gimnasium berdekatan untuk meningkatkan kecergasan diri.

7. Elakkan daripada bersendirian

Apabila anda bersendirian, secara automatik otak anda akan memikirkan tentang si dia. Ini akan menjadi punca sukar untuk anda move on. Semakin banyak anda memikirkan tentang sidia, semakin dalam luka yang anda alami. Oleh itu, apabila berada di rumah elakkan daripada duduk bersendirian di dalam bilik. Luangkan masa dengan ahli keluarga yang lain, dan masuk ke dalam bilik apabila tiba waktu untuk tidur sahaja.

8. Dekatkan diri dengan tuhan

Cara move on yang seterusnya ialah dengan cara mendekatkan diri dengan tuhan. Sebagai seorang manusia, kita memerlukan pengisian rohani. Mendekatkan diri dengan tuhan adalah salah satu cara untuk mengisi rohani kita yang kelaparan dan dahaga. Mungkin selama ini anda terlalu sibuk dengan urusan dunia dan tidak mempunyai masa untuk mengabdikan anda kepada pencipta. Inilah masanya untuk anda Kembali semula kepadaNya.

Ambillah masa untuk mengaji Al-Quran kerana Al-Quran adalah pengubat jiwa. Fikiran yang kusut akan menjadi tenang apabil anda mengaji Al-Quran. Anda juga boleh luangkan masa untuk melakukan solat sunat. Boleh juga luangkan masa untuk mendengar ceramah agama secara online. Jika anda mempunyai kelapangan, boleh juga ambil peluang untuk solat berjemaah di masjid atau surau.

9. Dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan

Sokongan orang terdekat adalah sangat penting untuk anda move on. Tanpa sokongan mereka, pastinya anda akan berasa keseorangan dan tiada tempat untuk bergantung. Oleh itu, dapatkan sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan. Ada masanya mungkin anda perlu meluahkan perasaan kepada seseorang, kerana dengan meluahkan hati anda akan berasa sedikit lega. Oleh itu, pilihlah orang yang boleh anda percayai untuk bercerita dari hati ke hati. Meluahkan mungkin tidak akan menyelesaikan kemelut yang anda alami, namun sekurang-kurangnya hati anda akan berasa sedikit lega.

10. Percaya bahawa satu hari nanti Allah akan gantikan seseorang yang jauh lebih baik dan sesuai untuk anda

Akhir sekali, percayalah bahawa satu hari nanti Allah akan gantikan kehilangan anda dengan seseorang yang jauh lebih baik dan sesuai untuk anda. Allah akan hadirkan pengubat hati buat anda. Waktu itu nanti, segala kedukaan yang anda rasai sekarang akan terpadam sepenuhnya. Anda akan ketemui kebahagiaan semula. Ambillah masa untuk merawat hati anda, dan buka semula hati anda untuk menerima orang lain.

Itulah dia info  tentang cara nak move on yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.