Ulser adalah satu tompokan putih itu iaitu sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Kita selalu fikir ulser selalu terjadi pada orang yang sudah besar. Ulser terjadi apabila kurang minum air atau tergigit di bahagian mulut di dalam.
Namun, bayi juga boleh terkena ulser. Mereka akan rasa sakit apabila hendak minum susu kerana puting akan terkena pada bahagian di dalm mulut. Bagaiman kita tahu bayi terkena ulser?
Bayi akan mula merengek apabila hendak minum susu. Mereka lapar dan ingin minum susu tetapi disebabkan mulut mereka sakit terkena ulser, maka mereka susah minum susu. Jika kita pun terasa sakit apabila ada ulser dalam mulut, ini pula bayi yang baru mahu mengenali sakit.
Bagaimana cara untuk merawat ulser di mulut bayi?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara merawat ulser di mulut bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Ulser mulut terjadi disebabkan jangkitan virus seperti herpes, cacar air dan penyakit kaki tangan dan mulut. Rasa pedih muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan bertahan hingga tiga ke empat hari.
Punca lain yang menyebabkan ulser menurut Jurnal of Multidisciplinary Engineering Science Studies (JMESS), ulser juga boleh disebabkan Candida Albicans. Ini kerana beberapa jenis penyakit iaitu stres atau ubat-ubatan yang mengganggu kestabilan.
Bayi mungkin tergigit lidah atau bahagian bibirnya hingga luka tanpa disengajakan. Sekiranya daya imun bayi dalam keadaan kurang baik, maka kuman akan cepat masuk dan mengalami jangkitan.
Kemungkinan bayi mengalami alergi terhadap sesuatu makanan, termakan atau terminum makanan dan minuman agak panas sehingga menyebabkan luka pada mulut dan menimbulkan ulser.
Kekurangan vitamin juga menjadi salah satu punca berlakukan ulser. Kekurangan zink, folat dan vitamin B12 menyebabkan seseorang bayi mudah mengalami ulser.
Ada bayi yang memang lahir dalam keluarga yang selalu dijangkiti ulser. Jadi tak hairanlah ia meningkatkan risiko si kecil turut mudah terkena ulser mulut.
Jika bayi anda menangis lebih kerap berbanding biasa, asyik merengek, enggan menyusu, minum air atau makan, cuba periksa bahagian mulutnya.
Biasanya ulser mulut yang berwarna kelabu atau kuning dengan garisan tepi yang kemerah-merahan bersaiz kurang daripada 1 sm akan sembuh dengan cepat dalam tempoh masa satu atau dua minggu tanpa rawatan. Untuk membantu anak mengurangkan kesakitannya anda boleh melakukan beberapa perkara iaitu :
*Boleh ikut salah satu cara di atas untuk rawat bayi yang terkena ulser. Jika bayi ada ulser di mulut, cepat bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor. Jika bayi mempunyai ulser, mereka susah untuk minum susu dan kita sebagai ibu bapa pun rasa risau. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.