Cara membuat cili jeruk sebenarnya tidak susah kerana anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja di rumah.
Tetapi teknik dan kaedah pembuatannya perlulah betul agar cili jeruk ini mampu tahan lama dan kualitinya terjaga walaupun disimpan berbulan-bulan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara membuat cili jeruk sendiri yang sedap di rumah.
Cili jeruk adalah sejenis hidangan sampingan yang boleh dinikmati bersama mi sup, kuew tiaw goreng atau masakan panas yang lain.
Ia bertujuan untuk menambah selera kepada aneka hidangan. Kalau kita ke kedai makan, cili jeruk ini biasa dihidangkan bersama masakan berkuah untuk memberi rasa yang unik.
Bahan-bahannya:
Cara-cara membuat:
Berikut, kami kongsikan beberapa tips berguna untuk anda membuat cili jeruk ini:
1. Kalau anda pakai cuka tiruan dan gula, kena tunggu 3 hari ke 7 hari baru boleh makan dan hilang pedas cili. Bila lebih dari 14 hari, cili jeruk jadi lembik dan tidak boleh di makan lagi.
2. Kalau pakai cuka tiruan, perut yang tidak tahan akan mudah rasa sakit. Solusinya, anda boleh gantikan dengan cuka organik, cuka epal, cuka delima, cuka kurma, atau sebagainya yang bersesuaian.
3. Pastikan cili yang diletakkan di dalam balang, bekas, atau botol, betul-betul kering dan tiada air untuk memastikan jeruk boleh tahan lama.
4. Simpan cili jeruk ini dalam peti sejuk, di atas meja makan, atau di tempat yang kering dan bersuhu bilik.
Walaupun, cili jeruk memang sedap di makan bersama nasi dan mi, anda jangan pula memakannya setiap hari.
Jeruk mengandungi tinggi asid, takut nanti anda cirit-birit atau sakit perut pula.
Selain dari cara membuat cili jeruk ini, anda juga boleh baca artikel kami berkenaan hidangan yang lain seperti:
Sumber: