Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa ibu bapa terhadap kita.
Apakah cara-cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu? Terdapat banyak cara membalas jasa ibu bapa, namun ia tidaklah mampu membalas semua jasa mereka sejak melahirkan kita sehinggalah kita dewasa. Jom kita ketahui apakah cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu. Selagi kita masih hidup dan mampu, kita boleh membalas jasa mereka.
Hormati ibu bapa dan jadikan mereka sebagai ‘raja’, maksudnya anda harus melayan mereka dengan cara yang sangat istimewa. Anak yang menghormati ibu bapa akan mampu menjadikan ibu bapa mereka ibu bapa yang sangat beruntung. Mereka beruntung mempunyai anak seperti anda. Ia adalah salah satu cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu.
Dengarlah cakap ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Ibu bapa pasti senang hati apabila setiap percakapan mereka didengar oleh anda. Anda juga akan menjadi anak misali serta diredhai ibu bapa. Ini adalah cara membalas jasa ibu bapa yang sangat mudah.
Cara membalas jasa ibu bapa yang lain juga adalah membantu ibu bapa. Bantulah mereka dalam membuat kerja rumah, membeli barang, menyediakan makanan, menghantar ke tempat yang ingin dituju dan lain-lain lagi.
Jangan lupa berikan ibu bapa anda duit belanja atau duit untuk keperluan ibu bapa. Berilah seberapa yang anda mampu, namun ketahuilah bahawa semakin banyak anda memberi kepada ibu bapa, semakin murah dan limpah luas rezeki anda.
Jadilah seorang penyokong tegar ibu bapa anda. Menjadi penyokong mereka bermaksud anda menjadi kawan baik mereka yang sering menyokong apa yang mereka lakukan. Beri galakan dan pujian sekiranya perkara yang baik berlaku terhadap mereka. Ia adalah salah satu cara membalas jasa ibu bapa anda.
Kebanyakan ibu bapa tidak mahukan wang pun, mereka lebih suka anda meluangkan masa bersama mereka sahaja. Meluangkan masa bersama ibu bapa merupakan cara membalas jasa ibu bapa wajib anda tahu.
Tunjukkanlah peribadi mulia anda kepada kedua ibu bapa anda. Mereka akan berasa untung dan gembira kerana mempunyai anak seperti anda. Peribadi mulia termasuklah suka membantu orang lain, bercakap sopan, memahami orang tua dan banyak lagi cara membalas jasa ibu bapa yang anda lakukan.
Apabila meningkat dewasa, anda pasti akan faham situasi ibu bapa anda yang membesarkan anda sehingga sekarang. Cara membalas jasa ibu bapa yang boleh anda lakukan adalah fahami kesusahan dan pengorbanan ibu bapa anda dan hargai mereka.
Hadiah terbesar yang boleh anda berikan adalah percutian, Umrah dan Haji ataupun barang-barang berharga seperti emas, mesin urut dan lain-lain lagi. Berilah satu hadiah besar yang mampu menggembirakan hati ibu bapa anda sebagai cara membalas jasa mereka.
Jika tidak mampu tidak mengapa. Cukuplah anda mendoakan mereka, menemani mereka, masak untuk mereka dan melakukan perkara yang menyenangkan hati mereka.
Jangan lupa akan hari lahir dan hari penting ibu bapa anda. Biarpun mereka sendiri mungkin terlupa, tetapi ingatan anda terhadap tarikh penting ini tetap utuh. Itu yang menggembirakan mereka dan terasa dihargai. Cara membalas jasa ibu bapa dengan mengingati tarikh penting mereka ini amat jarang dilakukan oleh ramai anak.
Peluk cium ibu bapa anda walaupun anda sudah besar dewasa. Itulah apa yang ibu bapa anda mahukan. Jangan malu untuk pegang tangan ibu bapa, bersalaman, berpimpinan tangan, peluk dan cium mereka. Hanya dengan sentuhan sebegitu sahaja, anda sudah boleh membalas jasa ibu bapa anda.
Sekali sekala apa kata anda bawa ibu bapa bersiar-siar? Setelah lama mereka bertungkus lumus mencari wang, anda boleh membalas jasa ibu bapa dengan membawa mereka berjalan-jalan. Cara membalas jasa ibu bapa ini amat menyeronokkan dengan membawa mereka bercuti, beli belah atau ke mana sahaja yang mereka inginkan.
Cara membalas jasa ibu bapa juga adalah dengan mengajarkan ilmu agama buat mereka. Mereka akan teruja dengan keprihatinan anda mengajarkan dan mengingatkan mereka akan alam akhirat.
Apabila meningkat dewasa, anda boleh berjemaah bersama ibu bapa dan mengimamkan mereka. Itulah cara terbaik untuk membalas jasa ibu bapa anda. Sekiranya umur sudah tidak panjang, anda sendiri boleh menjadi imam terakhir bagi mereka dengan menjadi imam solat jenazah mereka.
Lawatlah ibu bapa walau di mana sahaja mereka berada. Pulanglah kampung sentiasa untuk melihat keadaan ibu bapa anda. Ini adalah cara membalas jasa ibu bapa harus anda tonjolkan. Mereka pasti meredhai dan merestui anda.
Akhlak yang baik adalah sikap idaman ibu bapa dalam membentuk anak-anak. Beruntunglah jika anda mempunyai seorang anak yang baik akhlaknya, tidak merungut akan kesusahan ibu bapa, sering membantu ibu bapa dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni yang lain.
Itulah dia 15 cara membalas jasa ibu bapa yang anda perlu tahu. Lakukan apa yang anda mampu untuk membalas jasa ibu bapa anda, ibu bapa pasti terharu! Jom baca juga Tips Anak Solehah, Doa anak periksa, Hadiah hari jadi anak perempuan dan Kesan atasi anak tak nak makan.