Bagaimanakah cara mandi wajib dua hadas besar dan apakah hukum menggabungkan dua niat sekaligus?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang cara dan hukum menggabungkan niat mandi wajib serta hikmah mandi wajib yang lainnya.

Apa itu mandi wajib?

Cara Mandi Wajib Dua Hadas Besar

Menurut Kamus Dewan Bahasa, mandi wajib adalah mencuci tubuh dengan air. Manakala dari segi istilah pula, mandi wajib boleh dimaksudkan sebagai mengalirkan air ke seluruh anggota badan dengan syarat dan niat-niat yang tertentu.

Islam memberi maksud secara dalam mengenai mandi wajib sebagai mengangkat atau juga menghilangkan hadas besar yang disebabkan oleh beberapa perkara yang diwajibkan oleh syarak seperti kadatangan haid, nifas, atau bersetubuh.

Kenapa perlu mandi wajib

Mandi wajib ini hukumnya wajib dilakukan bagi orang yang berhadas besar. Antara sebab yang memerlukan seseorang itu mandi wajib adalah seperti berikut:

  • Keluar air mani
  • Datang haid
  • Keluar darah haid
  • Wiladah (keluar darah sewaktu bersalin)
  • Mati selain mati syahid
  • Muallaf
  • Suami isteri berjimak (melakukan persetubuhan)

Hukum gabungkan niat mandi wajib

Menurut ulama Fekah, hukum gabungkan niat mandi wajib adalah sah.

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid.

Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorag itu masih dalam haid.

Sama juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesai barulah mandi dengan niat kerana wiladah dan nifas.

Cara mandi wajib dua hadas besar

Tatacara mandi wajib dua hadas besar adalah sama sahaja seperti mandi wajib yang lainnya. Syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh bahagian badan dan rambut serta bulu-bulu.

Hanya sahaja dalam cara melafazkan niat ada dua cara yang boleh anda aplikasikan, iaitu:

1. Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya.

Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.

“ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”

2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

    Hikmah mandi wajib

    Mandi wajib bukans sahaja sangat penting dalam Islam tetapi ia juga mempunyai banyak hikmah dan manfaat.

    Berikut adalah beberapa hikmah mandi wajib dalam Islam:

    1. Kebersihan fizikal

    Mandi wajib membantu menjaga kebersihan tubuh badan. Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan mandi wajib memastikan bahawa seseorang itu bersih dari sebarang najis dan kotoran.

    2. Kebersihan rohani

    Selain kebersihan fizikal, mandi wajib juga membawa kepada kebersihan rohani. Ia merupakan satu cara untuk membersihkan diri dari hadas besar, yang meliputi keadaan-keadaan seperti selepas bersetubuh, haid, nifas, dan keluar mani.

    3. Ketaatan kepada Allah

    Melaksanakan mandi wajib menunjukkan ketaatan seseorang Muslim kepada perintah Allah SWT. Ia adalah satu bentuk ibadah yang menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada syariat Islam.

    4. Persediaan untuk ibadah

    Mandi wajib adalah satu syarat untuk melakukan ibadah tertentu seperti solat, tawaf di Kaabah, dan membaca Al-Quran.

    Dengan mandi wajib, seseorang itu berada dalam keadaan yang suci dan boleh untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah.

    5. Kesegaran dan kesihatan

    Mandi secara umum memberikan rasa segar dan nyaman kepada tubuh. Ia juga membantu dalam menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan penyakit yang mungkin timbul akibat kebersihan yang tidak terjaga.

    Selain dari cara mandi wajib dua hadas besar ini, anda juga boleh baca artikel agama kami yang lain seperti:

    Sumber:

    1. Al-Kafi #422: Hukum Menggabungkan Dua Niat Mandi Hadas Dalam Jenis Berbeza. Mufti Wilayah Persekutuan
    2. Cara Mandi Wajib: Panduan Lengkap Untuk Lelaki & Perempuan. Taqwa.my

    Penulis: hannani

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .