Sekolah akan dibuka kembali. Cuti akan berakhir. Ramai ibu bapa yang telah bersedia awal-awal akan perbelanjaan yang bakal dilakukan untuk anak-anak. Ini adalag tabiat yang bagus.

tips belanja

Ibubapa haruslah bijak memainkan peranan untuk perbelnjaan anak. [Earthday]


 
Semasa ibu membesarkan 4 daripada 5 anak-anak ibu, semasa itu keadaa hidup kami agak sempit. Yalah, hanya suami ibu bekerja. Kadang-kadang tu, duit gajipun dapat pada pertengahan bulan hadapannya. Fikir-fikirkan macamana kami boleh terus hidup?

Tidak pulak rasa sempit berbelanja walaupun gaji suami semasa itu kurang daripada RM2000 sebulan. Alhamdulillah.

Ibu adalah juga berjual itu dan ini. Jual kain batik, kain pasang, keropok dan apa sajalah. Berjaja di kawasan perumahan Ibu masa itu, sambil membawa anak-anak.Apabila teringat masa itu, perasaan malu pun ada, tapi cekalkan sajalah, supaya anak-anak boleh hidup girang.

Pada masa itu apabila hendak membeli Ibu akan amalkan perkara ini, jika sudi anda yang mungkin sama keadaan dengan Ibu dahulu bolehlah mencubanya:-

1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan ‘best buy‘.

2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.

3) Baju sekolah pun beli sepasang sahaja. Yang lama atau yang kakak punya diberikan kepada adik, jadikan ‘spare’ sementara membasuh yang baru.

4) Makanan dibekal dan hanya memberi sedikit sahaja duit belanja. Sekadar hendak melepaskan keinginan membeli kuih yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.

5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang diberikan kepada adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru. Cuma ianya tidaklah berlebihan.

6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai sehingga sudah tidak boleh dipakai lagi. Tidak perlu beli baru disebabkan hanya sebab hendakkan yang baru.

Tak ke anak-anak ibu meragam nak yang baru? Alhamdulillah tidak, sebab mereka tahu menilai wang dan tahu apa yang perlu dan apa yang cuma keinginan.

Namun, Ibu tidak pernah menghalang mereka menginginkan sesuatu; di situ Ibu ajar mereka untuk menabung dan mencari wang sendiri, sekreatif yang mereka mampu.

Mengapa anak-anak Ibu boleh menerima keadaan itu? Kerana Ibu banyak mendidik hati mereka agar faham nilai wang dan tidak berbelanja ikut suka hati.

Semaian kefahaman itu dibuat sejak mereka kecil lagi. Alhamdulillah, Ibu mendapati hasilnya amat memudahkan mereka dan Ibu bila mereka perlu berjimat.

Yang penting, Ibu tidak pernah mengatakan, kita tidak mampu, apa yang sering Ibu katakan, buat masa ini, ini belum lagi perlu dan kita mesti bijak mengagihkan wang kita untuk perkara yang penting dan prioriti.

InsyaAllah anak-anak akan faham, sebab anak-anak ini, jika kita tegas dan penuh kasih sayang memberi mereka faham dan tenaga kita ialah tenang dengan keadaan yang mencabar, mereka juga akan tenang.

Sekadar hendak berkongsi dengan sayang semua, Ibu pernah hidup cuma tinggal RM5 diantara kami suami isteri dan 4 orang anak, sedangkan bulan masih panjang dan gaji suami dah hampir dua bulan belum diberi.

Namun, Allah memberi rezekiNya cara yang berbeza. Dalam wang yang tidak cukup, kami berasa cukup. PELIKKAN? TAPI ITULAH NAMANYA REZEKI. Maha Agung Tuhan.

Ibu doakan sayang semua terus dimurahkan rezeki, bijak berbelanja dan tenang menghadapi segala perubahan hidup.

Penulis: Dr Rozieta Shaary

Prof. Dr. Rozieta Shaary atau juga dikenali sebagai Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modan Insan dan pendidikan melebihi 25 tahun. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.