Stress adalah pembunuh dalam diam tanpa disedari. Masyarakat kita belum mempunyai kesedaran tentang betapa bahayanya kesan stress kepada kehidupan dan langkah-langkah untuk menghadapinya. Malah mungkin ada yang sedang stress namun berpura-pura tidak menyedarinya kerana malu untuk meminta bantuan daripada yang pakar.

Malah ramai juga yang menyangka stress akan hilang dengan sendiri apabila dibiarkan. Ketahuilah bahawa anda tidak perlu malu jika sedang stress dan ianya adalah sesuatu yang boleh dikawal. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara hilangkan stress yang paling power dan berkesan.

Sumber: Okotokstoday

Kenal-pasti apakah punca anda stress

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mengatasi stress yang sedang dialami ialah dengan mengenal-pasti apakah punca sebenar anda stress. Di sini anda perlu jujur dengan diri sendiri. Ambil masa untuk duduk sendirian, cari suasana yang tenang dan renungkan apakah punca sebenar anda stress. Di antara perkara yang selalu menjadi punca seseorang individu stress adalah seperti berikut:

  • Masalah dalam hubungan. Cuba renungkan sama ada stress yang anda hadapi adalah berpunca daripada masalah dengan orang yang tersayang sama ada pasangan, ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, dan juga ipar-duai. Mungkin anda ada berkecil hati, terguris, terluka, atau terlalu lama memendam rasa? Atau mungkin juga anda stress disebabkan oleh masalah dalam perhubungan dengan kenalan atau rakan sekerja. Jangan malu untuk mengaku punca anda stress kerana kegagalan untuk mengenal-pasti puncanya akan menyebabkan anda akan terus stress dan ianya tidak akan berkesudahan dan tiada penghujung.
  • Masalah kewangan. Ini adalah punca stress yang paling universal dan boleh dikatakan sebagai di antara punca stress di seluruh dunia. Tidak dinafikan bahawa masalah kewangan boleh menyebabkan seseorang individu mengalami kemurungan dan stress. Malah baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita tentang seorang individu yang membunuh diri dengan cara terjun dari rumahnya kerana masalah kewangan.
  • Tekanan di tempat kerja. Tidak dinafikan bahawa tekanan di tempat kerja adalah di antara perkara yang boleh menyebabkan kita stress. Ianya mungkin datang daripada jenis kerja atau bebanan kerja kita yang menyebabkan kita sentiasa stress dan tekanan. Atau mungkin juga kita stress disebabkan persekitaran dan suasana kerja yang tidak sesuai dengan jiwa. Tak mustahil juga kita stress disebabkan oleh ketua atau boss yang terlalu memaksa, menekan, mengongkong, dan terlalu suka menggunakan kuasa sebagai ketua.

Kenal-pasti cara untuk mengelakkan punca stress

Apabila anda dah berjaya untuk mengenal-pasti punca sebenar anda mengalami stress, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah untuk mengelakkan punca stress tadi. Jika anda stress disebabkan oleh masalah dalam perhubungan, apa yang perlu anda lakukan ialah atasi masalah tersebut. Sebagai contoh, jika anda stress disebabkan oleh masalah dengan pasangan, berbincang dengannya dari hati ke hati.

Bagitahu apa perbuatannya yang menyebabkan anda stress dan minta dia untuk menghentikan perbuatan tersebut. Jika pasangan anda berterusan melakukan perkara yang menyebabkan anda stress, ia adalah petanda bahawa anda sedang berada dalam hubungan bertoksik yang boleh menyebabkan anda akan stress secara berterusan. Ia bukanlah satu hubungan yang sihat malah boleh memakan diri sendiri.

Jika anda stress disebabkan oleh hubungan dengan ahli keluarga yang lain atu rakan sekerja, anda juga perlu berbincang dengan baik. Boleh juga cari orang tengah sebagai pendamai. Usaha untuk mencari jalan penyelesaian. Jika kelihatan seperti tiada jalan penyelesaian buat masa sekarang, jauhkan diri buat seketika dan usaha untuk mengatasinya semula di masa akan datang. Jika anda bermasalah di tempat kerja, mugkin anda boleh berusaha untuk mencari kerja di tempat baru.

Jika stress anda adalah disebabakan oleh masalah kewangan, anda boleh lihat semula bagaimana sistem pengurusan anda. Lihat berapa banyak duit yang masuk dan bagaimana perbelanjaan anda. Ubah mana yang boleh diubah. Atau anda juga boleh dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari agensi seperti AKPK. Ianya adalah percuma.

Sayangi diri sendiri

Ini adalah perkara yang paling penting. Anda perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Jika anda menyayangi diri sendiri, walau apa pun yang terjadi, walau seteruk mana stress yang anda alami, anda akan berusaha untuk mengatasinya dan tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri.

Dekatkan diri dengan tuhan

Mungkin anda dah penat dengar dengan nasihat agar mendekatkan diri dengan tuhan untuk mengatasi stress. Mendekatkan diri dengan tuhan sememangnya akan membantu anda agar berasa lebih tenang dan tidak berasa seolah-olah anda bersendirian dalam menghadapi stress yang sedang dialami. Jika anda beragama islam, banyakkan berzikir dan berselawat. Lakukan solat hajat untuk meminta ketenangan hati dan minta agar Allah permudahkan urusan untuk menghilangkan punca anda stress.

Malah anda juga boleh melakukan solat istkharah sekiranya anda tidak pasti apakah jalan penyelesaian untuk masalah stress yang anda alami. Membaca Al-Quran juga adalah sangat menenangkan perasaan. Jika anda tidak sempat untuk mengaji, anda boleh pasang alunan al-Quran sebagai peneman. Insya Allah anda akan berasa lebih tenang.

Minta bantuan dari orang yang dipercayai

Akhir sekali, jika anda tidak berjaya untuk mengatasi stress walau pun telah berusaha sebaiknya, tiba masa untuk anda meminta bantuan daripada mereka yang tersayang dan golongan professional. Mendapatkan khidmat kaunseling bukanlah sesuatu yang memalukan malah anda sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana mengambil langkah yang sangat besar untuk menyelamatkan diri sendiri daripada gelumang stress yang boleh membunuh.

Sumber: Sassymamasg

Itulah dia info tentang cara hilangkan stress yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tanda alami tekanan perasaan, hilangkan tekanan dengan meditasi, dan punca stress.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.