Apabila anda sedang bersemangat untuk menurunkan berat badan, pastinya anda akan mula mencari apakah diet yang paling berkesan untuk kurus dengan cepat. Di Malaysia, diet atkins semakin popular dan mendapat tempat di hati orang ramai berikutan banyak perkongsian tentang kejayaan menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet atkins.
Benarkah diet atkins berkesan dan mampu membantu anda kurus dengan cepat tanpa perlu berlapar? Macam mana cara terbaik untuk menjalankan diet atkin supaya cepat kurus? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara diet atkins yang paling berkesan.
Diet Atkins adalah satu jenis pola pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Prinsip diet atkins ialah tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat. Kenapa?
Apabila anda tidak makan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga, secara automatik badan anda akan membakar lemak yang ada dalam badan anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan seharian. Semakin lama anda tidak mengambil kerbohidrat, semakin banyak lemak yang akan dibakar oleh tubuh badan anda.
Anda yang mengamalkan diet atkins juga digalakkan untuk tidak mengambil sebarang gula atas sebab yang sama seperti karbohidrat.
Untuk mendapatkan berat badan idaman, terdapat 4 fasa diet atkins yang perlu anda lalui. Anda akan bermula dengan fasa pertama, diikuti oleh fasa kedua, ketiga, dan keempat. Sekiranya anda ikut diet atkins secara disiplin dan konsisten, insya Allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.
Empat Fasa dalam diet atkins ialah:
Fasa pertama diet atkins bertujuan untuk menyesuaikan diri anda dengan diet atkins. Fasa pertama fokus untuk:
Dalam fasa pertama atkins, seleoknya anda langsung tak makan karbohidrat dan gula. Pada peringkat permulaan anda akan mula mengalami ketosis iaitu proses pembakaran lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga. Apabila badan anda mengalami ketosis, anda akan mendapat tanda seperti mulut berbau, pening dan loya-loya. Jangan risau, ianya hanya sementara sahaja.
Fasa pertama atkins boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga 6 bulan. Tempoh maksimum yang dicadangkan ialah 2 tahun. Kami nasihatkan anda supaya tak berada dalam fasa pertama atkins untuk tempoh yang lebih panjang daripada 2 tahun.
Anda akan kehilangan berat badan dengan banyak sekali pada fasa pertama. Anda digalakkan untuk makan banyak makanan yang tinggi lemak dan protein, serta sayur-sayuran yang rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Apabila memasuki fasa kedua, penurunan berat badan anda akan mula berkurangan. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca.
Pada fasa kedua diet atkins yang dikenali sebagai fasa penurunan berat badan secara berterusan, di mana berat badan anda akan terus menurun namun tidak secepat fasa pertama. Ini kerana dalam fasa kedua, anda akan mula mengambil karbohidrat semula di dalam menu seharian anda.
Dalam fasa ini, anda dibenarkan untuk mengambil karbohidrat dalam jumlah yang terkawal. Pengambilan gula adalah tidak digalakkan. Dalam fasa kedua, perlahan-lahan anda boleh masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam diet anda.
Biasanya, pada fasa ketiga, anda sudah makin hampir dengan berat badan idaman anda. Mungkin tinggal 5 kilogram sahaja lagi untuk mendapatkannya. Oleh itu, pada fasa ini anda tidak perlu lagi mengamalkan diet yang terlalu ketat. Anda boleh tambah lebih banyak karbohidrat ke dalam menu harian anda.
Kini, anda sudah boleh makan nasi dan sayuran berkarbohidrat dengan kuantiti yang dikawal. Dah nak masuk fasa keempat tak bermakna anda dah boleh makan secara sesuka hati. Ingat ya, anda masih berada dalam fasa ketiga. Belum masuk fasa terakhir diet atkins.
Ini merupakan fasa terakhir dalam diet atkins. Apabila anda sudah sampai ke fasa ini, bermakna kini anda sudah kurus dan mendapat berat badan yang diidamkan. Dalam fasa ini, anda dalam proses untuk mengekalkan berat badan sekarang sampai bila-bila. Anda boleh makan seperti biasa asalkan ianya menu yang sihat dan menepati keperluan piramid pemakanan harian.
Itulah dia cara diet atkins yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga mungkin meminati perkongsian kami tentang makanan untuk diet, cara kuruskan badan, dan cara kempiskan perut.