Menyambut kelahiran orang baru sebagai penyeri rumah tangga sememangnya sesuatu yang sangat membahagiakan. Pastinya anda telah melakukan pelbagai persiapan seperti pilihan hospital untuk bersalin, nama yang baik, barang kelengkapan bayi, barang kelengkapan ibu, dan sebagainya. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi yang anda perlu tahu, terutamanya cara azan bayi.

cara azankan bayi
Sumber: Muis

Cara azankan bayi yang baru lahir

Kenapa orang melayu mengazankan bayi yang baru lahir? Adakah ianya dilakukan pada zaman Rasulullah? Apakah hukum mengazankan bayi yang baru lahir? Kami memetik hadith yang diriwayatkan olen Ubaidilah Bin Abi Rafi;

“رَأيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أذَّنَ فِيْ أذُنِ الحُسَيْنِ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَةِ”

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga Husain ketika Fatimah melahirkan (yakni) dgn azan solat”.

Berdasarkan hadith tadi, hukum mengazankan bayi yang baru lahir adalah sunnah. Sunnah bermaksud ianya adalahs sesuatu yang digalakkan untuk dilakukan namun tidak jatuh ke dalam kategori wajib dan ibu bapa yang tidak mengazankan anak yang baru lahir tidak akan menanggung dosa.

Satu lagi keutamaan mengazankan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya ialah untuk melindungi bayi tersebut daripada gangguan sejenis jin yang suka mengganggu bayi iaitu Ummu Sibyan. Salah satu cara untuk menghalau Ummu Sibyan ialah dengan azan. Oleh itu, mengazankan bayi sejurus selepas kelahirannya adalah di antara ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi anda daripada gangguan makhluk halus tersebut.

Siapakah yang boleh mengazankan bayi yang baru lahir? Seeloknya bayi tadi diazankan oleh seorang lelaki dewasa yang berada dalam keadaan bersih tanpa hadas besar dan hadas kecil. Lagi afdhal jika diazankan dalam keadaan berwudhuk. Namun jika tiada lelaki dewasa yang boleh mengazankan bayi, perempuan dewasa yang berada dalam keadaan bersih juga boleh mengazankan bayi. Tiada masalah.

Bagaimanakah cara untuk mengazankan bayi lelaki? Caranya:

  • Angkat bayi ke paras mulut
  • Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan suara yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana gegendang telinga bayi yang baru lahir adalah sensitif
  • Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempatnya

Bagaimana cara untuk mengazankan bayi perempuan? Cara untuk mengazankan bayi perempuan adalah seperti berikut:

  • Angkat bayi ke paras mulut
  • Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan suara yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana gegendang telinga bayi yang baru lahir adalah sensitif
  • Kemudian beralih ke telinga kiri bayi. Iqamatkan bayi dengan suara sederhana
  • Selesai diazan dan diiqamatkan, letakkan semula bayi ke tempatnya
cara azankan bayi
Sumber: Parenting

Apakah sunnah menyambut bayi yang lain?

Selain diazan dan diiqamatkan, terdapat beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi yang boleh anda lakukan. Di antaranya ialah:

Memberikan nama yang baik dalam masa 7 hari bayi dilahirkan

Salah satu daripada tanggung jawab ibu bapa ialah untuk memberikan nama yang baik dengan maksud yang elok kepada bayi yang baru dilahirkan. Adalah sunnah untuk menamakan bayi anda dalam tempoh 7 hari setelah dilahirkan. Anda boleh mula mencari nama yang sesuai sejak tempoh mengandung supaya tidak terkejar-kejar untuk menamakan bayi.

Mentahnik

Mentahnik adalab amalan sejak zaman Rasulullah di mana kurma yang telah dikunyah disuapkan ke mulut bayi dan digosokkan ke lelangit bayi tersebut. Selain kurma, boleh juga gunakan makanan sunnah manis yang lain seperti  madu. Biasanya upacara mentahnik dilakukan dengan meminta seseorang yang tinggi keimanannya dan dihormati untuk melakukannya, sebagai contoh imam masjid dan sebagainya.

Jika anda perasan, amalan mentahnik sebenarnya sudah biasa dilakukan dalam budaya msyarakat melayu semasa majlis aqiqah dan cukur jambul di mana wanita dalam kumpulan marhaban akan bermarhaban sambil bayi dibawa berpusing mengelilingi kumpulan marhaban tersebut sambil disuapkan sedikit madu ke dalam mulut bayi.

Adakah amalan mentahnik diamalkan sejak zaman Rasulullah? Jawapannya ialah ya berdasarkan hadith di bawah:

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.

“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

cara azankan bayi
Sumber: Yayasanikhlas

Mencukur rambut bayi

Mencukur rambut bayi adalah sunnah seterusnya yang boleh anda lakukan. Cara yang betul ialah dengan mencukur semua rambut bayi anda agar kekotoran dari dalam perut dapat dibuang dari kepala bayi anda. Kalau anda mampu, boleh timbang berat rambut yang dicukur dan bersedekah dengan harga emas untuk timbangan tersebut.

Aqiqah

Sunnah terakhir yang ingin kami kongsikan ialah melakukan aqiqah untuk bayi anda dengan nilai 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini adalah berdasarkan hadith berikut:

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Majlis aqiqah boleh dilakukan sekali dengan majlis cukur jambul. Namun ketahuilah bahawa ianya bukan sesuatu yang wajib. Jika anda tidak mampu untuk melakukan majlis aqiqah untuk bayi anda sekarang, anda boleh lakukannya di kemudian hari.

Itulah dia info tentang sunnah menyambut kelahiran bayi dan cara azankan bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang
cara hilangkan kembung bayisenaman bayi dan resepi makanan bayi.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.