Selalu kita dengar buku pink untuk wanita hamil. Namun tentunya kita hanya sekadar tahu daripada pengalaman keluarga atau kenalan yang pernah hamil sebelum ini.

Sedangkan untuk wanita yang pertama kali bergelar ibu, buka buku pink sendiri akan menjadi cabaran yang tersendiri bila mana kita tidak mengikut tips serta panduan yang tepat.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk buka buku pink bagi ibu hamil.

Apa itu buku pink?

Buku pink atau juga dikenali sebagai Rekod Kesihatan Ibu untuk merekod tahap kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan tersebut.

Ia juga mengandungi semua sejarah kehamilan ibu semasa temujanji antenatal di klinik ibu dan anak.

Dalam masa yang sama ini semua amat bagus dalam memudahkan doktor menyemak semula rekod kehamilan dan permasalahan sekiranya berlaku ketika proses hendak bersalin nanti.

Kenapa ibu hamil perlu ada buku pink?

Pentingnya buku pink kepada ibu hamil ini adalah kerana ia:

  • Mengandungi masalah kesihatan ibu mengandung
  • Mempunyai sejarah rekod hamil lampau
  • Boleh mengesan hemoglobin darah
  • Pemeriksaan sepenuhnya melalui buku pink

Bila masa yang sesuai untuk buka buku pink?

Buka buku pink sangat disyorkan dalam tempoh masa 6 hingga 12 minggu usia kehamilan. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita membuka buku pink sebaik sahaja disahkan hamil.

Tetapi ia tidaklah begitu sesuai memandangkan pada tempoh tersebut, kesihatan kandungan ibu hamil masih sukar untuk dipantau.

Sekiranya kita terlewat untuk membuka buku pink, ia akan dikira sebagai “late booking”. Ditambah pakej kena membebel sekali dengan kakak dan mak cik nurse.

Panduan buka buku pink

Untuk buku buku pink, perkara pertama yang perlu dibawa dan disiapkan adalah dokumen-dokumen penting seperti yang berikut:

  • Kad pengenalan diri
  • Kad pengenalan suami
  • Gambar ukuran passport diri dan pasangan
  • Sijil nikah
  • Bil air / elektrik rumah untuk pengesahan alamat
  • Surat rujukan doktor atau klinik lain (jika ada)

Sebelum buka buka pink ini juga ibu hamil perlu mengikuti prosedur pemeriksaan yang lebih terperinci dan agak memakan masa. Antara prosedur yang perlu diikuti adalah seperti:

1. Mengukur tinggi dan berat

Ibu hamil akan diukur tinggi dan beratnya oleh jururawat kemudian bacaan akan direkodkan bersama-sama dengan maklumat kesihatan yang lain seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.

2. Tarikh jangkaan bersalin

Tarikh Jangkaan Bersalin (EDD) dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir. Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah:

Tarikh pertama datang period paling terkini = 1 April

Tarikh buat UPT Test = 15 Mei

Kalau double line, alhamdulillah, maksudnya kita sudah mengandung 6 minggu!

1 April – 30 April = 4 minggu

1 Mei – 15 Mei = 2 minggu

Jumlah = 6 minggu

3. Ujian air kencing

Ujian air kencing perlu dilakukan untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing.

4. Suplemen prenatal

Ibu akan diberikan suplemen prenatal seperti vitamin C, B kompleks, asid folik, dan zat besi.

5. Janji temu

Janji temu seterusnya akan ditetapkan bagi memantau kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Apabila selesai, ibu akan diberikan buku pink bagi tujuan merekod segala perkembangan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan (prenatal) sehingga kelahiran (post-natal).

Maksud warna sticker di buku pink ibu hamil

Kalau anda perasan, di setiap buku pink akan dilekatkan bersama warna-warna sticker yang berbeza antara satu sama lain.

Bagi yang tertanya-tanya apakah maksud dari nama-nama tersebut, berikut ini kami kongsikan maklumatnya.

1. Warna putih (tiada risiko)

  • Boleh bersalin di mana-mana hospital termasuk hospital daerah.
  • Follow up boleh dilakukan oleh jururawat.

2. Warna hijau (berisiko)

  • Perlu berjumpa doktor di KK dan follow up jururawat di bawah pengawasan doktor.
  • Contohnya primid, berat 80 kg, 3rd degree tear, vacuum, LSCS, asma, dan sebagainya.

3. Warna kuning (berisiko)

  • Memerlukan pemantauan Doktor Pakar FMS / O&G
  • Contohnya diabetes dengan insulin, darah tinggi remaja, ibu tanpa nikah dan sebagainya.

4. Warna merah (berisiko tinggi)

  • Ibu hamil berisiko tinggi.
  • Rujukan segera hospital follow up pakar.
  • Contohnya sakit jantung dan kontraksi pramatang.

Kesimpulannya, sticker dengan warna hijau, kuning, dan merah perlu bersalin di hospital besar.

Selain dari panduan buka buku pink ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. Bila Boleh Buka Buku Pink? Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu, Pastikan Jangan Lambat! Hello Doktor
  2. Jangan Bertangguh Sehari Ke Sehari Buka Pink. Lagi Lambat Berisiko Untuk Ibu & Bayi. Pa&Ma
  3. Buku Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info Penting Buat Ibu. The Asian Parent

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.