Buffet Ramadhan Kuala Lumpur untuk tahun 2022 yang kami sediakan pasti membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini. Salah satu keseronokan menjelang bulan ini adalah dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat.
Tak salah sekiranya berbuka bersama mereka dengan suasana dan tempat yang istimewa. Sesekali menukar selera pasti memuaskan hati dan hilang rasa penat bekerja. Jom raikan bulan ini dengan membawa keluarga atau rakan-rakan berbuka bersama.
Jangan risau dan anda tak perlu susah-susah mencari tempat. Kami telah sediakan 35 tempat berbuka untuk anda. Kami sertakan alamat, harga normal dan harga promosi serta info berkaitan. Anda pilih sahaja tempat yang sesuai dengan citarasa anda. Jom tengok dan pilih!
Nama Tempat | No Telefon & Lokasi | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur | +603 2717 9933 (Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 198.00 | 98.00 | Sheraton Imperial Hotel Kuala Lumpur |
Eastin Hotel Kuala Lumpur | 016 262 207013 (Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya Selangor) | 165.00 | 165.00 | Eastin Hotel Kuala Lumpur |
Premiera Hotel Kuala Lumpur | +603 2615 1000 (Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur) | 128.00 | 64.00 | Premiera Hotel Kuala Lumpur |
Hotel Perdana KLCC | 03 7490 333310 (Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 118.00 | Perdana KLCC | |
Aloft Kuala Lumpur Sentral | 03 2723 11545 (Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur) | 168.00 | 168.00 | Aloft Kuala Lumpur Sentral |
InterContinental Kuala Lumpur | +603 2782 6325165 (Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur) | 148.50 | 88.50 | InterContinental Kuala Lumpur |
Shangri-La Kuala Lumpur | +603 2074390011 (Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 158.00 | 158.00 | Shangri-La Kuala Lumpur |
Pullman Kuala Lumpur Bangsar | +603 2298 1888 (No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 168.00 | 84.00 | Pullman Kuala Lumpur Bangsar |
Thyme Out by Equatorial | +603 2602 4200 (Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur) | 138.00 | 70.00 | ACE Conference Centre |
Pavilion Hotel Kuala Lumpur | 03 2117 2821170 (Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur) | 150.00 | 150.00 | Pavilion Hotel Kuala Lumpur managed by Banyan Tree |
Le Quadri Hotel | No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 158.00 | 85.00 | Le Quadri Hotel KL |
EQ Kuala Lumpur Hotel | 012 278 9239 (WhatsApp) (EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur) | 208.00 | EQ Kuala Lumpur | |
The Westin Kuala Lumpur | +6 03 2773 8495199 (Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur) | 128.00 | The Westin Kuala Lumpur | |
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur | Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 120.00 | 60.00 | Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Official |
Berjaya Times Square Hotel | 018-668 8176 (Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur) | 148.00 | 88.00 | Berjaya Hotels & Resort |
Melia Kuala Lumpur | 03 2785 2828 (No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur) | 135.00 | 68.00 | Melia Kuala Lumpur |
Corus Hotel Kuala Lumpur | 03 2161 8888 (Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 108.00 | 70.00 | Corus Hotel Kuala Lumpur |
Tamu Hotel & Suites | 019 303 9360120 (Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 159.00 | 79.00 | Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur |
Novotel Kuala Lumpur City Centre | 03 2147 08882 (Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 128.00 | 40% off | Novotel |
VIVATEL | 03 9205 888885 (Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 98.00 | 50.00 | Vivatel Kuala Lumpur |
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA | +603 8661 8661 (Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor) | 128.00 | 64.00 | Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA |
Hotel Maya | 012 282 8187138 (Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 110.00 | 55.00 | Hotel Maya Kuala Lumpur |
The Pearl Kuala Lumpur | 016-331 8437 (5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur) | 118.00 | 58.00 | The Pearl Kuala Lumpur |
Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur | 03 4051 9191 (Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur) | 78.00 | 58.00 | Koptown EDC Hotel |
Manor House of Events | +6018 371 3534 (Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur) | 55.00 | 55.00 | Manor House of Events |
Zebra Square | 017-570 7039 (No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur) | 125.00 | 55.00 | Zebra Square |
Element Kuala Lumpur (Menara Ilham) | +603 2771 3388 (IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur) | 148.00 | 74.00 | Element Kuala Lumpur |
World Trade Centre Kuala Lumpur | 03-2624 6701 (41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 108.00 | 75.00 | World Trade Centre Kuala Lumpur |
Grand Millenium Kuala Lumpur | 0123170120 (160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur) | 158.00+ | Grand Millenium Kuala Lumpur | |
Restoran Rebung Chef Ismail | +603 2276 3535 (5-2, Aras 5, Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur) | 88.00 | 58.00 | Restoran Rebung Chef Ismail |
Sofitel Kuala Lumpur Damansara | 03-2720 6608 (No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur) | 178.00 | 89.00 | Sofitel Kuala Lumpur Damansara |
Impiana KLCC Hotel | +603-2147 1111 (13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur) | 178.00 | 89.00 | Impiana KLCC Hotel |
Eden Restaurant & Catering | 011 2302 5904 / 012 551 590410476, (Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | 76.00 | 29.00 | Eden Restaurant & Catering |
Malaysian Petroleum Club | 03 2166 3200No (42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur) | 148.00 | Malaysian Petroleum Club | |
Kontiki Restaurant | 03 2148 916635 (Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur) | 148.00 | 88.00 | Kontiki Restaurant |
Setiap hotel menawarkan harga early bird termasuklah hotel ini. Harga yang ditawarkan tersebut adalah serendah RM 128 sehingga 11 Mac 2022. Pakej berbuka ini disediakan oleh restoran Essance.
Restoran Essance menawarkan pakej berbuka dengan tema Selera Rasa Senja. Pihak hotel menyediakan 3 pakej berbuka iaitu pakej berbuka sahaja, pakej penginapan, sahur dan berbuka serta pakej berbuka yang melibatkan sebarang mesyuarat di hotel tersebut.
No Telefon: +6012 337 9980 / +603 2717 9933
Lokasi: Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bertema Icip-Icip Kampungku, hotel ini menyediakan menu berbuka yang pasti menyelerakan. Dengar sahaja tema tersebut, pasti masakan dan menu tradisional yang enak berlayar difikiran anda! Namun ada juga menu istimewa yang disediakan seperti Nasi Arab bersama kambing panggang, sup gearbox dan nasi lemak kukus daun teratai.
Jadi yang terawal untuk mendapatkan harga istimewa iaitu dengan hanya RM 125 sahaja untuk seorang! Harga ini terhad sehingga 3 April 2022 sahaja. Jom tempah sekarang!
No telefon: +6016 262 2070
Lokasi: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Cepat dapatkan voucher dengan harga RM 98 sahaja untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak untuk berbuka di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Voucher ini sah bermula 1 Mac 2022 sehingga 5 April 2022. Harga tersebut lebih jimat dan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.
Berkonsepkan Sajian Dendang Perantau, anda dapat merasai pelbagai menu terbaik di Premiera Hotel seperti sup gearbox 6 sekawan, kambing bakar 30 hari dan durian dusun kami! Memang terliur melihat menu di atas. Lagi-lagi durian yang sukar untuk dapati ketika bukan musimnya.
No telefon: +6011 2385 8094 / +6011 2385 8095 / +603 2615 1000
Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Buffet dari Dapur Binjai di Hotel Perdana KLCC turut menawarkan buffet ramadhan Kuala Lumpur yang menarik dan berbaloi. Pihak restoran telah menawarkan harga promosi dengan hanya RM 100 sahaja untuk seorang. Harga ini sah sehingga 2 April 2022. Jom tukar selera untuk berbuka di sini bersama keluarga!
No telefon: 03 7490 3333 / 011 5855 4846
Lokasi: 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jika anda ingin berbuka di sini, dapatkan harga early bird dengan hanya RM 118 sahaja yang sah sehingga 31 Mac 2022. Pakej berbuka bermula dari 7 April sehingga 1 Mei 2022. Cepat dapatkan segera selagi voucher masih ada!
Aloft Kuala Lumpur Sentral menyediakan buffet ramadhan bertemakan Mari-Mari Makan! Menu yang disediakan berkonsepkan makanan lazat dari seluruh negeri seperti Nasi Briyani Johor, Kambing Bakar Berempah dan Ayam Percik Kelantan! Yummy yummy!
No telefon: 03 2723 1154
Lokasi: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga buffet ramadhan yang ditawarkan adalah serendah RM 148.50 untuk dewasa dan RM 88.50 untuk kanak-kanak. Voucher ini sah sehingga 25 Mac 2022 dan anda boleh berbuka pada tarikh yang anda inginkan bermula 3 April sehingga 1 May 2022. Nak berbuka dengan mewah tetapi harga berbaloi? Ini mungkin pilihan anda!
No telefon: +603 2782 6325 / +6016 202 4623
Lokasi: 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pelbagai menu khas yang terdiri daripada menu tradisional dan menu di seluruh dunia yang pasti menambah selera anda sewaktu berbuka. Antara menu tradisional yang pasti memukau adalah lemang, ketupat palas, murtabak dan sebagainya.
Jom dapatkan voucher Sajian Istimewa Buffet sebelum 31 Mac ini! Harga untuk hari minggu adalah RM 158 manakala RM 214 untuk hujung minggu. Pasti tak akan mengecewakan anda!
No telefon: +603 20743900
Lokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sedap Restaurant yang berada di Pullman Hotels and Resorts tak ketinggalan dalam menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Dengan tema Nikmat Selera Kampung, mereka menyediakan menu kampung yang lazat seperti kambing kuzi, ayam masak seri wangi, itik percik dan lain-lain.
Anda boleh dapatkan pakej ini dengan harga promosi iaitu RM 128+ untuk dewasa manakala RM 65+untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun. Cepat dapatkan sebelum harga ini berakhir!
No telefon: +603 2298 1888
Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jangan lupa dapatkan harga promosi iaitu RM 115 untuk seorang sebelum 4 April 2022 jika anda ingin iftar di Thyme Out by Equatorial. Istimewanya jika anda berbuka di sini, anda juga dapat melihat persembahan ghazal secara langsung ketika berbuka.
Thyme Out by Equatorial terletak di bangunan AICB menawarkan pakej buffet ramadhan dengan tema Selera Ibunda. Makanan tradisional sudah tentu ada! Anda boleh memilih tarikh berbuka dari 4 April sehingga 30 April 2022.
No telefon: +603 2602 4200
Lokasi: Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur
Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan pakej berbuka yang sangat berbaloi dan perkhidmatan yang pasti memuaskan anda yang bertempat di The Courtyard.
The Courtyard menyediakan buffet dengan tema Muhibbah Malaysia. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM 150 untuk dewasa. Muhibbah Malaysia Dinner Buffet ini dibuka bermula 7 April sehingga 1 May 2022. Sekiranya anda berminat, anda digalakkan membuat pembelian satu hari sebelum tarikh berbuka.
No telefon: 03 2117 2821
Lokasi: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Jika anda berminat untuk berbuka di sini, buat tempahan awal sebelum 18 Mac 2022 dengan harga RM 108 sahaja! Hubungi nombor yang tertera di Facebook Le Quadri Hotel untuk membuat sebarang tempahan.
Terdapat lebih 100 menu akan dihidangkan secara buffet di hotel ini dengan tema Air Tangan Bonda. Antara menu menarik adalah sup gearbox, satay, udang galah masak lemak, patin tempoyak, ayam panggang percik dan menu lain yang pasti menambah selera anda!
Lokasi: No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Citarasa Nipah menyediakan pelbagai menu buffet yang pasti memuaskan hati dan menyelerakan anda! Promosi yang ditawarkan untuk anda yang terawal adalah RM 168 untuk dewasa berbanding harga asal RM 208. Anda boleh tebus voucher ini bermula 3 hingga 7 April 2022! Untuk maklumat lanjut hubungi no yang tertera atau email kepada [email protected].
No telefon: 012 278 9239 (WhatsApp)
Lokasi: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Dengan tema The Westin Bazaar, pasti terdapat pelbagai hidangan buffet yang enak sehinggakan anda sukar untuk memilih. Buffet Ramadhan disediakan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Pihak hotel menawarkan pakej promosi untuk anda yang terawal iaitu serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Cepat buat tempahan segera!
Citarasa Zaman Berzaman merupakan tema buffet di sini. Dengar saja temanya, sudah tentu juadah tradisional termasuk dalam pakej berbuka ini. Sekiranya anda mendapatkan voucher dari 8 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga yang akan anda peroleh adalah RM 120 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak.
Harga akan kembali normal selepas tarikh tersebut iaitu sebanyak RM 150. Lebih jimat dan berbaloi jika anda jadi yang terawal untuk menempah pakej iftar tersebut. Nak maklumat lanjut? Layari laman web www.seripacifichotel.com.
Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jom dapatkan harga promosi serendah RM 100 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2022. Jika tidak berkesempatan, anda masih boleh dapatkan pakej berbuka yang berbaloi secara walk-in iaitu RM 118 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Harga ini ditawarkan dari 4 April sehingga 7 April 2022.
Dengan pakej tersebut, anda boleh berbuka di Junior Manhattan Ballroom di tingkat 14. Bazaar@14 Ramadhan Buffet di Berjaya Times Square Hotel menyediakan makanan istimewa bercirikan Iran. Namun terdapat pelbagai juadah lain turut disediakan.
No telefon: 018-668 8176
Lokasi: Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Jika anda mencari pakej buffet yang turut menyediakan ruang solat, Melia Kuala Lumpur menyediakan kelebihan tersebut. Malah anda juga boleh solat Terawih di sini. Jadi anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari tempat lain untuk solat. Pakej buffet Ramadhan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022.
Berbeza dengan pakej buffet yang lain, anda boleh dapatkan harga early bird serendah RM 88 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak. Caranya adalah anda perlu menggunakan code ebmkl2022 dan membuat pembelian pakej sebelum 31 Mac 2022.
No telefon: 03 2785 2828
Lokasi: No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Jika anda berbuka puasa di sini, anda boleh membawa anak-anak berumur 5 tahun ke bawah dan mereka boleh menikmati juadah dengan percuma. Sekiranya anda ingin berbuka puasa dengan kelompok yang ramai, dapatkan harga berpatutan dan lebih jimat untuk 50 pax ke atas.
Dondang Sayang Coffee House menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Santapan Warisan. Namun begitu, anda boleh dapatkan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa. Pakej buffet ini diadakan pada 5 April sehingga 30 April 2022.
No telefon: 03 2161 8888
Lokasi: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pakej buffet ini disediakan oleh Suasana@27 yang terletak di Tamu Hotel & Suites. Anda dapat berbuka dan menikmati hidangan eksklusif serta pemandangan Kuala Lumpur yang sangat memukau pada waktu malam.
Iftar@Tamu yang terletak di Kampong Bharu ini menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Menariknya, pihak hotel menawarkan potongan harga untuk yang terawal iaitu RM 119 untuk pembelian di bulan Februari, manakala RM 135 untuk pembelian di bulan Mac.
No telefon: 019 3039360 / 016 6662290 / 017 8839232
Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nak tahu menu utama untuk buffet kali ini di Novotel? Anda dapat merasai kambing bakar percik cheese leleh, ikan siakap kerabu mangga, ayam kapitan, sup huru-hara, char kway teow lambung dan macam-macam lagi! Dengar menu pun sudah rasa terliur!
Dapatkan harga promosi serendah RM 100 sahaja! Pakej ini ditawarkan sehingga 31 Mac 2022. Diskaun 40% akan diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas. Memang berbaloi!
No telefon: 03-2147 0888
Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga promosi yang ditawarkan hanya RM 78 sahaja untuk dewasa. Anda boleh mendapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 8 April 2022. Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh memasuki dan makan dengan percuma namun terhad untuk seorang dan ditemani dengan 2 orang dewasa.
Pasti memuaskan dapat berbuka di Retro Cafe, Vivatel. Pakej berbuka puasa untuk Ramadhan kali ini adalah Ketuk-Ketuk Vivatel. Pakej ini bermula dari 8 April sehingga 27 April 2022.
No telefon: 03 9205 8888 / 010 525 4323
Lokasi: 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Menu yang disajikan sini sedikit berbeza dengan buffet yang lain kerana menu tempatan disediakan dengan sentuhan Arab yang pasti menyelerakan anda. Pakej buffet Ramadhan ini berlangsung dari 5 April sehingga 1 May 2022.
Istimewanya pakej 1001 Ramadhan Buffet di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA adalah setiap pembelian voucher akan memperoleh sampul raya khas dari hotel ini dan terhad untuk 2000 orang yang terawal. Jom rasai kelainan menu berbuka di Movenpick!
No telefon: +603 8661 8661
Lokasi: Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor
Berbuka di sini dan anda berpeluang memenangi penginapan selama 1 malam di Studio Heritage bersama pakej sarapan serta 10 voucher grab. Bagaimana nak menang? Caranya adalah anda perlu mengambil gambar dengan kreatif sewaktu berbuka di sini dengan hashtag #simfoniatmaya.
Anda dapat menikmati menu yang bertemakan Citarasa Simfoni Malaysia sekiranya iftar di Hotel Maya. Hotel Maya turut menyediakan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang amat berpatutan. Pakej berbuka diadakan bermula 3 sehingga 30 April 2022. Dapatkan harga promosi serendah RM 88 yang sah sehingga 5 April 2022.
No telefon: 012 282 8187
Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terdapat lebih 100 juadah makanan menanti anda jika anda berbuka di The Pearl Kuala Lumpur! Pakej buffet ini bertemakan Sajian Warisan Nusantara. Antara menu istimewa yang disediakan adalah kambing golek, sup ekor, makanan lambak, lemang, nasi beriani dan sebagainya.
Sudah tentu ada harga istimewa buat anda! Jika anda mendapatkan pakej berbuka bermula 3 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga istimewa tersebut serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.
No telefon: 016-331 8437 / 012 389 0690 / 012 276 9835
Lokasi: 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur
Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal jika ingin berbuka puasa di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur. Hal ini kerana harga yang ditawarkan serendah RM 68.00 sahaja. Anda boleh dapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 20 Mac 2022.
Istimewanya hotel ini adalah mereka turut menyediakan pakej penginapan dan berbuka puasa untuk dua orang. Lebih seronok, lebih jimat dan lebih memuaskan! Namun pakej ini sah bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menginap dan berbuka secara eksklusif di sini!
No telefon: 03 4051 9191
Lokasi: Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Manor House of Events antara tempat buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang termurah dan berpatutan dengan menu yang disajikan. Sekiranya anda ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelompok yang kecil seperti keluarga dan rakan sekerja, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana selesa dan berpatutan.
No telefon: +6018 371 3534
Lokasi: Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Zebra Square menyediakan lebih 50 menu termasuk kambing panggang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Antara juadah istimewa disediakan adalah daging tetel asam pedas, aneka kerabu, aneka kuih dan sebagainya. Nak tengok kesemua juadah yang ada dan nak maklumat lanjut? Anda boleh layari Facebook Zebra Square KL.
No telefon: 017-570 7039 / 017-251 6315
Lokasi: No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur
Element Kuala Lumpur yang terletak di Menara Ilham menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Juadah Selera Kita Dinner Buffet. Buffet ini disediakan oleh TRACE Restaurant & Bar. Terdapat lebih 90 menu tempatan disediakan dan menu utama terdiri daripada sup utara, claypot masak lemak cili api dan nasi briyani kambing.
Jangan lupa dapatkan harga early bird serendah RM 108 sebelum 31 Mac 2022. Pakej berbuka puasa ini bermula 8 April sehingga 29 April 2022.
No telefon: +603 2771 3388
Lokasi: (IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur)
Aneka Selera Desa merupakan tema buffet Ramadhan yang diadakan oleh Riverside Restaurant, World Trade Centre Kuala Lumpur. Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 108 untuk seorang. Berbaloi buka? Sambil menikmati juadah berbuka, anda juga dapat menikmati suasana menyamankan.
Di sini terdapat lebih 300 menu disediakan. Pasti anda rambang mata nak pilih juadah sesuai dengan tekak anda. Lepas berbuka, anda boleh solat Maghrib dan Terawih di masjid yang terletak di tingkat 3.
No telefon: 03-2624 6701
Lokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Selera Kampung Iftar Buffet adalah tema buffet Ramadhan kali ini di Grand Millennium Hotel. Menu yang disajikan pasti membuat anda terliur. Dengan resepi dan menu turun temurun seperti sambal udang petai, ikan keli masak tempoyak dan rendang tok pasti membuatkan anda bertambah.
Sudah tentu harga early bird turut ditawarkan iaitu dengan kadar RM 108+ untuk dewasa. Cukup berbaloi kerana anda mempunyai lebih 100 pilihan menu sewaktu berbuka.
No telefon: 0123170120
Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Restoran yang terkemuka di Malaysia ini menyediakan buffet yang sangat berpatutan dan pasti menyelerakan anda. Pakej berbuka disediakan bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022.
Restoran Rebung Chef Ismail memang tidak dinafikan sering menyediakan menu yang lazat terutama menu tradisional. Anda yang suka akan hidangan kampung, jangan lepaskan peluang untuk berbuka di sini.
No telefon: +603 2276 3535 / 03 2276 2525
Lokasi: 5-2, Aras 5. Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nak harga buffet yang lebih berbaloi untuk berbuka di sini? Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga early bird iaitu potongan sebanyak 20% sebelum 1 April ini! Untuk pengetahuan anda, terdapat dua harga berbeza mengikut tempoh waktu tertentu. Nak maklumat lanjut, hubungi nombor yang tertera.
No telefon: 03-2720 6608
Lokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Tonka Bean bawakan pakej ramadhan berkonsepkan Selera Ramadan bermula 3 April sehingga 2 May 2022. Menu terdiri daripada makanan tradisi dan makanan antarabangsa. Antara menu utama yang ditunggu-tunggu adalah sup gearbox meletop, nasi briyani gam kambing istimewa, durian station dan lain-lain. Amacam? Terliur tak?
No telefon: +603-2147 1111
Lokasi: 13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Pelbagai kelebihan jika anda berbuka di sini yang disediakan oleh Aroma by Eden. Antaranya adalah, ia merupakan salah satu tempat berbuka yang menyediakan ruang solat yang memudahkan pengunjung untuk menunaikan ibadah wajib tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pelbagai menu buffet sambil didengarkan dengan muzik secara langsung.
Anda boleh dapatkan harga promosi serendah RM 60 sahaja dan boleh ditebus sebelum 3 April 2022. Jom berbuka puasa dengan menu unik dan istimewa iaitu menu antarabangsa di Aroma by Eden!
No telefon: 011 2302 5904 / 012 551 5904
Lokasi: 10476, Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga buffet Ramadhan serendah RM 98 yang bermula dari 1 Mac 2022 sehingga stok masih ada! Pakej buffet berbuka puasa ini bermula 4 April sehingga 30 April 2022. Diskaun 20% akan diberikan jika anda adalah ahli MPC!
No telefon: 03 2166 3200
Lokasi: No, 42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Anda mencari pakej berbuka puasa dengan harga bawah RM 100? Dapatkannya di Kontiki Restaurant At The Federal Kuala Lumpur! Harga early bird yang ditawarkan adalah RM 88 sahaja untuk pembelian sepanjang bulan Mac ini.
Dengan tema juadah kampung, anda mempunyai lebih 100 pilihan menu untuk iftar bersama yang tersayang. Tak cukup dengan itu, pihak restoran juga membahagikan aneka menu mengikut stesen seperti ruangan juadah kampung bersama aneka kerabu, warung sambal dan salad, warung satay dan lain-lain.
No telefon: 03 2148 9166
Lokasi: 35, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Ada tak buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang sesuai dengan kriteria yang anda cari? Pasti rambang mata untuk buat pilihan. Jom share artikel ini dengan keluarga dan sahabat anda agar mereka dapat membantu anda membuat pilihan! Selamat berpuasa dan selamat berbuka!
Kami juga ada menulis artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti: