Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Bubur Butir Nangka (Mudah Dan Sedap)

Siapa suka bubur butir nangka? Bubur praktis ini paling senang dihidang untuk menu berbuka puasa. Ayuh cuba buat. Resepi butir nangka yang dikongsikan…

ResepiDikemas kini 30 November 2020oleh Rahayu Z
Sebiji mangkuk berisi bubur butir nangka dengan kuah santan.

Siapa suka bubur butir nangka? Bubur praktis ini paling senang dihidang untuk menu berbuka puasa. Ayuh cuba buat. Resepi butir nangka yang dikongsikan oleh Kak MJ menggunakan tepung pulut campur tepung gandum sehingga terhasil doh yang lembut tidak keras atau cair. Cara buat bubur ini hampir sama dengan bubur lain yang juga menggunakan doh tepung pulut dan tepung gandum. Seterusnya, kuah santan lemak manis sangat sepadan dengan butir nangka ini. Ayuh buat bubur butir nangka sebagai sarapan atau sebagai minum petang. Resepi kami hadirkan daripada Kak MJ di laman Facebook. selamat mencuba.

Resepi Bubur Butir Nangka

Bubur butir nangka yang telah siap dimasak dalam mangkuk

Imej via Facebook

Bahan Doh :

  • 3 cawan tepung pulut,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1½ cawan air,
  • Pewarna,
  • Air untuk rebus,
  • Sedikit garam,
  • 2 helai daun pandan, (Kalau ingin buat sedikit, guna cawan kecil saja untuk sukatan).

Bahan Kuah :

  • 1 kotak santan Kara,
  • Air secukupnya,
  • Sehelai daun pandan,
  • 1 cawan gula,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Uli tepung pulut, tepung gandum dan air sampai jadi doh. Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz butir nangka kecil-kecil.

    Langkah memasak bubur butir nangka di dalam periuk

    Imej via Facebook

  2. Panaskan air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam. Bila air menggelegak masukkan butir nangka satu per satu. Bila timbul, angkat dan masukkan dalam air sejuk/air ais.

  3. Di dalam periuk, masukkan air, gula, daun pandan, dan garam. Sukatan air mengikut kuah yang kita mahu. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur. Kemudian kecilkan api.

  4. Masukkan santan. Kacau rata.

  5. Kemudian masukkan butir nangka. Renehkan dengan api perlahan. Kacau sekali sekala.

  6. Siap dan boleh dihidang. Makan panas-panas boleh sejuk pon boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain butir nangka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.