Kami imbau anda untuk mengenang masa dulu-dulu. Projek hari ini kita cuba buat resepi biskut dam yang mampu bangkitkan kenangan raya zaman dulu bersama daripada ‎‎Midah Mohamad‎ di laman Facebook.

Biskut dam memiliki rupa yang agak unik dan kotak-kotak. Umumnya kotak-kotak tersebut terbahagi antara pelbagai macam warna. Warna yang biasa dibuat ialah coklat dengan krim.

Biarpun penyediaan biskut ini agak sukar dan memakan masa, ianya amat sedap dan disukai ramai. Anda kena memiliki sabar yang tinggi jika ingin membuat biskut dam. Antara proses yang kena dibuat ialah menguli, memotong, mencantum, potong lagi dan membakar. Yang penting kena sabar dan jangan terburu-buru ya.

Resepi Biskut Dam

 

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 buku buttercup (250 gram) (atau 1 cawan planta/marjerin),
  • ¾ cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin),
  • 1 biji telur ayam saiz A,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • 3 sudu besar serbuk koko,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,

Cara-cara :

  1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dengan gula sampai sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau.
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli sampai tidak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu bahagian gaulkan dengan serbuk koko.

    Imej via Facebook

  5. Buat potongan dan susun selang seli seperti dalam gambar.

    Imej via Facebook

  6. Potong guna benang.
  7. Bakar dengan api atas bawah 170°C selama 20-30 minit (ikut oven masing-masing).

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.