Biskut buah pinggang resepi orang dulu. Biskut ini bentuknya amat unik menyerupai buah pinggang maka biskut ini diberi nama biskut buah pinggang. Entah apa idea mula-mula yang mencetuskan bentukan biskut semacam buah pinggang tapi tetap unik dan menarik sangat.

Bukan mengada-ada tapi biskut ini sangatlah sedap dan cara penyediannya sangat mudah. Biskut ini amat sesuai untuk hidangan hari raya. Memang tetamu yang datang akan cari biskut ini.

Selain itu, anda pun boleh buat untuk jual. Tapi kena asingkan bekasnya supaya tidak cepat habis dengan orang di rumah. Sila cubakan resepi biskut bua pinggang yang dikongsikan oleh ‎Noorzaiton Nordin‎ di laman Facebook.

Resepi Biskut Buah Pinggang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ketul butter 250 gram,
  • ¾ cawan gula halus,
  • 1 biji kuning telur,
  • 1 cawan biskut Marie yang diblender halus,
  • 1 cawan conflake blender halus,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • 1 cawan tepung naik sendiri,
  • ½ cawan tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang sedikit.
  2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan biskut Marie & cornflake yang diblender. Gaul sebati.
  4. Masukkan tepung jagung.
  5. Masukkan tepung kek. Gaul sampai jadi doh boleh dicanai. Kalau lembut sangat baru masukkan tepung gandum sedikit-sedikit.
  6. Canai doh, terap dan tabur conflake blender halus tadi.
  7. Bakar suhu 160-180°C selama 10 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain biskut buah pinggang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.