7 Sebab Bayi Sedu Dan 10 Cara Hilangkan Sedu Bayi
"erk.. erk.. erkk.. erkkk" Tersedu-sedu bayi setiap kali lepas minum susu dan lepas mandi. Kadang-kadang terfikir, kenapa pula bayi tersedu ya? Pasti ada…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
“erk.. erk.. erkk.. erkkk”
Tersedu-sedu bayi setiap kali lepas minum susu dan lepas mandi. Kadang-kadang terfikir, kenapa pula bayi tersedu ya? Pasti ada sebabnya juga. Tahukah anda, bayi sedu disebabkan oleh kesan perut dan dada yang tidak selesa akibat makan, minum, bernafas dan juga cuaca.

Imej via theAsianparent
Ramai yang tidak tahu bayi sedu sebenarnya agak berbahaya jika dibiarkan begitu sahaja. Tambah-tambah lagi, bayi sedu ketika berumur beberapa hari dan kurang dari 5 bulan. Anda harus beri perhatian yang lebih kepada mereka. Namun, jika ada pengawasan anda, sedu bayi tidak membahayakan sama sekali.
Bayi sedu menunjukkan mereka tidak selesa dan dipengaruhi oleh faktor pemakanan dan sebagainya. Jom lihat sebab dan situasi bayi sedu yang tak pernah anda tahu.
7 Sebab Dan Situasi Bayi Sedu

Imej via hello doktor
- Perut bayi kurang selesa (selalunya berlaku di bawah umur setahun)
- Bayi sedu selepas menyusu kerana penyimpanan susu di perut berlaku secara terkejut.
- Bayi sedu selepas termuntah sedikit susu setelah menyusu kerana tangki perut sudah penuh dengan susu.
- Bayi sedu selepas menangis kerana dia selsema dan berhingus menyukarkan pernafasan bayi.
- Bayi sedu setelah makan makanan keras (solid) kerana perut bayi pada proses menelan makanan dan mencerna makanan mungkin sedikit terganggu.
- Bayi sedu kerana makanan yang dimakan naik semula (refluks) akibat injap otot pada hujung saluran makan belum sempurna diproses sehabisnya. Itulah sebab yang membuatkan bayi juga termuntah.
- Bayi sedu akibat tidak selesa dengan cuaca yang sejuk dan dingin terutamanya cuaca hujan dan pada malam hari. Dia sangat sejuk sehingga selsema dan menyebabkan sedu berlaku.
Cara Hilangkan Sedu Bayi Dengan Berkesan
Jangan risau jika bayi anda sedu kerana anda boleh atasinya dengan pelbagai cara. Cara hilangkan sedu bayi tidak memerlukan kos pun, malah ia boleh dilakukan dengan teknik gerakan, tips semulajadi dan lain-lain lagi. Jom lihat cara hilangkan sedu bayi dengan mudah dan berkesan.
1. Beri Susu Pada Jumlah Terbaik

Imej via babycenter
Anda boleh berikan susu bayi pada jumlah terbaik iaitu sedikit sahaja namun anda boleh berikannya dengan kerap. Cukuplah sekadar sedikit sahaja susu setiap kali diberi sebelum bayi tidur. Jika dia mahukan lagi, berikan sedikit lagi. Jangan beri susu sekaligus penuh satu botol untuk bayi sekali minum.
2. Posisi Bayi Selepas Minum Susu

Imej via siraplimau
Pastikan bayi mendapatkan posisi terbaik selepas selesai minum susu. Pegang bayi anda berdiri dan posisi yang tegap selepas minum susu selama 20 minit. Ia bertujuan supaya susu benar-benar turun ke perut. Sekiranya masih ada di tekak dan dada, kebarangkalian sedu mudah berlaku kerana proses pengaliran susu belum tamat.
3. Sendawakan Bayi Ketika Menyusu
Tak semestinya anda harus tunggu sehingga bayi habis menyusu. Anda boleh sendawakan bayi setiap 2 atau 3 minit bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memastikan pengaliran susu bayi lancar dan tidak menyebabkan sedu. Keluarkan angin dari badan bayi.
4. Cara Susu Bayi Yang Betul

Imej via babycenter
Apa kena mengena susu bayi dengan bayi sedu? Bayi akan sedu sekiranya bayi tertelan udara yang banyak. Anda harus pastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi jika menyusu badan.
Jika gunakan botol susu, pastikan puting botol masuk sedikit dan sengetkan sedikit. Bayi takkan tertelan banyak angin lagi jika cara susukan bayi dilakukan dengan betul.
5. Tukarkan Posisi Bayi Serta Merta
Sekiranya bayi sedu, serta merta tukarkan posisi bayi kepada posisi yang bayi selesa. Mungkin anda boleh dukung bayi untuk lebih tegak dan selesa berbanding biarkan bayi tidur. Bayi juga boleh dibiarkan meniarap.
6. Urut Belakang Bayi

Imej via babab
Ketika bayi sedu, angkat bayi dan letakkan di bahu anda. Kemudian, urutlah belakang bayi perlahan-lahan. Ia juga membantu bayi mengeluarkan angin dan melegakan pernafasan serta memulihkan urat bayi akibat angin.
7. Beri Bayi Sedikit Minuman
Beri bayi minum sedikit air masak menggunakan botol susu. Jangan banyak, cukuplah sekadar satu atau dua teguk sahaja. Ia juga dapat menghilangkan sedu bayi. Mungkin perut bayi terkejut menerima susu yang banyak.
8. Letak Tisu Atas Dahi?

Imej via Pa&Ma
Ini adalah mitos sahaja dan tidak pernah ada kajian menunjukkan ia berkesan. Walaupun begitu, anda tidak perlu lakukannya. Cukuplah urutan belakang bayi dan beri bayi minum sedikit air serta keluarkan angin dari badan bayi. Selalunya, mereka meletakkan tisu yang sedikit basah di dahi bayi supaya bayi tidak sedu lagi.
9. Jangan Ganggu Bahagian Wajah Bayi
Jangan tekan mata atau bahagian wajah bayi seperti masyarakat dahulu kala lakukan. Ia tidak ada kena mengena dan paling teruk lagi, ia mungkin menjejaskan kesihatan bayi pula.
10. Prihatin Pada Cuaca Dan Bayi
Cuaca sejuk menyebabkan bayi tersedu juga kerana perut dan dada bayi tidak begitu selesa. Anda harus prihatin pada cuaca dan bayi. Seeloknya sebelum bayi kesejukan, pakaikan dia baju tebal pada hari hujan untuk mengelakkan bayi sedu.

Imej via Pa&Ma
Itulah dia 7 sebab bayi sedu dan 10 cara hilangkan sedu bayi dengan berkesan dan mudah. Anda boleh guna pakai kesemua cara yang dikongsikan. Namun, jangan panik jika bayi anda masih sedu kerana ia bergantung kepada jenis badan bayi tersebut dan masing-masing berbeza keadaannya.
Jemput baca juga tips pilih puting bayi, manfaat tungku dan urutan bayi