Isu membenarkan bayi minum air masak sebenarnya memberi mimpi ngeri kepada setiap ibu.

Namun sejauh manakah implikasi air masak kepada bayi yang baru lahir? Dan bagaimanakah pula tips untuk memperkenalkan bayi kepada air masak?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bahayanya seorang bayi minum air masak pada usia yang terlalu awal serta tips lain yang boleh anda ikuti.

Risiko kesihatan pada bayi minum air masak

Mengikut kajian, terdapat beberapa kesan pada bayi minum air masak yang perlu anda ambil berat. Antara kesannya adalah seperti:

1. Penyebab berlaku cirit-birit

bayi minum air masak

Tidak semua air masak diambil dan diproses dari sumber yang bersih. Ada sesetengahnya yang diambil dari lokasi yang tercemar dan memberi risiko kepada mereka yang meminumnya.

Jika air itu diminum oleh orang dewasa, mungkin ia tidaklah memberi kesan yang begitu ketara oleh kerana ketahanan tubuh badan mereka yang sudah matang.

Namun jika air itu diminum oleh bayi yang baru lahir, ia sangat berbahaya kerana pada usia semuda itu, bayi masih membina sistem pertahanan mereka yang masih lemah.

Justeru untuk melawan bakteria dan virus di tubuh, ianya amat sukar dan memberi risiko yang tinggi kepada nyawa mereka.

2. Oral water intoxication

bayi minum air masak

Oral water intoxication adalah situasi di mana bayi mengalami kekurangan garam berpunca dari terlalu banyak mengambil air masak.

Masalah ini seterusnya menyebabkan bayi kenyang air dan tidak mahu untuk menyusu lagi.

Apa yang akan berlaku jika bayi tidak mahu minum susu? Bayi tersebut akan kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tumbesaran mereka.

Hal ini jelas kerana, kandungan susu itu sendiri sangat kaya dengan segala bentuk khasiat seperti protein, vitamin D, fosforus, dan kemak yang menyumbang kepada perkembangan anak.

Susu ibu terutamanya kolostrum dapat menguatkan sistem imuniti bayi dengan melindungi mereka dari jangkitan cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.

3. Kesihatan ibu terjejas

Pada artikel sebelum ini, kita ada membahas tentang penyakit mastitis yang mengancam ibu menyusu.

Ketidakmahuan bayi untuk menyusu juga memberi kesan kepada ibu dalam penghasilan susu badan secara berterusan sehingga menyebabkan pembengkakan payudara dan risiko lain yang lebih teruk.

4. Merosakkan ginjal bayi

Pada usia yang terlalu muda, buah pinggang bayi tidak dapat menangani terlalu banyak air.

Hidronephrosis pada bayi misalnya, adalah keadaan yang menyebabkan pembesaran buah pinggang yang disebabkan oleh pengumpulan air kencing yang berlebihan di dalamnya. 

Ia berlaku apabila penyumbatan atau refluks menghalang air kencing daripada mengalir dengan betul dari buah pinggang ke pundi kencing. 

5. Menyebabkan kematian

Water intoxication pada bayi boleh mengakibatkan kematian kerana kesan yang bahaya.

6. Menyingkirkan lapisan perlindungan

Umumnya, bayi yang menyusu ibu sebenarnya sudah tersedia dengan perlindungannya tersendiri.

Sekiranya bayi minum air masak, dia seolah-olah telah menyingkirkan lapisan perlidungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan menyebabkan bayi terdedah kepada pelbagai jangkitan dan alergi.

7. Letih tak bermaya

Bayi minum air masak terlalu banyak akan cepat kekenyangan dan kerap tidur sehingga menjadikan badan mereka lesu dn tidak bertenaga kerana kurang zat serta nutrisi.

8. Risiko sawan bayi

Peningkatan air yang terlalu banyak dalam badan bayi akan mencairkan darah dan dalam masa yan sama turut mengurangkan paras garam ke paras yang sangat kritikal.

Apabila sel-sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair (bermakna garam galian menjadi diluted), ia akan mengembang dan bayi akan sawan.

Bila usia yang sesuai bayi minum air masak?

Menurut World Health Organization (WHO), bayi yang berumur enam bulan ke bawah disarankan untuk menyusu secara eksklusif sahaja untuk enam bulan pertama.

Dalam kata lain, bayi perlu diberikqn susu semata-mata tanpa diberi makanan atau minuman tambahan termasuklah air masak.

Justeru usia yang sesuai bagi bayi minum air masak adalah apabila usia mereka diatas 6 bulan.

Biarpun begitu, air masak harus diberikan dalam jumlah yang terkawal. Cukuplah sekadar 4-8 auns sehari sahaja.

Tips mengenalkan bayi dengan air

Cara terbaik untuk. memperkenalkan anak anda dengan air masak adalah melalui cawan atau penyedut minuman (straw).

Namun seandainya cara ini menyebabkan anak anda batuk berterusan ketikak minum, anda boleh minta pandangan dari pakar pediatrik yang bertauliah.

Selain dari isu bayi minum air masak ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan perkembangan bayi seperti:

Sumber:

  1. Why You Shouldn’t Give Your New Baby Water — and When They’ll Be Ready for It. Healthline
  2. Water Intoxication in Babies: Everything You Need to Know. Parents
  3. Fact check: Giving Water to Babies Is Unsafe Before 6 Months, Can Lead To Brain Damage, Death. USA Today

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.