Sekiranya anda dijemput untuk menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan umrah, tahniah kami ucapkan. Pastinya anda sedang bersiap sedia untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai barang umrah untuk wanita sebagai panduan anda dalam menyediakan kelengkapan sebelum berlepas.
Sudah pasti anda sudah menyertai kursus umrah sebagai salah satu persediaan sebelum anda menunaikan umrah. Namun adalah lebih baik sekiranya anda bawa sekali buku panduan umrah bersama-sama anda. Bolehlah anda baca dalam perjalanan atau pun anda rujuk sekiranya berlaku sebarang kekeliruan.
Barang kedua yang anda perlukan ialah passpost yang sah dan mempunyai tarikh luput melebihi 6 bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai passport yang cukup syarat, anda tidak akan dibenarkan berlepas.
Telekung adalah di antara pakaian utama anda semasa di Tanah Haram nanti. Oleh itu bawalah 2 atau 3 pasang telekung yang berwarna putih. Selakkan daripada memakai telekung berwarna-warni dan terang.
Barang keperluan umrah untuk wanita yang seterusnya ialah jubah atau baju kurung. Kedua-dua pakaian ini adalah selesa dan menutup aurat dengan sempurna. Sesuai untuk anda pakai semasa menunaikan umrah. Warna putih dan hitam adalah pilihan utama.
Selain jubah dan baju kurung, jangan lupa untuk membawa tudung yang cukup labuh untuk menutup dada anda dengan sempurna. Elakkan membawa tudung yang jarang atau penuh dengan batuan yang akan menjadi perhatian Jemaah yang lain di sana nanti.
Jangan lupa untuk bawa stokin kaki. Kaki adalah aurat seorang wanita. Ianya wajib ditutup dari pandangan lelaki bukan mahram, lebih-lebih lagi semasa anda menunaikan ibadah umrah.
Stokin tangan juga adalah salah satu barang keperluan umrah buat wanita yang wajib anda bawa bersama, terutamanya jika anda memakai baju tanpa butang di lengan. Stokin tangan akan mengelakkan lengan anda kelihatan apabila lengan baju anda tersingkap.
Kasut tawaf atau saie yang juga dikenali sebagai Kuff adalah satu lagi barang keperluan yang penting untuk anda semasa menunaikan umrah. Ia adalah bagi mengelakkan kaki anda daripada melecet atau menggelupas.
Buku doa juga merupakan satu lagi kelengkapan umrah buat wanita yang ingin kami cadangkan untuk anda bawa. Ini kerana sepanjang menunaikan umrah, kita digalakkan untuk banyak berdoa kepada Allah. Dengan adanya buku doa, anda boleh buka sahaja buku tersebut dan pilih doa yang menjadi pilihan.
Selain berdoa, para Jemaah juga digalakkan untuk banyak berzikir dan berselawat semasa di Tanah Haram. Oleh itu, bawalah tasbih bersama anda agar mudah untuk and berzikir dan berselawat. Boleh bawa tasbih biasa atau tasbih digital.
Selain itu, sebelum berangkat anda juga boleh memuat turun aplikasi yang boleh membantu anda semasa berada di Mekah dan Madinah seperti aplikasi untuk menyewa kenderaan dan penghantaran makanan.
Semasa anda berada di luar negara, anda boleh membeli simkad prabayar untuk anda pakai sementara berada di sana memandangkan international roaming menelan kos yang tinggi. Dengan adanya simkad sementara semasa di sana, bolehlah anda berhubung dengan orang yang tersayang.
Pastikan juga ada sedikit duit simpanan dalam akaun yang mempunyai kad agar anda mempunyai back up sekiranya anda kehabisan wang semasa menunaikan umrah. Manalah tahu kot ada barang yang anda berkenan untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Bawa juga bantal kecil untuk mengalas kepala anda semasa tidur di mana-mana. Ia adalah untuk keselesaan anda.
Borol spray boleh digunakan untuk mengambil wuduk sekiranya tandas sesak dan anda tidak berpeluang untuk masuk ke dalam untuk berwuduk. Spraykan sahaja anggota wuduk anda, selesai.
Memandangkan dunia masih deselubungi pandemic Covid-19, jangan lupa untuk membawa hand sanitizer yang secukupnya untuk perlindungan diri anda. Pastikan anda membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer dengan kerap memandangkan ramai Jemaah semasa di sana.
Seperti hand sanitizer, pelitup muka juga adalah sangat penting untuk perlindungan diri. Bawa sekurang-kurangnya sekotak. Peliput muka tidak mempunyai tarikh luput, maka tak rugi kalau anda bawa lebih.
Keperluan umrah buat wanita yang seterusnya ialah plastik kecil. Kegunaannya ialah untuk menyimpan kasut anda. Di sana banyak berlaku kejadian kecurian kasut. Selain itu, plastik juga boleh digunakan untuk menyimpan sampah kecil anda.
Jarum dan benang adalah satu lagi barang penting yang perlu anda bawa. Manalah tahu kalau ada pakaian anda yang terkoyak, bolehlah anda jahit sendiri. Bawa lebih supaya boleh dipinjamkan kepada Jemaah lain yang memerlukan.
Kebiasaannya makanan disediakan bersama pakej umrah anda namun nasihat kami bawa sedikit makanan untuk dimakan semasa berada di hotel. Bawa makanan kering yang sedia untuk dimakan seperti biskut, roti kering, dan air 3 in 1. Semasa menunaikan umrah biasanya anda banyak melakukan qiamullail, dan pastinya anda akan berasa lapar.
Itulah dia info tentang senarai barang umrah untuk wanita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang: