Ibu mengandung yang sedang menunggu hari untuk bersalin pastinya berasa sangat teruja. Tak sabar untuk menerima kehadiran orang baru yang akan menambahkan lagi seri rumah tangga.

Imej via Bidadari

Pastinya anda juga risau kalau ada barang kelengkapan bayi yang belum dibeli kerana terlepas pandang. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang keperluan bayi baru lahir yang ibu bapa wajib beli agar tak kelam-kabut sewaktu berpantang nanti.

Baju bayi

Perkara paling penting yang perlu anda beli untuk sicomel ialah baju. Untuk baju, kami cadangkan anda beli baju untuk bayi 6 bulan dan bukannya bersaiz newborn. Ini kerana bayi anda akan membesar dengan cepat. Jika anda beli baju bersaiz newborn, sekejap sahaja bayi anda akan tidak muat untuk memakai pakaian tersebut. Rugi.

Untuk baju, anda perlu beli baju lengan pendek dan baju lengan panjang. Untuk cuaca di Malaysia, kebiasaannya baju lengan pendek akan dipakaikan kepada bayi pada waktu siang sementara baju lengan panjang akan dipakaikan pada waktu malam, sewaktu cuaca sejuk seperti hujan, atau semasa membawa bayi anda keluar dari rumah, terutamanya jika ke tempat yang berhawa dingin.

Berapa banyak helai baju yang anda perlu beli? Tak perlu banyak. Ini kerana kebiasaannya ramai sanak saudara dan kenalan yang akan menghadiahkan anda dengan baju. Cukup kalau anda beli 5 helai baju baby lengan panjang dan 10 helai baju lengan pendek.

Seluar

Seperti baju, seluar juga penting untuk bayi anda. Anda perlu beli seluar dengan saiz 6 bulan. Untuk seluar, anda boleh pelbagaikan jenisnya seperti seluar panjang, seluar pendek, seluar berstokin, atau seluar jarang untuk cuaca panas. 10 helai seluar panjang dan 5helai seluar pendek sudah memadai.

Barut bayi

Masyarakat di Malaysia sememangnya sinonim dengan pemakaian barut bayi. Ianya bertujuan untuk mengelakkan angin daripada masuk ke perut bayi lalu menyebabkan bayi anda kekembungan. Terdapat dua jenis barut iaitu barut biasa dan barut gantung. Hari ini terdapat banyak butik bayi yang menjual barut bayi pelbagai corak yang comel. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 10 helai barut bayi.

Rompers 

Rompers adalah sejenis baju yang tak kurang pentingnya. Ia juga akan membuatkan bayi anda kelihatan comel. Kalau anda bercadang untuk membeli rompers, tak perlu banyak. 3 helai sudah memadai.

Stokin kaki dan sarung tangan

Stokin kaki dan sarung tangan atau juga dikenali sebagai mittens dan booties juga sangat penting. Ianya adalah untuk mengelakkan bayi anda daripada mencalarkan dirinya sendiri dengan kuku dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan bayi anda daripada kesejukan dan dimasuki angin. Pada waktu malam, sarung tangan dan stokin kaki melindungi bayi anda daripada digigit nyamuk. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 10 pasang stokin kaki dan sarung tangan.

barang keperluan bayi baru lahir
Sumber: Bestpriceupdate

Topi kepala 

Barang keperluan bayi baru lahir yang setarusnya ialah topi kepala. Masyarakat melayu percaya bahawa bayi yang baru lahir perlu ditutup ubun-ubunnya kerana ubun-ubun yang lembut akan mudah dimasuki angin.

Anda juga perlu menutup kepala bayi apabila keluar dari rumah untuk beriar-siar. Anda perlu beli sekurang-kurangnya 3 helai topi kepala.

Kain bedung

Kain bedung adalah untuk membungkus bayi anda agar sentiasa berasa selesa seperti berada dalam pelukan ibu. Bayi yang dibedung akan tidur lebih lama.

Kain bedung juga akan membantu mengelakkan bayi anda daripada kesejukan. Anda perlu beli sekurang-kurangnya 3 helai kain bedung.

Lampin bayi

Untuk lampin bayi, anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan jenis pakai buang atau lampin kain yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Jika anda memilih untuk menggunakan lampin pakai buang, beli satu pek kecil supaya jika bayi anda mengalami ruam disebabkan lampin jenama tersebut, anda tidak terlalu rugi apabila terpaksa membeli lampai jenama lain. Jika anda bercadang untuk menggunakan lampin biasa, anda perlu beli 1 dozen yang mengandungi 12 helai lampin.

Barang keperluan penyusuan

JIka anda merancang untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif, anda akan memerlukan alatan mengepam dan simpana susu perahan. Jika anda akan memberikan bayi anda susu formula, anda memerlukan termos dan alat pemanas susu. Di antara alatan yang anda perlu beli ialah: 

  • Botol susu 
  • Puting
  • Berus pembersih botol 
  • Cecair pencuci botol susu bayi
  • Breast pump
  • Cooler beg untuk menyimpan susu perahan
  • Bekas menyimpan susu perahan
  • Termos
  • Alat memanaskan susu
varang keperluan bayi baru lahir
Sumber: Mumzworld

Barang keperluan bayi yang lain

Selain itu, anda juga perlu membeli barang-barang yang disenaraikan berikut:

  • Pin untuk lampin kain
  • Tisu basah 
  • Tikar salin bayi
  •  Sabun basuh baju bayi
  • Krim ruam
  • Sabun mandi bayi
  • Syampu bayi 
  • Bedak bayi 
  • Losyen bayi
  • Minyak bayi 
  • Besen mandi bayi 
  • Tuala mandi 
  • Pemotong kuku 
  • Termometer 
  • Putik kapas bersaiz bayiSet tilam bayi 
  • Selimut kecil 
  • Katil bayi 
  • Stroller 
  • Car seat
  • Baby carrier 
  • Beg untuk membawa barang keperluan bayi

Itulah dia senarai barang keperluan bayi baru lahir yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Kepada ibu yang bakal melahirkan, kami doakan semoga dikurniakan proses bersalin yang mudah. Semoga kedua-dua ibu dan anak berada dalam kesihatan yang optimum.

Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang nama anak lelaki, nama bayi perempuan dan doa mudah bersalin sebagai panduan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.