Bermain gajet memang menyeronokkan tetapi bahana yang akan dihadapi jika terlalu obses dengannya. Umum telah ketahui bahawa penggunaan gajet lebih banyak mudaratnya berbanding manfaatnya. Tambahan lagi jika TIADA pemantauan langsung daripada ibu bapa.

Namun, zaman beredar begitu pantas. Penggunaan alatan teknologi semakin tidak dapat dielakkan. Ambillah jalan bersederhana, pemantauan ibu bapa itu sangat penting apabila membenarkan anak menggunakan gajet.

Ikuti juga garis panduan yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika Syarikat (APA) tentang had masa yang disyorkan untuk pendedahan skrin terutamanya bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.

Mungkin tips di bawah ini juga boleh dijadikan panduan tambahan dalam mengurus anak bermain gajet:

1. Jelaskan Baik Dan Buruk Pengaruh Gajet

Bimbingan daripada ibu bapa adalah sangat penting dalam penggunaan gajet oleh anak-anak. Mereka perlu kerap membuat pemantauan agar anak-anak tidak membuka aplikasi yang memudaratkan.

Terangkan kebaikan dan keburukan penggunaan gajet kepada anak-anak daripada pelbagai aspek seperti kesihatan, sosial dan emosi.

2. Tetapkan Masa Bermain Gajet

Ibu bapa perlu tetapkan masa penggunaan gajet oleh anak-anak. Contohnya, mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan gajet pada hujung minggu selama 30 minit sahaja.

Ibu bapa perlu pastikan PERATURAN yang ditetapkan ini tidak dilanggar, 30 minit tetap 30 minit. Tiada kompromi!. Demi mengelakkan penggunaan gajet yang berlebihan dan boleh memudaratkan.

3. Tunjukkan Aplikasi Yang Bermanfaat Kepada Anak

Ibu bapa perlu membimbing anak-anak untuk menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan bermanfaat. Tunjukkan kepada mereka aplikasi bermanfaat seperti Starfall yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris.

4. Rangsang Minat Anak Untuk Berkongsi Idea Kepada Masyarakat

Terinspirasi dengan cara Dr. Siti Rohana dalam menggunakan teknologi dalam berkongsi minat anak-anaknya di media sosial. Sebagai contoh, Dr. Siti telah membuka satu akaun fb page Bakes With Lil Maryam khusus untuk anak bongsunya berkongsi pelbagai resepi dan cara membuat kek yang lazat dengan cara yang sangat mudah melalui video yang dirakam.

5. Cetuskan Idea Yang Menarik Dalam Penggunaan Gajet

Ibu bapa juga boleh mendidik anak untuk menggunakan medan sosial sebagai salah satu medium untuk berkongsi minat atau menjadikanya sebagai platform perniagaan.

Usaha ini telah dilakukan sendiri oleh Puan Ilyani Munsarikh untuk menggalakkan anaknya, Dhuha Tihani 8 tahun berniaga secara online. Baru-baru ini, anaknya melalui akaun fb TEA Honey telah menjual pre loved shawl dengan harga yang murah.

Dengan membuka peluang anak berniaga secara online, secara tidak langsung mendidik mereka bagaimana menjana pendapatan sendiri dan membina keyakinan diri dalam berinteraksi dengan para pelanggan yang sudah pasti lebih berusia daripada mereka.

6. Ibu Bapa Perlu Tegas Dengan Peraturan Yang Ditetapkan

Setiap peraturan mesti diikuti oleh anak. Peneguhan positif (positive reinforcement ) atau peneguhan negatif (negatif reinforcement) boleh dilaksanakam andai peraturan yang ditetapkan tidak dituruti oleh mereka. Contohnya, penggunaan gajet ditarik balik pada hujung minggu.

7. Jangan Benarkan Penggunaan Gajet Di Tempat Tertutup

Perkara ini adalah penting kerana untuk memastikan penggunaan gajet berada dalam kawalan orang dewasa terutamanya ibu bapa.

Jangan sesekali membenarkan mereka menggunakan gajet di dalam bilik atau di tempat lain yang tertutup kerana sudah pasti apabila kawalan longgar, akses kepada saluran yang tidak bermanfaat itu sukar dikawal.

8. Jelaskan Perkara Do’s And Don’t Dalam Pengunaan Gajet

Peraturan perlu jelas. Ibu bapa perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan. Jangan biarkan anak memanipulasi peraturan yang dibuat kerana sekali dibiarkan, perbuatan itu akan berulang kerana sudah biasa ‘melanggar peraturan’ tanpa ambil peduli akan peraturan yang telah ditetapkan.

9. Dapatkan Pandangan Pakar Jika Anak Sudah Ketagih Terhadap Gajet

Mata rabun, mata juling, kemahiran motor yang lemah, masalah pertuturan dan sebagainya ini merupakan antara kesan yang kita dapat lihat akibat daripada penggunaan gajet yang berlebihan.

Pastikan anak anda segera mendapatkan rawatan dan bantuan daripada pakar yang terlatih jika mendapati anak sudah ketagih dengan gajet.

Ingat! KAWAL penggunaan gajet sebelum terlambat. Prevention Is Better Than Cure!

10. Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak

Walau bertapa mahalnya harga atau kecanggihan sesuatu gajet itu, masih tidak boleh sama sekali setanding dengan masa berkualiti yang diluangkan bersama anak.

Bina bonding bersama anak itu sejak dari kecil kerana kehadiran ibu bapa dan orang tersayang di samping mereka itu lebih bermakna berbanding dengan hanya berdamping dengan gajet semata-mata.

Sumber: Buku ‘365 Tip Didik Anak Gaya Nabi’, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.