12 Ayat Pengasih Memikat Suami Berkesan Dengan Izin Allah Swt
Sedih hati bila suami mula dingin terhadap kita apatah lagi jika dia sudah tak sama seperti dahulu. Sikit-sikit panas baran dan tak nak layan kita lagi.…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Sedih hati bila suami mula dingin terhadap kita apatah lagi jika dia sudah tak sama seperti dahulu. Sikit-sikit panas baran dan tak nak layan kita lagi. Ya, kita harus berusaha untuk memenangi hatinya kembali tetapi dalam masa yang sama kita harus melakukan amalan ayat pengasih memikat suami.
Sama ada hubungan kita baik dengan suami atau tidak, seeloknya amalkanlah ayat-ayat ini sebagai doa. Mudah-mudahan Allah SWT melembutkan hati suami dan mengurniakan rasa kasih sayang, dengan izin-Nya.
Terdapat beberapa ayat pengasih yang boleh anda amalkan dan baca setiap hari sebagai doa memohon kebaikan rumah tangga kepada Allah SWT, bukan sebagai jampi atau susuk.
Sebaiknya, amalkan doa-doa ini sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah. Insya-Allah, ia menjadi asbab kebaikan untuk hubungan anda dan suami.
1. Surah Yusuf (Ayat 4)
Ayat pengasih memikat suami yang sering kita dengar adalh surah Yusuf (ayat 4). Anda boleh bacakan doa ini setiap kali lepas solat, ketika teringatkan suami, sebelum tidur, ketika ada dirumah bersama suami atau pada bila-bila masa sahaja.
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.
Nabi Yusuf berkata kepada bapanya yang bermaksud,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Anda juga boleh mengamalkannya secara terbuka bersama pasangan sebagai doa untuk kebaikan bersama. Insya-Allah, Allah permudahkan.
2. Amalkan Surah Yusuf Ayat 4 Dengan Lafaz Asal
Sebaliknya, bacalah Surah Yusuf ayat 4 di atas dengan lafaz asalnya tanpa sebarang tambahan, sama ada selepas solat atau pada bila-bila masa yang sesuai, sebagai doa memohon kebaikan rumah tangga kepada Allah SWT. Amalkan secara terbuka bersama pasangan.
3. Surah Asy-Syu’raa (Ayat 19)
Bacalah surah Asy-Syu’raa (ayat 19) sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kasih sayang dalam rumah tangga. Bacalah selalu setiap hari.
Surah ini bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa”. Amalkan secara terbuka bersama pasangan sebagai doa untuk kebaikan keluarga, dengan izin Allah.
4. Surah Taha (Ayat 1-8)
Tidak salah untuk amalkan semua surah dan ayat ini sekaligus. Selepas membaca surah Yusuf, anda boleh baca pula surah Taha (ayat 1-8). Surah Taha juga diamalkan sebagai doa untuk kebaikan hubungan, dengan izin Allah.
Ia berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”. Ia akan lebih afdhal jika diamalkan bersama surah Yusuf. Ayatnya juga pendek memudahkan anda menghafalnya.
5. Surah Taha (Ayat 39)
Ayat dari surah Taha (ayat 39) juga boleh anda amalkan atau bacakan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali sehari. Amalkan bacaan ini secara terbuka bersama pasangan sebagai doa untuk kebaikan rumah tangga, dengan izin Allah.
Ayat pengasih ini membawa maksud: wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain. Terjermahannya pula berbunyi: Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
6. Surah Ali Imran (Ayat 31)
Ayat pengasih mempunyai khasiat dan zatnya yang tersendiri, oleh itu anda harus mempunyai niat dan doa yang baik ketika membacanya. Ayat pengasih seterusnya adalah Surah Ali Imran (ayat 31).
Ayat ini boleh anda bacakan sebagai doa, contohnya ketika bersama suami dalam suasana tenang. Amalkan sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah.
Ayat pengasih ini berbunyi: qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7. Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr sememangnya kurang diketahui sebagai amalan doa. Bacalah dalam solat setiap hari sebagai doa untuk kebaikan rumah tangga, dengan izin Allah.
8. Surah Al-Inshirah
Surah Al-Inshirah mempunyai fadhilat yang luar biasa terhadap para isteri dan ibu. Ayat ini boleh anda baca pada ayat ke 4 dan tiup pada tangan serta usap ke wajah anda hingga ke bahagian belakang anda. Ulang sebanyak 3 atau 7 kali sebagai amalan doa, dengan izin Allah SWT.
Ia dapat menenangkan fikiran anda, melapangkan dada, mempermudahkan urusan anda dan membaiki hubungan silaturrahim sesama manusia.
9. Surah Al-Imran (ayat 200)
Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, anda dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran agar urusan rumah tangga lebih tenang dengan izin Allah SWT.
Ayat Berbunyi: Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Zikir Harian Untuk Kebaikan Rumah Tangga
- Ya Latif
- Ya Rahman
- Ya Rahim
- Ya Hayyu
- Ya Qayyum
Itulah dia ayat pengasih yang boleh diamalkan sebagai doa dan usaha memperbaiki hubungan, dengan izin Allah. Doa perlu diiringi usaha: komunikasi, kaunseling dan tanggungjawab bersama. Selamat beramal! Jom baca pula 10 Foundation terbaik, 10 Tips dekorasi rumah bajet dan 8 Punca cirit birit.