Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Ayam Korea Spicy ADABI (Macam Restoran)

Ayuh sarapan ala Korean hari ini, kami ingin kongsi resepi untuk ayam goreng korean guna sos Adabi. Keluaran baharu Abadi iaitu Sos Korea. Utama sekali…

ResepiDikemas kini 28 November 2020oleh Rahayu Z
Ayam goreng Korea spicy berbalur sos Adabi dengan taburan bijan dan daun bawang
Hidangan: 6 ketul potongan ayam saiz kecil

Ayuh sarapan ala Korean hari ini, kami ingin kongsi resepi untuk ayam goreng korean guna sos Adabi. Keluaran baharu Abadi iaitu Sos Korea. Utama sekali para pencinta masakan Korea mestilah tahu sangat sos ini bukan? Sebagaimana kita tahu, ayam goreng Korea bercirikan sos pedas. Untuk dapat makan ayam goreng Korea kenalah pergi restoran. Namun kalau makan di restoran boleh naik pitam tengok harga. Oleh itu, untuk puaskan selera Korea anda dengan resepi bajet, kami hadirkan resepi ringkas menyediakan ayam goreng pedas Korea dengan sos Adabi. Sos ini pas rasa pedasnya. Tidak perlu tambah bahan-bahan lain yang renyah. Cukup pakai sos Adabi sahaja. Jika suka, boleh tambah sedikit madu untuk rasa yang lebih lazat. Berikut resepi ringkas ayam goreng Korea spicy Adabi dari Nor Eidzwan di laman Facebook hanya untuk anda.

Resepi Ayam Goreng Korean Spicy ADABI

 

Hidangan ayam goreng berlapis sos pedas Korea

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sos korea ADABI,

  • Ayam goreng,

  • Minyak bijan,

  • Madu,

  • Biji-bijan,

  • Daun bawang.

    Bahan ramuan ayam, rempah dan sos pedas Korea

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Gorengkan ayam yang dibalur tepung (saya guna tepung bestari garlic dan letak tepung beras sedikit bagi lebih crunchy). Angkat, ketepikan.
  2. Dalam kuali lain. Gaulkan ½ paket sos korean dengan 1 sudu kecil minyak bijan dan madu 2 sudu.
  3. Kemudian gaulkan bersama ayam goreng tepung.
  4. Letak di dalam pinggan yang bersesuaian dan taburkan biji bijan dan daun bawang.

Cadangan hidangan untuk 6 ketul potongan ayam saiz kecil. Selamat mencuba

Resepi Menarik Lain

Selain ayam goreng Korean spicy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.