Masyarakat melayu dan asam pedas berpisah tiada. Memang sudah jadi ciri khas melayu masakan asam pedas ini. Selain asam pedas Johor atau Melaka, pernahkah anda makan asam pedas rebus utara? Sedap mana style utara atau selatan? Mana-mana pun ikut selera masing-masing ya.

Asam pedas tidak hanya dijual di kedai-kedai melayu biasa, bahkan hotel-hotel juga menghidangkan asam pedas. Perbezaan antara asam pedas utara dan selatan adalah pada asam yang digunakan. Asam pedas utara cenderung guna asam keping atau asam gelugur sedangkan di selatan lebih suka guna asam jawa yang pekat. Sehingga dari kuah pun boleh nampak beza kuah pekatnya. Asam pedas utara pula biasa dimasak dengan ikan sedangkan selatan ada yang masak dengan daging atau ayam.

Mari cuba buat asam pedas rebus utara punya gaya. Resepi didatangkan daripada Ninie Zaini di laman Facebook. Makan dengan nasi putih dengan kuah tergenang di pinggan. Sedap hirup kuahnya. Selamat mencuba

Resepi Asam Pedas Rebus Utara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Cili kering 8 biji
  • Jintan manis sedikit,
  • Lada hitam sedikit,
  • Ketumbar sedikit,
  • Kunyit hidup sedikit,
  • Belacan sedikit,
  • Bawang besar sebiji,
  • Tomato sebiji belah 4,
  • Serai 2 batang diketuk,
  • Asam keping 3 keping.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan di atas sekali kecuali tomato, serai dan asam keping.
  2. Masukkan semua bahan blend ke dalam periuk, isi air sedikit.
  3. Masukkan serai, tomato dan asam keping.
  4. Apabila air sudah mendidih masukkan ikan dan timun.
  5. Perasakan dengan garam. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain asam pedas rebus utara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.