20 Tips Mengajar Anak Menjadi Anak Yang Solehah
Anak solehah idaman ibu bapa Itulah ayat yang sering didengari apabila ibu bapa mempunyai impian mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh solehah.…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Anak solehah idaman ibu bapa
Itulah ayat yang sering didengari apabila ibu bapa mempunyai impian mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh solehah. Tahukah anda, dalam mendidik anak menjadi anak solehah, banyak faktor yang perlu anda beri perhatian.
Antara faktor-faktor yang harus anda ambil tahu adalah dari gaya pemakanan, layanan anda berikan kepada anak, cara bercakap dengan anak dan lain-lain lagi. Gaya hidup dan cara ibu bapa sendiri yang membantu membentuk anak yang solehah, idaman anda. Jom lihat 20 tips mengajar anak menjadi anak yang solehah.

Imej via infopena
1. Beri Didikan Agama
Perkara pertama yang perlu diterapkan dalam diri anak anda adalah agama. Elok agama, eloklah akhlaknya. Berikan didikan agama bermula sejak kecil lagi. Solatlah bersama dan berikan contoh yang baik dalam kehidupan seharian.
2. Bercakap Dengan Beradab
Cakaplah dengan anak anda secara sopan santun dan beradap. Dengan adanya adab, anak anda akan bercakap dengan anda dengan baik, sopan-santun.
3. Belajar Menghormati Orang Lain
Mereka akan melihat cara layanan anda terhadap orang lain. Dengan menghormati orang lain, mereka juga akan menghormati anda dan menjadi anak yang solehah.

Imej via siraplimau
4. Jaga Pemakanan Anak
Pemakanan anak penting dalam melahirkan anak yang solehah. Ya, makan makanan yang baik, jauhi makanan yang haram dan tidak sesuai dimakan oleh anak-anak serta orang Islam.
5. Ajar Anak Bersyukur
Ajarkan anak anda untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Dari kecil lagi, anda boleh biasakan anak menyebut Alhamdulillah. Bersyukur dapat mengajar mereka menjadi anak yang solehah yang tidak mengeluh akan apapun.
6. Ajar Anak Jaga Aurat
Anak yang solehah pastinya akan menutup aurat mengikut apa yang diajar dalam Islam. Anda boleh mengajar anak menutup aurat sejak kecil lagi. Dengan awal didikan, anak pasti akan menjadi anak solehah.

Imej via assajidin
7. Terapkan Amalan Mulia
Amalan mulia seperti hormat menghormati, rajin menolong ibu bapa dan bergaul dengan baik sangat penting dalam institusi kekeluargaan. Anak yang solehah juga hadir dari terapan amalan yang mulia sebegini.
8. Beri Kasih Sayang
Anak yang diajar dan dididik dengan penuh kasih sayang akan mempunyai hati yang lembut berbanding anak yang diajar dengan cara yang kasar. Beri kasih sayang kepada anak, barulah anak mudah menjadi anak yang solehah dan berkasih sayang.
9. Terapkan Sikap Cinta Al-Quran
Terapkan sikap cinta Al-Quran anak bermula dari kecil lagi. Ia lebih mudah dan selamat bagi menyokong sikap anak menjadi manusia yang berguna. Al-Quran juga dapat menjadikan anak, anak yang solehah.
10. Amalkan Makanan Sunnah Dan Supplemen Minda
Berilah anak makanan sunnah dan supplemen minda untuk tumbesaran dan perkembangan minda yang terbaik. Antara makanan sunnah yang boleh diamalkan adalah kismis, kurma dan lain-lain lagi.

Imej via Halodoc
11. Ajar Cara Tidur Nabi
Cara tidur juga menentukan sikap anak. Cara tidur yang betul dapat membentuk anak yang solehah. Dari kecil lagi, ajarlah anak anda cara tidur seperti nabi.
12. Ajar Urus Duit
Duit sangat penting dalam hidup. Anda harus ajar anak anda menguruskan duit dengan betul. Anak yang solehah dan cerdik juga dapat membantu ibu bapa dari segi kewangan.
13. Mendoakan Anak
Doakan anak anda setiap kali lepas solat atau bila-bila masa sahaja. Doa ibu tiada penghalangnya, mintalah pada Allah agar anak anda menjadi anak yang solehah.

Imej via siraplimau
14. Layan Ibu Bapa Dengan Baik
Anda sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Misalnya, anda melayan ibu bapa anda dengan baik. Dengan mengikuti contoh yang anda tunjukkan, anak anda mungkin cenderung melakukan apa yang anda lakukan. Justeru, akan menjadi anak yang solehah.
15. Nasihat Yang Bermanfaat
Nasihat yang bermanfaat adalah anda menasihatkan anak anda beserta sebab, jalan cerita dan hikmah nasihat tersebut. Sebagai contoh, anda meminta tolong anak, anda perlu beritahu kelebihan anak membantu ibu bapa dan lain lagi.
16. Solat Taubat Dan Solat Hajat
Sebagai ibu bapa, anda harus meminta dengan bersungguh-sungguh supaya dikurniakan anak yang solehah. Buatlah solat taubat dan solat hajat untuk meminta kepada Allah.

Imej via Bunayya
17. Menghadap Kiblat
Pastikan anak anda belajar dan tidur dengan menghadap kiblat. Semoga dengan cara itu, lebih mudah diberkati. Anak yang mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar mudah dipupuk menjadi anak yang solehah.
18. Penyayang Kepada Haiwan
Mengajar anak menjadi penyayang terhadap haiwan adalah satu tindakan yang sangat digalakkan. Dengan menjadi prihatin serta penyayang kepada haiwan, anak akan lebih memahami susah senang kehidupan.
19. Luangkan Masa Bersama
Salah satu cara untuk mengajar anak menjadi anak yang solehah adalah meluangkan masa bersama anak. Sama ada luangkan masa bersembang atau menonton TV, asalkan anak ada masa bersama anda bagi mengeratkan silaturrahim.
20. Solat di Awal Waktu
Penting untuk anda pastikan anak solat di awal waktu. Dengan menjaga solat, mereka juga pasti menjaga adab. Anak yang solehah pasti akan solat di awal waktu. Jadikan ia sebagai rutin harian anak anda.

Imej via citraindonesia
Itulah dia 20 cara mengajar anak menjadi anak yang solehah. Ramai tak tahu betapa pentingnya cara-cara ini diamalkan. Semoga anak anda menjadi anak yang solehah. Jom baca juga Doa anak periksa, Hadiah hari jadi anak perempuan dan Punca dan cara atasi anak tak nak makan.