Apabila anak lambat berjalan, mesti ibu bapa akan mula berasa risau kan? Mana tidaknya, berjalan adalah salah satu fasa yang boleh memberitahu kita bahawa anak sedang membesar dengan baik dan jika sudah lambat berjalan begini sudah tentu pelbagai andaian muncul dalam diri setiap ibu bapa yang sedang mengalaminya.

anak lambat berjalan
image via : Harian Metro

Anak Lambat Berjalan, Normal Atau Tidak?

Sebenarnya setiap anak itu berbeza tahap perkembangan masing-masing. Kerana itu ada anak yang cepat berjalan dan ada juga yang sedikit lambat atau ketinggalan di belakang usia kanak-kanak yang sebayanya. Sebab itu ada kanak-kanak yang sudah mula boleh berjalan seawal 10 bulan dan sebaliknya.

Maka ibu bapa janganlah cepat membuat andaian bahawa lambat berjalan itu adalah tidak normal. Ada baiknya cuba untuk faham situasi sebelum membuat sebarang kesimpulan. Apa yang kita perlu risau adalah apabila anak tidak tahu berjalan selepas usia  18 bulan. Maka pada ketika itu ibu bapa akan di minta untuk berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti punca kelewatan anak berjalan.

anak lambat berjalan
image via : Klub Wanita

Di rumah, ibu bapa boleh melakukan pemeriksaan awal untuk tahu apakah anak ada masalah atau tidak dengan memeriksa bahagian tapak kakinya. Sebagai contoh, apabila anak dah masuk umur setahun dan lambat jalan boleh check bahagian tapak kaki anak tu kalau-kalau ada sebarang tanda lain yang tidak sepatutnya seperti bengkak dan lain-lain lagi.

Antara Punca Mengapa Anak Lambat Berjalan Berbanding Kanak-Kanak Lain

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini lewat bejalan. Antara faktor-faktor tersebut adalah :

1. KETURUNAN

Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.

2. KELAHIRAN PRAMATANG

Bayi yang dilahirkan pramatang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan termasuk lewat berjalan.

3. CEREBRAL PALSY

Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.

4. MASALAH OTOT

Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.

5. MALNUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK

Kekurangan zat dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tidak langsung jejaskan pergerakannya.

6. MASALAH BENTUK KAKI

Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), CTEV, kaki tidak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.

6 Tips Untuk Ajar Anak Berlatih Hingga Pandai Berjalan Sendiri

1 – Mulakan Dengan Aktiviti Merangkak Bersama

Sebelum boleh mula berjalan, anak-anak perlu pandai merangkak dulu. Ini penting supaya anak akan berasa lebih yakin untuk menapak dengan menggunakan ke dua-dua kakinya. Ohya elakkan guna dari guna walker bagi menggalakkan anak merangkak dan menjelajah untuk mengetahui apakah benda yang ada di sekelilingnya dengan rasa bebas.

Anda juga boleh lumba merangkak dengan anak. Caranya adalah dengan meletakkan barang atau permainan yang baby suka sedikit jauh. Kemudian biarkan si anak merangkak ke arah objek tersebut dan anda juga boleh ikut sama merangkak bersamanya.

2 – Ajak Anak Bermain Di Sofa Rumah

Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan. Nak lagi mudah ajak anak bermain di sofa dengan kaedah turun naik.

3 – Bawa Anak Main Pasir Pantai

Ajak anak berjalan di permukaan kasar, sejuk dan berpasir. Ini bagi anak tahu bahawa tidak semua permukaan itu sama. Si anak juga dapat mula membiasakan diri dalam apa juga keadaan permukaan.

4 – Ajak Anak Bermain Di Atas Hamparan Rumput Hijau

Kerap berjalan berkaki ayam di atas rumput juga dapat membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

anak lambat berjalan
image via : Parenting Orami

5 – Pegang / Pimpin Tangan Anak Selalu

Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6 – Urut Kaki Anak Dengan Minyak

Ibu bapa juga boleh melakukan urutan lembut pada anak untuk membantunya bersedia dengan lebih awal. Urutan sebegini boleh dilakukan dengan bantuan minyak aromaterapi dan sebagainya. Bayi bukan saja bertambah tenang malah terasa lebih selesa dan bersedia.

7 – Pakaikan Bayi Dengan Kasut Pertama Yang Sesuai

Dapatkan kasut untuk anak berlatih berjalan di luar dengan memastikan yang kasut itu di beli dalam saiz yang sesuai. Cara paling mudah adalah dengan memakaikan kasut tersebut ke kaki anak sendiri sebelum di buat bayaran.

Seperkara lagi, dikatakan juga yang tapak kaki boleh membesar sebanyak 5% berbanding awal pagi. Jadi, seelok-eloknya dapatkan saiz kaki bayi yang paling stabil pada waktu petang.

Adakah ‘Walker’ Boleh Membuatkan Bayi Lebih Cepat Berjalan?

Jawapan mudahnya, TIDAK! Walaupun ‘walker’ atau apa-apa jenis kerusi yang membantu bayi duduk ini dapat membantu kita memudahkan kerja, para penyelidik bersepakat bahawa ia sama sekali tidak membantu kepada perkembangan bayi. Sebaliknya, bayi akan menjadi lebih kuat apabila mereka dilatih untuk bangun dan menahan badan sendiri di atas lantai atau katil.

Sumber :

Bum Bum Cak

Sirap Limau

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.