Rumah juga boleh dijadikan tempat belajar yang menggembirakan. Bagi ibu bapa yang berniat untuk hadkan screen time dari gajet, penulis ada solusi kepada ibu bapa yang boleh diaplikasikan untuk ibu bapa di rumah. Jom ketahui aktiviti indoor untuk anak yang menarik.
Sebenarnya terlalu banyak aktiviti indoor yang anak-anak boleh lakukan di rumah. Tidak perlukan alatan yang pelik-pelik untuk mencipta aktiviti indoor buat anak-anak, ibu bapa boleh gunakan peralatan apa yang ada di rumah seperti bekas makanan, sudu, tali, alat tulis, sabun dan lain-lain.
Sediakan ruang yang luas untuk anak beraktiviti. Sekiranya memerlukan bahan yang basah, ibu bapa boleh sediakan alas di balkoni atau bawah garaj kereta.
Aktiviti indoor untuk anak-anak di rumah penting supaya ibu bapa boleh mengurus anak dengan lebih lancar dan kurang tekanan. Emosi ibu bapa dan anak juga lebih terkawal. Anak-anak yang gembira akan membesar dengan lebih baik dari anak yang tertekan. Berikut adalah cadangan kepada ibu bapa semua.
Perancangan matlamat untuk dicapai adalah penting supaya ibu bapa nampak apa yang ingin dibuat mengikut kesesuaian umur anak.
Anak-anak perlukan rutin yang sama setiap hari secara berjadual. Masa lebih mudah diatur dan diuruskan. Tidak dinafikan, ada terbabas dari garis masa yang ditekankan. Sekurang-kurangnya, anak sudah tahu dan faham apa perlu dilakukan setiap sela masa.
Ibu bapa boleh buat jadual bersama-sama anak menggunakan gambar. Bila dibuat bersama-sama, anak-anak lebih mudah ingat. Tampal gambar pada papan atau kad manila. Letakkan jadual di tempat yang anak boleh tengok setiap hari.
Contohnya :
Bangun pagi, anak masih perlu mandi walaupun tidak ke sekolah, kemudian barulah makan dan bermain.
Anak-anak boleh diberi tugasan ringan membantu kerja rumah. Anak sekecil 2 tahun sudah boleh di arah untuk masukkan baju yang telah dipakai di dalam bakul. Manakala, anak yang sudah besar seperti 7 tahun boleh membantu basuh pinggan dan siapkan tempat makan. Ini boleh melatih anak-anak bertanggungjawab dan rasa penting keberadaan mereka di rumah.
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada anak-anak. Solat berjemaah, berzikir dan mengaji bersama-sama . Boleh juga buat slot seperti bacaan hadis, sirah dalam bulatan. Anak yang sudah besar boleh dilatih menjadi imam dan tukang iqamah. Anak yang dibawah 6 tahun mula diperkenalkan Alif, Ba, Ta. Moga rahmah dan berkah seisi rumahnya.
Aktiviti meransang sensori melibatkan lima sensori asas seperti sentuhan, visual, rasa, hidu dan pendengaran. Tambahan dua lagi sensori iaitu vestibular dan proprioception. 8 tahun pertama selepas kelahiran, anak banyak belajar menggunakan deria. Ransangan deria boleh diberikan melalui bermain.
Messy play, finger art, main playdough.
Bermain tangkap buih, menampal kertas berwarna warni.
Mencuba pelbagai jenis rasa masam, manis, pahit, tawar, masin, lembik dan keras.
Mendengar pelbagai jenis bunyi perlahan atau kuat volumenya.
Melompat atas trampolin.
Menolak dan mengangkat benda berat seperti bakul berisi baju, mengemop lantai, bergayut di monkey bar (boleh digantikan dengan penghadang yang ada di dinding). Ibu bapa boleh rancang aktiviti berhalangan (obstacle course) yang ringkas menggunakan susunan kerusi, bakul, dan kotak dirumah.
Motor kasar melibatkan semua otot besar. Otot tunjang seperti otot di bahagian belakang badan yang kuat akan membantu anak melakukan aktiviti motor halus dengan lebih baik. Lakukan senaman ringkas atau pun senam robik bersama-sama. Boleh juga menggunakan mainan seperti bola, badminton, pingpong, tali skipping.
Motor halus penting adalah kawalan otot tangan, jari dan kawalan mata (ocular). Motor halus adalah asas kepada makan, pakai baju, juga menulis. Boleh buat aktiviti seperti kepit sepit baju untuk kuatkan otot tangan. Masukkan butang ke dalam tali untuk koordinasi mata, tangan juga persepsi visual. untuk latihan picit masukkan batang ais krim ke dalam tabung. Baju berbutang juga boleh digunakan sebagai latihan motor halus.
Aktiviti harian berfungsi adalah aktiviti harian yang perlu dilakukan setiap hari. Untuk aktiviti masakan ringkas, terangkan kepada anak setiap langkah supaya anak jelas dengan aktiviti tersebut. Belikan anak apron kanak-kanak untuk mengajar tentang kebersihan. Ajak anak buat tugasan ringkas seperti bantu mengadun kek, meletakkan hiasan di atas kek. Bina satu kebun mini di rumah dan tanam tumbuhan yang senang tumbuh seperti taugeh. Beri tugas kepada anak untuk siram setiap hari. Anak akan rasa seronok melihat tumbuhan membesar.
Aktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan kognitif anak. Kemahiran kognitif merangkumi perhatian, memori, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Permainan seperti Puzzle, Word search dan Bingo adalah contoh aktiviti melibatkan pensil dan kertas. Ada banyak contoh aktiviti kognitif yang boleh di muat turun dari Google.com. Permainan sorok-sorok, Pukul Berapa Datuk Harimau, galah panjang pula aktiviti berfikir melibatkan pergerakan.
Setiap aktiviti mempunyai tujuan dan manfaat tersendiri. Kehadiran ibu bapa adalah elemen paling utama dalam setiap aktiviti kerana ibu bapa ibarat fasilitator kepada anak-anak. Sediakan aktiviti yang tidak terlalu mencabar dengan tahap anak-anak supaya mereka tidak tertekan dan menikmati semua aktiviti dengan gembira.
Jemput juga abca artikel tentang taman permainan best di KL Sleangor permainan membantu perkembangan bahasa anak dan DIY permainan anak