Mana-mana wanita sekalipun pastinya mahu proses kehamilan mereka dapat berjalan dengan lancar. Namun tentu, setiap wanita akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza begitu jugalah dalam halnya masalah pada kandungan.
Salah satu masalah yang boleh berlaku adalah air ketuban kurang. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan air ketuban kurang dan bagaimana pula ia memberi kesan pada kandungan?
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan semuanya kepada anda khusus buat wanita yang sedang hamil.
Air ketuban juga dikenali dengan nama lainnya iaitu carian amnion merupakan cairan yang mengelilingi janin belum lahir sepanjang tempoh kehamilan.
Cairan ini terkandung dalam kantung ketuban, iaitu kantung dengan dua membran (amnion dan chorion) yang berada di dalam rahim. Ia dikatakan terbentuk sekitar 12 hari setelah proses terjadinya kehamilan.
Asal cairan ini sebahagian besarnya diperbuat daripada kandungan air dalam badan ibu.
Oleh kerana air ketuban ini terbina khusus untuk janin dalam kandungan ibu. Justeru tentunya kepentingan air ketuban ini banyak memberi fungsi kepada janin itu sendiri.
Antara kepentingan air ketuban ini adalah:
Masalah yang sering berlaku pada air ketuban adalah oligohidramnion iaitu ganguuan di mana air ketuban kurang atau sedikit.
Hal ini terjadi disebabkan oleh kantung ketuban yang koyak, plasenta yang tidak mampu berfungsi dengan baik, terdapat kelainan pada janin itu sendiril, post-term pregnancy, dan keadaan kesihatan ibu yang merundum.
Komplikasi boleh terjadi pada janin jika air ketuban kurang. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu pada separuh pertama kehamilan dan separuh kedua kehamilan
Berikut ini antara rawatan untuk meningkatkan kembali jumlah air ketuban semasa dalam tempoh kehamilan.
Amnioinfusion merupakan prosedur yang boleh meningkatkan jumlah air ketuban. Doktor akan menggunakan air garam ke dalam selaput air ketuban kita.
Prosuder memasukkan air masuk ke dalam kandungan melalui amniosentesis digunakan dalam perubatan untuk menambah jumlah air ketuban sebelum bersalin.
Ini juga penting bagi mengurangkan risiko ibu bersalin secara czer.
Sekiranya ibu mengalami masalah dehidrasi yang menyebabkan muntah atau mual teruk, doktor akan melakukan memasukkan cecair IV pada tubuh ibu.
Hal ini bagi mempercepatkan proses hidrasi sekaligus meningkatkan jumlah air ketuban tersebut.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan air yang cukup dapat membantu meningkatkan air ketuban bagi wanita yang berada pada tempoh 37 – 41 minggu kehamilan.
Ramai tidak tahu, rehat yang cukup juga mempengaruhi untuk merawat masalah air ketuban kurang.
Ibu yang mendapat rehat yang cukup akan melancarkan pengaliran darah melalui plasenta dan dalam masa yang sama meningkatkan isipadu air ketuban.
Selain dari permasalahan tentang air ketuban kurang ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Rujukan: