Menziarahi kubur adalah perkara yang dituntut dalam Islam dimana ia memberi ganjaran pahala yang besar buat anda. Tambah-tambah lagi sekiranya anda menziarahi kubur dengan penuh beradab dan mengirimkan doa buat para ahli kubur.

Banyak doa yang boleh anda amalkan ketika menziarahi kubur, ketahui doa yang mudah dibaca dan perlu dibaca untuk mendapatkan kesan terbaik menziarahi kubur. Sebelum tiba di kubur, wajarlah anda ikuti adab-adab ziarah kubur untuk mendapat ganjaran pahala dan menghormati kubur.

Adab Ziarah Kubur

adab ziarah kubur
Imej via [Wajibbaca]

Jom ikut adab ziarah kubur dengan teliti dan cermat. Bermula sebelum tiba di kubur lagi, anda sudah boleh melakukan persiapan dan adab yang dituntut dalam Islam.

1. Berniat

Niat sebelum ziarah kubur amat penting. Anda harus meletakkan niat yang betul untuk menziarahi kubur. Pastikan semuanya berjalan lancar mengikut apa yang anda hajati. Semuanya bergantung kepada niat baik anda.

2. Berwuduk

Adab ziarah kubur yang boleh anda lakukan sebelum ke tanah perkuburan adalah berwuduk. Ambillah wuduk sebelum masuk ke kawasan kubur untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Ia juga adalah sebagai penghalang daripada diganggu makhluk halus dan lain-lain lagi.

adab ziarah kubur
Imej via [pasberita]

3. Memberi Salam

Memberi salam ketika melalui kawasan perkuburan adalah adab ziarah kubur mudah yang boleh diajar dan diterapkan sejak kecil lagi. Memberi salam kepada ahli kubur seolah-olah kita mendoakan mereka. Rasulullah SAW juga mengajak kita untuk memberi salam ketika lalu di kawasan kubur.

Hadis Riwayat Muslim:

“Semoga keselamatan dicurahkan atasmu wahai para penghuni kubur, dari orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam. Dan kami, jika Allah menghendaki, akan menyusulmu. Aku memohon kepada Allah agar memberikan keselamatan kepada kami dan kamu sekalian (dari siksa).”

4. Duduk Di Tempat Yang Sesuai

Apabila anda menziarahi kubur, jangan terus duduk di mana-mana yang anda mahu. Sebaliknya lihat dahulu kawasan strategik yang sesuai untuk anda duduk. Duduk berdekatan dan di sisi kubur juga tiada masalah, tetapi jangan pula duduk di atas kubur. Duduk di atas kubur bukan sahaja menunjukkan tidak beradab dan tidak hormat, tetapi juga berdosa.

Imej via [Republika]

5. Berdoa

Berdoa semoga urusan arwah dipermudahkan dan Allah SWT rahmati mereka. Tetapi jangan pula salah doa dengan bercakap dan meminta kepada mereka. Berdoa juga ada caranya. Hafallah doa ziarah kubur dengan baik supaya anda dapat amalkannya.

6. Tidak Membaca Al-Quran di Kubur

Tak perlu baca Quran di kubur kerana ia sebenarnya adalah perkara terlarang. Kita sedia maklum bahawa berdoa dikubur adalah berpaksikan kepada Allah SWT dan untuk kita mengingati mati. Baca Al-Quran pula tidak dianjurkan oleh Islam ketika ziarah kubur.

“Janganlah menjadikan rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya setan berlari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah.” (HR. Muslim)

adab ziarah kubur
Imej via [BantenNet]

7. Tidak Bercakap Hal Bukan-Bukan

Jangan sesekali bercakap hal yang bukan-bukan apabila berada di tanah perkuburan. Sebagai menghormati arwah atau mayat, anda juga harus menghormati penziarah kubur yang lain.

8. Tidak Menangis Meratapi Kubur

Adab ziarah kubur yang perlu anda lakukan adalah tidak menangis meratapi kubur. Ia akan mengganggu pengunjung yang lain, walaupun sebak, adalah lebih baik diamkan diri sahaja, kawal diri daripada bertindak meraung dan sebagainya.

Doa Adab Ziarah Kubur

adab ziarah kubur
Imej via [gaurani]

1. Doa Ketika memasuki kawasan kubur bagi mengucapkan salam

اَلسَّلاَمُعَلَىاَهلِالدِّيَارِمِنَالْمُؤْمِنِيْنَوَالْمُسْلِمِيْنَاَنْتُمْلَنَافَرْطٌوَنَحْنُاِنْشَآءَاللهُبِكُمْلاَحِقُوْنَ

Assalâmu ‘alâ ahlid diyâr, minal mu’minîna wal muslimîn, antum lanâ farthun, wa nahnu insyâallâhu bikum lâhiqûn.

Artinya :

“Salam atas para penghuni kubur, mukminin dan muslimin, engkau telah mendahului kami, dan insya Allah kami akan menyusulmu.”

Atau mengucapkan salam seperti yang diajarkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib (sa):

اَلسَّلاَمُعَلَىاَهْلِلاَاِلَهَاِلاَّاللهُمِنْاَهْلِلاَاِلَهَاِلاَّاللهُ،يَااَهْلَلاَاِلَهَاِلاَّبِحَقِّلاَاِلَهَاِلاَّاللهُ

كَيْفَوَجَدْتُمْقَوْلَلاَاِلَهَاِلاَّاللهُمِنْلاَاِلَهَاِلاَّاللهُ،يَالاَاِلَهَاِلاَّاللهُبِحَقِّلاَاِلَهَاِلاَّاللهُاِغْفِـرْلِمَنْ

قَالَلاَاِلَهَاِلاَّاللهُ،وَاحْشَـرْنَافِيزُمْرَةِمَنْقَالَلاَاِلَهَاِلاَّاللهُمُحَمَّدٌرَسُوْلُاللهِعَلِيٌّوَلِيُّاللهِ

Assâlamu ‘alâ ahli lâ ilâha illallâh min ahli lâ ilâha illallâh , ya ahla lâ ilâha illallâh bihaqqi lâ ilâha illallâh kayfa wajadtum qawla lâ ilâha illallâh min lâ ilâha illallâh, ya lâ ilâha illallâh bihaqqi lâ ilâha illallâh ighfir liman qâla lâ ilâha illallâh, wahsyurnâ fî zumrati man qâla lâ ilâha illallâh Muhammadun Rasûlullâh ‘Aliyyun waliyullâh.

Maksudnya:

“Salam bagi yang mengucapkan la ilaha illallah dari yang mengucapkan la ilaha illallah, wahai yang mengucapkan kalimah la ilaha illallah dengan hak la ilaha illallah, bagaimana kamu memperoleh kalimah la ilaha illallah dari la ilaha illallah, wahai la ilaha illallah dengan hak la ilaha illallah ampuni orang yang membaca kalimah la ilaha illallah, dan himpunlah kami ke dalam golongan orang yang mengu¬cap¬kan la ilaha illallah Muhammadur rasululullah Aliyyun waliyyullah.”

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata:

“Barangsiapa yang memasuki kawasan kubur, lalu mengucapkan (salam tersebut), Allah memberinya pahala kebaikan 50 tahun, dan mengampuni dosanya serta dosa kedua orang tuanya 50 tahun.”

2. Surah Doa

adab ziarah kubur
Imej via [carasantri]

1. Surat Al-Qadar (7 kali),
2. Surat Al-Fatihah (3 kali),
3. Surat Al-Falaq (3 kali),
4. Surat An-Nas (3 kali),
5. Surat Al-Ikhlash (3 kali),
6. Ayat Kursi (3 kali).

Dalam suatu hadis disebutkan: “Barangsiapa yang membaca surat Al-Qadar (7 kali) di kuburan seorang mukmin, Allah mengutus malaikat padanya untuk beribadah di dekat kuburannya, dan mencatat bagi si mayit pahala dari ibadah yang dilakukan oleh malaikat itu sehingga Allah memasukkan ia ke surga. Dan dalam membaca surat Al-Qadar disertai surat Al-Falaq, An-Nas, Al-Ikhlash dan Ayat kursi, masing-masing (3 kali).”

3. Doa Jauhi Azab 3x

اَللَّهُمَّاِنِّياَسْئَلُكَبِحَقِّمُحَمَّدٍوَآلِمُحَمَّدٍاَنْلاَتُعَذِّبَهَذَاالْمَيِّتِ

Allâhumma innî as-aluka bihaqqi Muhammadin wa âli Muhammad an lâ tu’adzdziba hâdzal may¬yit.

Maksudnya:

“Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad janganlah azab penghuni kubur ini.”

Rasulullah saw bersabda:

“Tidak ada seorang pun yang membaca doa tersebut (3 kali) di kuburan seorang mayit, kecuali Allah menjauhkan darinya azab hari kiamat.”

4. Meletakkan Tangan di Kubur dan Baca Doa Ini

adab ziarah kubur
Imej via [BRNews]

اَللَّهُمَّارْحَمْغُرْبَتَهُ،وَصِلْوَحْدَتَهُ،وَاَنِسْوَحْشَتَهُ،وَاَمِنْرَوْعَتَهُ،وَاَسْكِنْاِلَيْهِمِنْرَحْمَتِكَيَسْـتَغْنِيبِهَاعَنْرَحْمَةٍمِنْسِوَاكَ،وَاَلْحِقْهُبِمَنْكَانَيَتَوَلاَّهُ

Allâhumarham ghurbatahu, wa shil wahdatahu, wa anis wahsyatahu, wa amin raw‘atahu, wa askin ilayhi min rahmatika yastaghnî bihâ ‘an rahmatin min siwâka, wa alhiqhu biman kâma yatawallâhu.

Maksud:

“Ya Allah, kasihi keterasingannya, sambungkan kesendiriannya, hiburlah kesepiannya, tenteramkan kekhawatirannya, tenangkan ia dengan rahmat-Mu yang dengannya tidak membutuhkan kasih sayang dari selain-Mu, dan susulkan ia kepada orang yang ia cintai.”

5. Doa Kesejahteraan Arwah

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menyarankan untuk kita membaca doa ini.

اللَّهُمَّجَافِاْلاَرْضَعَنْجُنُوبِهِمْوَصَاعِدْإِلَيْكَأَرْوَاحَهُمْوَلَقِّهِمْمِنْكَرِضْوَانًاوَأَسْكِنْ

إِلَيْهِمْمِنْرَحْمَتِكَمَاتَصِلُبِهِوَحْدَتَهُمْوَتُونِسُبِهِوَحْشَتَهُمْإِنَّكَعَلَىكُلِّشَيْ‏ءٍقَدِيرٌ

Allâhumma jâfil ardha ‘an junûbihim, wa shâ’id ilayka arwâhahum, wa laqqihim minka ridhwânâ, wa askin ilayhim mir rahmatika mâ tashilu bihi wahdatahum, wa tûnisu bihi wahsyatahum, innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.

Maksudnya:

“Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada ridha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Itulah dia 8 adab ziarah kubur harus anda ikuti dan 5 doa yang boleh dibaca ketika menziarahi kubur. Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda. Jemput baca Doa murah rezeki, Doa permudah segala urusan dan Doa ibu bapa.

Rujukan:

  1. thegorbalsla
  2. howieandbelle
  3. wajibbaca

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.