Mari ketahui bersama cara mendapat jodoh yang dianjurkan oleh Islam.
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasngan agar kamu mengingati (kebesaran Allah).”
(Az-Zariyat: 49)
Seperti rezeki, dan ajal maut, jodoh juga merupakan rahsia Allah SWT, pada masa yang sama adalah hadiah kepada sekalian hamba-Nya yang sememangnya diciptakan secara berpasangan.
Perihal jodoh adalah sesuatu yang diciptakan khas yang hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja. Sebagai hamba-Nya kita mestilah percaya bahawa jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya.
Jika sudah ketetapan jodoh, maka sejauh manapun pasti akan bertmu dan bersatu jua. Tapi jika sebaliknya, bermakna itu bukan jodohnya.
Namun begitu, walaupun jodoh tersebut sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai manusia biasa kita seharusnya berusaha dengan sedaya upaya dan tidak menunggu sahaja jodoh itu tiba dengan sendirinya. Berdoa dan berusahalah!
Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mendapat jodoh yang baik dan sesuai dengan diri kita sendiri. Ini adalah cara terbaik agara Allah memperkenankan harapan agar segera mendapat jodoh yang terbaik.
Terdapat beberapa doa yang sesuai untuk memohon kepada Allah berkaitan dengan jodoh.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَة طَيِّبَة أَخْطَبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَة لِي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.”
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَة طَيِّبَة أَخْطَبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَة لِي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.”
Surah Al-Furqaan: 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّتِنَا قَرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Allah, anugerahkan oleh kami jodoh isteri-isteri kami serta keturunan kami sebagai penyenang hati kami serta jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa.”
Surah An-Anfal: 63
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”
Selain itu terdapat beberapa usaha dalam ikhtiar utnuk mendapatkan jodoh yang baik dan segera. Antaranya;
Sebaiknya perbanyakkanlah ibadah seperti solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran selain mengutamakan solat fardhu. Cara-cara sedmikian adalah perkara mustahak dalam emnjemput rezeki Allah SWT, termasuklah menyegerakan jodoh yang baik.
Bersedekah dengan ikhlas juga cara terbaik dalam mendapatkan rezeki, selain mendekatkan diri dengan Allah SWT. Berniatlah bahawa pahala sedekah itu digantikan dengan jodoh yang baik.
Berniatlah yang baik-baik agar Allah memberikan hal yang baik juga. Iaitu berniat untuk dipertemukan dengan pasangan yang sempurna agar dapat sama-sam beribadah dan mengumpul pahala berkawin.
Niat yang baik pasti akan mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Ambillah masa untuk mengenang kelemahan dan kelebihan diri. Ruangkan masa untuk memahami diri sendiri, termasuklah apa-apa yang dikehendaki oleh diri selain ciri-ciri pasangan yang dicari dan sebagainya.
Cara ini juga boleh digunakan untuk mencari dan mengesan kekurangan bagi membaiki kelemahan yang ada. Contohnya, jika terdapat kekuarangan luaran bolehlah diusahakan untuk menampilkan diri dalam keadaan yang lebih menarik dan kemas. Ini kerana penampilan yang baik juga penting dalam mendapatkan jodoh.
adakalanya jodoh kita tersekat lantaran diri sendiri. Barangkali atas sikap atau sifat negatif yang dimiliki. Lantaran itu, cara terbaik adalah bertaubat dan menyesali kesilapan lalu dan berusaha menjadi individu yang lebih baik.
Allah SWT akan tetap memandang usah hamba-Nya yang mahu melakukan kebaikan dan menjdikan diri mereka baik.
Ingatlah, jodoh yang baik itu untuk pasangannya yang baik juga.
Berbuat baik kepada ibu bapa, keluarga serta orang lain sebebnarnya adalah perbuatan yang dijanjikan kebaikan. Sudah pasti kebaikan itu adalah sebahagian daripada keiinginan atau permintaan kita yang pasti mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Memperluas pergaulan bukanlah bermaksud berlebih-lebihan dalam berhubungan dengan sesiapa jua.
Barangkali cara kita menyapa dan bersilaturahim juga dilihat penting. Jangan terlalu menjadi pendiam, kurang bertegur sesama jiran atau lebih suka menyendiri.
Sebaiknya bermasyarakatlah, biar sekurang-kurangnya ada yang mengetahui bahawa kita masih ‘single’ atau sebagianya. Barangkali ada dalam kalangan tersebut turut mencari jodoh juga.
Seiring dengan kemajuan teknologi, manfaatkanlah jaringan sosial dalah usaha mendapatkan jodoh. Bahkan kini terdapat laman media tertentu yang menyediakan perkhidmatan pencarian jodoh yang boleh membantu.
Pohonlah maaf daripada ibubapa setiap masa. Dengan reda dan ketengan hati ibubapa akan meluaskan pintu rezeki si anak. Reda ibu bapa itu adalah reda Alalh SWT jua.
Selain menjaga hubungan dnegan Allah SWT, penting juga untuk menjaga silaturahim sesama manusia juga. Ini termasuklah adik beradik, suadar mara mahupun sahabat dan kenalan atau sesiapapun.
Dengan menjaga tali silaturahim sesama muslim akan meluaskan ruang rezeki, termasuklah peluang untuk bertemu jodoh.
Yakinlah setiap ciptaan dan pemerian Allah itu adalah terbaik. Termasuklah rupa fizikal kita. Terima dan tanamkan kepercayaan diri yang tinggi bahawa tidak ada kekurangan pun pada dri kita.
Buanglah segala rasa malu dan rendah diri. Dengan ini orang lain juga akan menerima kita seadanya. Paling penting jangan sesekali berputus ada dan terlalu paranoid dengan diri sendiri!
Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Jodoh adalah rezeki Allah SWT kepada uamtnya. Apatah lagi jika jodoh itu pasangan yang baik dan menepati pilihan kita.
Mendaat jodoh yang baik dan berseusian juga adalah hadiah dari-Nya. Manakala jika sebaliknya itu adalah ujian dan tanda kasih sayang Allah SWT.
Walau telah melakukan pelbagai usaha untuk memiliki jodoh tersebut, namun jika Allah belum mengizinkan maka jangan berputus harap, sebaiknya teruslah berusaha dan berdoa supaya jodoh itu segera tiba sebagai pemberian yang terbaik.
Barangkali ada hikmah yang tersendiri jika jodoh itu belum tiba. Sebagai hamba-Nya yang beriman, terimalah apa-apa sahaja ketentuan Allah SWT dengan sebaiknya disertai dengan reda dan berserah.