Inilah Kelebihan ke majlis ilmu. Ayuh ketahui bersama

Pesanan Luqmanul Hakim:

“Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang soleh); dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat.”

Islam sangat memandang tinggi kepada golongan yang berilmu dan cinta akan ilmu pengetahuan.

Apatah lagi ilmu pengetahuan berdasarkan agama adalah sangat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Bertepatan dengan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW iaitu perintah supaya mencari ilmu pengetahuan.

Dalam surah al-Alaq : 1-5 yang bermaksud;

“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang amat pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Banyak cara untuk memperoleh ilmu, antaranya dengan mendatangi majlis ilmu. Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu akan dibangga-banggakan Allah SWT di hadapan majlis para malaikat Selain  dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang berada dalam masjlis ilmu  tersebut.

Selain itu, banyak lagi kelebihan lain yang Allah ganjarkan kepada sesiapa yang mendekatkan diri  dalam majlis ilmu, iaitu:

1. Mendapat Ganjaran Pahala

Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu untuk menuntut Ilmu akan diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. 

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang pergi ke masjid, tidaklah diinginkannya (untuk pergi ke masjid) kecuali untuk mempelajari kebaikan atau untuk mengajarkan kebaikan. Maka baginya pahala seperti orang yang melakukan haji dengan sempurna.”

(Hadis Riwayat As-Suyuthi)

2. Diampunkan Segala Dosa

Setiap langkah ke majlis ilmu ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”

(Hadis Riwayat ath-Thabrani)

3. Dimakbulkan Doa

Dikabulkan doanya oleh Allah SWT. Seperti sabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kepada Allah SWT  dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”

(Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

4. Dipermudahkan Jalan Ke Syurga

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga.”

(Hadis Riwayat Muslim)

5. Mendapat Rahmah Dan Sakinah

Sabda Rasulullah SAW:

Tidaklah suatu kaum duduk berzikir (mengingati) Allah, melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi oleh rahmat, diturunkan sakinah (ketenangan), dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

6. Kebaikan Lebih Baik Daripada Melakukan Solat Sunat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Bahawa sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari satu bab daripada ilmu, adalah lebih baik daripada engkau melakukan solat 100 rakaat.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

7. Mendapat Kebaikan Lebih Baik Dari Dunia

Rasulullah SAW bersabda;

“Satu bab daripada ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya daripada dunia dan isinya.”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul Birri)

8. Dimuliakan Para Malaikat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Dan Sungguh Para Malaikat merendahkan sayapnya kepada para pencari ilmu sebagai keredaan  kepada penuntut ilmu”

(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud,At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban)

9. Semua Makhluk Memohonkan Keampunan

 Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya, penduduk bumi dan langit, serta semut yang berada di lubangnya dan ikan paus, mereka semua mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”

 (Hadis Riwayat Tirmizi)

10. Penerima Wasiat Rasulullah SAW

Sabda Baginda yang bermaksud,

“Akan datang kepada kamu beberapa kaum yang menuntut ilmu, oleh itu apabila kamu melihat mereka maka katakanlah kepada mereka : selamat datang kepada penerima wasiat Rasulullah SAW dan ajarkanlah kami.”

Penutup: Tuntutlah Ilmu Dunia dan Akhirat

“Menuntut ilmu adalah fardu ain ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Sentiasalah menghadirkan diri ke dalam majlis ilmu kerana terdapat begitu banyak ganjaran istimewa yang Allah SWT sediakan.

Sesungghnya ilmu Allah yang maha luas itu terkandung keberkatan bahkan menjadi tuntutan sebagai semoga muslim yang baik.

Dengan usaha memenuhi ilmu di dada bukan sahaja menjadikan diri kita beruntung di dunia, tetapi di akhirat juga, lantaran Allah SWT sangat mencintai para hambanya yang berilmu dan menyukai ilmu.

Rujukan:

  1. Ustaz Azhar Idrus, Kelebihan ahdiri Majlis Ilmu
  2. TZRH.com
  3. Sinar Harian

Bacaan Lain:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.