Masih ramai yang belum ketahui akan kelebihan bulan mulia ini. Ayuh baca bersama- sama!
Ramadan berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya. ‘Ramadh’ bermakna ‘kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari’ (Ibnu Faris- Maqayis al-Lughah).
Ramadan juga dari perkataan ‘ramadh’ iaitu teruknya kesan panas matahari (Al Raghib- Mu’jam Mufradat). Dikatakan bahawa sebab dinamakan ‘Ramadan’ adalah kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya.
Bulan Ramadan juga digelar dengan beberapa nama lain seperti;
Selain itu, dalam bulan Ramadan al-Mubarak juga terdapat begitu banyak kelebihan dan keistimewaan lain, antaranya;
Ramadan adalah penghulu bagi semua bulan. Dalam bulan ini berkumpulnya semua tuntutan ibadah seperti berpuasa, zakat fitrah, solat tarawikh, malam Lailatul Qadar, qiamullail, nuzul al-Quran, tadarus al-Quran, iktikaf, kelebihan bersedekah dan pelbagai ibadah lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.”
(Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah & al-Baihaqi)
Bulan Ramadan adalah satu-satunya bulan yang diwajibkan berpuasa atas setiap umat muslim. Ini adalah keistimewaan bulan Ramadan yang tidak difardhukan pada bulan-bulan yang lain.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah :183:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.”
Sabda Rasulullah SAW pula:
“Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqada puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Maka, beruntunglah bagi umat muslimin yang masih berpeluang merasi bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan telah diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia ke arah jalan yang benar, kepada Nabi Muhammad SAW;
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 85 yang bermaksud:
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil) maka sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan bulan Ramadan itu hendaklah dia berpuasa.”
Malam mulia yang disebutkan adalah malam Lailatul Qadar, iaitu suatu malam yang lebih baik dari 10 bulan. Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berjaya meraihnya.
Firman Allah SWT Bermaksud:
“Bahawasanya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat, bahawasanya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu dijelaskan dan ditetapkan setiap perkara yang mempunyai hikmah.”
Malam Lalilatul Qadar adalah malam yang berkat yang hanya ditemukan kepada golongan yang beribadah kepada Allah SWT.
Firman Allah: َ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Laylah al-Qadr.”
Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka, serta Allah memenjarakan syaitan sepanjang bulan Ramadan.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Ramadan telah datang kepada kamu, ia merupakan bulan yang berkat, Allah memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan.”
Sepanjang bulan Ramadan, hukuman di neraka adalah dihentikan seketika. Allah SWT melepaskan golongan dalam api neraka atas berkat bulan ini. Ini bertepatan dengan hadis Baginda Rasulullah SAW;
“Dan menyeru oleh (malaikat ) yang menyeru: Wahai orang yang suka kebaikan, Lakukanlah! wahai orang yang sukakan kejahatan, kurangkanlah! Bagi Allah, ramai orang yang dimerdekakan dari neraka. Yang demikian itu adalah setiap malam (di bulan Ramadan).”
(Riwayat Ibnu Majah)
Bulan Ramadan juga adalah bulan yang Allah ampunkan dosa para hamba-Nya. Jadikanlah bulan Ramadan sebagai bulan yang menginsafi diri dengan bertaubat dan memohon sebanyak mungkin keampunan dari Allah SWT.
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam bulan Ramadan juga bulan yang Allah akan makbulkan doa para hamba-Nya yang berpuasa. Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
(Riwayat Ibn Majah)
Menerusi hadis dari Jabir bin Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa, akan dikabulkan.”
(Hadis Riwayat al-Bazaar)
Jadi, sepanjang menjalani bulan Ramadan berdoalah sebanyak yang mungkin, tambahan lagi di waktu yang mustajab doanya seperti waktu sahur, ketika waktu berbuka, setiap kali lepas solat bila-bila masa sahaja.
Ramadan adalah bulan yang mengandungi 1001 nikmat dan kebaikan terhadap kaum muslimin. Bulan ini juga menyediakan pelbagai cara untuk meraih pahala dengan melalui pelbagai ibadah. Ini kerana Allah SWT melimpahkan pahala berkali ganda berbanding pada bulan yang lain.
Jadi Ramadan adalah hadiah yang seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan. Jangan terlalu memikirkan tentang letihanya menahan lapar dahaga, tetapi sebaiknya imbalan pahala yang Allah gantikan dengan keletihan itu. Keberkatan dan nikmat itulah yang harus direbut!
“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)