Mari menghias rumah seperti yang diajar Islam.
“Empat hal yang membawa kebahagiaan, yaitu perempuan salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kendaraan yang enak.”
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)
Rumah adalah syurga dan kebahagiaan bagi setiap orang semasa hidup di dunia. Setiap rumah yang dimiliki selalunya dirapikan dengan penuh ketenangan, keselesan serta hiasan yang disukai. Rumah bukan sahaja sebagi tempat berlindung dari hujan panas, bahkan lebih daripada itu.
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan.”
(an-Nahl: 80)
Hari ini nilai sesebuah ruamah kebanyakannya dihias dengan perhiasan serta mengikut tema tertentu berdasarkan citarasa masing-masing. Jadi, sesuatu tempat tinggal itu bukan sahaja selamat selesa, malah sedap mata memandang.
Namun, dalam teruja menghiasi rumah dengan pelabagai hiasan dan konsep tertentu, jangan pula menlanggari syarat-syarat yang ditetapkan Islam dalam mendekorasi.
Namun, apakah cara menghiasi rumah gaya Islam?
Gambar sebagai hiasan rumah sebaiknya yang bertuliskan kalimah Allah dan Rasulullah yang boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran Allah SWT dan sentiasa mengingati-Nya.
Selain itu, gambar yang sesuai juga adalah yang memaparkan pemandangan alam bukannya gambar makhluk hidup yang lain. Namun gambar fotografi keluarga diizinkan.
Jangan juga meletakkan tokoh-tokoh yang tidak menutup aurat kerana dibimbangi wujud perasaan memuja-muja manusia. Tetapi Islam mengharuskan foto alim ulama yang berkelebihan dalam ilmu Islam.
Sebagai muslim, jangan hiasi rumah dengan perhiasan yang berupa patung. Sesungguhnya malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang adanya patung.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perhiasan mewah seperti emas dan perak adalah lambang kemewahan yang sepatutnya dielakkan. Ini boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki.
Manakala perhiasan kaca seperti bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya orang yang makan dan minum dengan pinggan emas dan perak maka akan gemercik bunyi api neraka dalam perutnya. ”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanaman pokok-pokok semulajadi sangat digalakkan agar memberi kesan teduh dan menyejukkan rumah. Bahkan udara darioksigen yang dikeluarkan pohon tersebut menjadikan rumah sentiasa segar. Allah SWT berfirman seperti yang berikut:
“Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.”
(al-Insaan:14)
Permaidani sudah menjadi kebiasaan bagi melengkapkan gaya hiasan sesebuah kediaman. Terdapat perlbagai jenis permaidani termasuklah aneka corak. Permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan adalah dibenarkan utnuk dihiasi di rumah.
Ini kerana permaidani tersebut diletakkan di kedudukan yang rendah sebagai alas di lantai, yang dipijak bukannya digantung seperti diagungkan.
Sesungguhnya rumah yang kotor hanya akan menjadi tempat tinggal syaitan. Tidak ada gunanya jika sesebuah rumah itu cantik dsn besar jika tidak mengutamakan kebersihan. Bersih adalah tanda keimanan penghuni rumahnya juga, kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Jadi kediaman yang menjadi tempat yang baik adalah rumah yang bersih selain kemas dan tersusun.
Rasulullah SAW juga sangat menyeru untuk umat Islam menjaga kebersihan. Baginda pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT itu baik, dia sukakan kebaikan. Dia bersih suka kepada kebersihan. Dia mulia suka kepada kemuliaan. Dia juga pemurah suka kepada kemurahan. Oleh itu bersihkanlah rumahmu, jangan kamu menyerupai rumah orang-orang Yahudi.”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)
Dekorasi Islam yang baik juga sangat menitikberatkan bahagian tandas yang tidak diposisikan sama dengan kiblat. Kiblat adalah arah solat yang mulia dan sebaiknya tidak disamakan dengan arah tandas. Jika boleh dielakkan, elakkanlah.
Pencahayaan yang baik akan memberi kesan yang baik juga kepada penghuni rumah. Sumber cahaya baik adalah dari matahari yang dapat memasuki ruang rumah. Secara tidak langsung akan memberi kesan pengudaraan yang baik juga.
Ada waktu rumah harus kelihatan cerah dengan cahaya semulajadi bagi memberi ketenangan dna keselesaan kepada penghuninya, selain menjadikan dekorasi lebih cantik.
Rumah adalah syurga, sudah pasti setiap penghuninya mahukan rumah yang sangat menepati selera dan kehendak sendiri. Jadi dalam keghairahan menghias sepatutnya perkara-perkara yang menjadi larangan harus dielakkan bagi mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Rumah juga adalah ketenangan dalm melakuan kegiatan harian, jadi berhiaslah secara bersederhana. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan trend sehingga membazir dan berlebihan sehinggakan melanggari adab berhias yang disaran Islam.