Setiap insan semestinya mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.  Sudah tentu pasangan yang bernikah mahukan kasih sayang, tolak ansur dan rasa hormat dari pasangan masing-masing. Tidak ada sesiapa yang memilih berkahwin hanya untuk berpisah dan menjalani kehidupan berkeluarga yang hambar dan mengecewakan.

Namun, ia bukanlah suatu yang mudah kerana pasangan suami dan isteri semestinya berusaha berperanan dalam membina keluarga bahagia yang diimpi.

Al-Quran sebagai kitab rujukan utama umat Islam pastilah telah menyediakan contoh dan teladan dalam membina keluarga yang bahagia. Antara tips yang boleh kita amalkan adalah seperti:

1. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi

Didikan agama sangat penting, apatah lagi dalam keadaan dunia hari ini. Pasakkan ilmu tauhid dan didikan agam yang kukuh agar anak-anak tidak tergelincir dari landasan dengan melakukan hal terlarang.

Ajarkan anak-anak solat, pasti akan berjaya membentuk nilai akhlak yang tinggi, sekaligus menyumbang ke arah keluarga yang bahagia.

2. Mencurahkan Kasih Sayang

Anak-anak sangat memerlukan kasih dan sayang dari ibu bapanya. Berikan sepenuh perhatian agar faham mereka sangat disayangi dan bermakna kepada ibu bapa mereka.

Luangkan masa walaupun sekejap untuk memastikan anak-anak mendapat perhatian untuk bermain, bermanja, berjalan-jalan bersama-sama.

3. Meluangkan Masa Untuk Pasangan

Walau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan,  wajib untuk meluangkan masa untuk pasangan juga. Jika tidak, sesuatu hubungan akan menjadi hambar, semakin menjauh dan mengurangkan kemesraan antara pasangan serta ahli keluarga.

4. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain

Dalam setiap ahli keluarag mestilah bersikap saling menghormati, tidak kira tua atau muda. Hormati keputusan dan kebebasan untuk menyuarakan sesuatu.

Wujudkan sikap saling menyanyangi  antara satu sama lain dari mereka kecil. Hadkan gurau senda sehingga tidak menyakiti perasaan sesiapapun dalam ahli keluarga. Dengan ini, setiap ahli keluarga akan berasa dilayani dengan hormat dan disayangi semua.

5. Menunjukkan Teladan Yang Baik

Anak adalah amanah yang besar kepada ibu bapa. Dengan itu ibu bapalah contoh ikutan terawal kepada anak-anak. Jadi tunjukkanlah teladan yang baik, serta elakkanlah hal yang negatif dan buruk daripada mereka.

Berkatalah dengan tutur kata yang sopan dan lemah lembut. Ini akan melahirkan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga. Paling penting elakkan perbuatan negatif seperti bergaduh, memaki dan penderaan kerana inilah yang akan mereka lakukan semula kelak.

Larangkan ahli keluarga untuk meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tak elok dan bercakap dengan tidak sopan.

6. Komunikasi Dan Mendengar

Tanpa komunikasi yang baik, sesebuah keluarga akan menjadi renggang dan tidak akrab. Bahkan lebih banyak masalah akan timbul dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Ini kerana akan berlaku perselisihan faham kesan daripada komunikasi yang gagal.

Jadi, berinteraksi sentiasa dengan pasangan dan anak-anak. Luangkan masa untuk bersembang setiap hari. Bertanyakan khabar, bersoal tentang hal harian seperti sekolah dan tempat kerja, serta lain-lain  perkara yang boleh dibualkan.

Boleh juga jadikan waktu minum dan makn bersama sebagai waktu berbual dan bersembang. Dengan cara komunikasi sebegini setiap ahli keluarga akan berasa erat dan berkasih sayang, malah akan selalu bertanya pendapat serta mengadu akan semua hal lantaran timbul rasa percaya terhadap masing-masing.

7. Menjaga Aib Dan Rahsia Ahli Keluarga

Berushaalah sedaya upaya untuk tidak  mendeadahkan aib dan rahsia ahli keluarga, walaupun pasangan. Ini termasuklah dengan  tujuan sekadar suka-suka atau gurauan.

Dengan teknologi yang semakin canggih hari ini, aib boleh tersebar sekelip mata sahaja dan hanya memerlukan hujung jari untuk dikongsi dengan satu dunia.

Kadang-kadang semua ini berlaku tanpa sedar dan ia telah menimbulkan aib serta rasa kecewa pada pasangan dan ahli keluarga. Gembirakanlah pasangan dan keluarga dengan sentiasa menyembunyikan aib dan rahsia mereka.

8. Mengawasi Aktiviti Anak-anak

Ibu bapalah pihak yang paling bertangungjawab untuk memastikan dengan seiapa anak-anak berkawan. Pastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan yang berakhlak buruk. Tambahan lagi anak-anak yang sedang membesar yang sangat mudah terpengaruh  dan terikut.

Pastikan ibu bapa tahu setiap aktiviti anak-anak dan termasuk tempat yang dikunjungi. Hal ini bukanlah mengongkong tetapi sebagai cara memastikan ank-anak berada dalam lingkungan positif dan tidak terbabit dengan apa-apa yang tidak diingini.

Penutup: Keluarga Bahagia Adalah Harta Yang Tak Ternilai

Keluarga bahagia adalah keluarga yang diterapkan dengan ilmu agama dan pengetahuan rumahtangga yang baik. Keluarga yang bahagia juga adalah ahlinya faham akan tanggungjawab selain  mempunyai disiplin yang teratur.

Namun semua ini pastilah bermula daripada didikan dan asuhan  ibu dan bapa yang cemerlang dengan nilai-nilai Islam sehingga mampu melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Bacaan Lain:

Rujukan:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.