Ada seorang kawan letak gambar kereta Ferrari di meja kerjanya dan di wall komputernya. Dia letak sebuah gambar Banglo di depan meja kerjanya. Dia tampal gambar duit 10 juta di depannya.
Dia bagi semangat pada saya supaya berniaga sepertinya dan tampal semua itu juga.
Dia desak dan pujuk saya. Taknak ke semua ini. Saya kata baik semua ni. Bagus kau. Cuma tambah satu jadual ni di meja kau. Ini rahsia yang buat segalanya nikmat dan berkat.
Saya tunjukkan jadual hidup saya padanya yang diberi oleh seorang guru pada saya masa umur saya 12 tahun. Ini jadual lama hidup saya. Guru itu tuliskan untuk saya dulu. Saya simpan sampai hari ni. Allah ubah hidup saya asbab amalan masjid. Amalan yang dibuat oleh para sahabah rhum.
Segala puji bagi Allah, Allah hadiahkan saya melihat ratusan orang masuk Islam. Allah hadiahkan ribuan anak muda rempit dan jalanan mula jadi Daie dan alim besar.
Itu semua lebih berharga dari 2 bilion ringgit. Lebih berharga dari ferrari. Lebih berharga dari istana dunia ini. Tapi bila ada orang mula kata macam-macam. Untuk sejukkan hati orang saya sayangi.
Saya kata pada mak dari kecil,
Sebenarnya dunia ini Allah punya. Dia akan letak dunia bawah kaki orang yang nak Allah. Orang yang buat dakwah.
Mak saya cuma senyum. Akhirnya dalam kita tak nak semua tu pun, Allah boleh beri. Tapi kita hanya mulia bukan bila dapat itu semua. Tapi hanya bila kita bawa sunnah Nabi saw. Bila Allah terima kita. Jika kita tinggalkan amalan itu maka seluruh hidup ini tak bererti lagi.