Imej:astroawani
Beberapa tips yang boleh ibu bapa cuba untuk menyediakan anak-anak dengan proses transisi ini. (juga boleh diamalkan untuk yang baru nak dihantar ke pengasuh, tadika dan seangkatan dengannya).
1. Jangan jadikan hari pertama sebagai hari untuk bereksperimen – beberapa tahun sebelum sekolah, anak-anak harus dibiasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibu bapa.
Terutama untuk kanak-kanak yang tidak pernah dihantar ke rumah pengasuh atau ke tadika. Tinggalkan mereka untuk tempoh masa beransur-ansur samaada di rumah saudara, rakan atau di pusat jagaan. Proses ‘desensitization’ ini penting untuk meningkatkan daya ketahanan mereka secara natural.
2. Kerisauan datang dari sesuatu yang tidak ketahui (anticipation anxiety) – Beri penerangan dari awal kepada anak-anak melalui bercerita, berbual dan sebagainya tentang sekolah, keadaan di sekolah dan sebagainya.
Lakukan secara konsisten seawal mungkin. Ini membolehkan mereka menyediakan minda mereka (expectation development)
3. ‘Role play’ – kanak-kanak memproses emosi dengan imaginasi mereka. Role play apa yang akan berlaku, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dikatakan, kemana perlu pergi dan sebagainya menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam situasi sebenar.
4. ‘Count-down Calendar’ – sedari awal sediakan minda mereka dengan ‘hari yang ditunggu-tunggu’.
5. Ajar anak cari kawan – kanak-kanak yang pemalu memerlukan bantuan untuk proses ini. Anda boleh survey jiran-jiran, rakan sekerja atau bakal sekolah untuk kenalpasti bakal rakan sesekolah anak anda dan bina link.
Bawa mereka bermain bersama, menziarah dan sebagainya untuk anak-anak lebih mudah di sekolah kelak.
6. Beli barang sekolah bersama – ini membantu mereka rasa ‘sense of ownership’ pada pengalaman baru mereka nanti. Pergi ke sekolah ialah kemuncak acaranya.
7. Aturkan ‘body-clock’ anak anda dari awal. Tetapkan rutin tidur dan bangun awal sedikit demi sedikit beberapa bulan sebelum mula sekolah.
8. Bercerita – kenalpasti apa yang merisaukan anak anda – contohnya cikgu garang, kemudian sebelum tidur/dalam kereta ceritakan kisah-kisah yang mempunyai
9. Orientasi – banyak sekolah yang sudah memulakan langkah ini. Bawa anak-anak berjalan sekitar sekolah, berkenalan dengan guru, belajar cara beratur di kantin dan sebagainya sebenarnya sangat-sangat membantu dari sudut psikologi kanak-kanak.
10. Persediaan malam sebelum – rancang malam yang menyeronokkan. Aktiviti bersama, mengemas barangan sekolah bersama dan apa jua aktiviti yang akan meransang mood positif kanak-kanak.
11. jangan terlewat ke sekolah. Ia akan merosakkan mood kita dan anak-anak.
12. ‘A short good bye’ – jangan terlalu beremosi bila meninggalkan anak-anak. Buat seperti biasa, bina rutin goodbye anda – bersalam dan cium pipi misalnya, dan kemudian tinggalkan. Lebih lama proses ini, lebih sukar untuk anak.
13. Rutin pulang dari sekolah – pastikan ambil anak tepat pada waktu dan raikan hari mereka.
14. Jangan mengalah – kalau mereka menangis, merayu, memberontak, jangan mudah menyerah kalah dan buat sesuatu yang akan menyebabkan mereka gunakan kemudian hari sebagai taktik melemahkan kita.
15. Sekiranya mereka pulang dengan keadaan beremosi – dengar apa sebenarnya masalah mereka. Berempatilah dengan emosi mereka. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tepat untuk berperasaan demikian.
Contohnya dalam kes anak dibuli di sekolah. Sekiranya kita abaikan perasaan takut mereka, mereka akan hilang kepercayaan kepada kita.
16. Sediakan rutin harian yang konsisten – waktu hantar, ambil, kelas petang, waktu bermain, mengaji dan waktu tidur. Begitu juga dengan perancangan cuti hujung minggu. Bincang bersama mereka.
17. Tetapkan sempadan. Adakalanya anak akan mengambil kesempatan sekiranya kita tidak bertegas. Contohnya enggan ke sekolah dengan syarat belikan itu dan ini. Tetapkan had anda.
18. Sekiranya mereka berkeras tidak mahu ke sekolah, beri pilihan. Nak pergi dengan ibu atau ayah, nak pergi naik kereta atau naik motor. Tidak pergi sekolah tidak termasuk dalam pilihan.
19. Kawal emosi anda – ada ketika kita mudah naik angin atau beremosi bila anak tidak menurut kata. Pastikan apa pun tindakan kita, bukan atas sebab emosi kita.
20. Puji dan beri reward pada tempat dan keadaan yang sesuai. Apabila anak anda melalui minggu pertama dengan baik, mereka sewajarnya diberi pujian atas keberanian mereka. Ambil kesempatan berbuat demikian setulus hati anda. Ia pencapaian yang signifikan buat mereka.
Sekiranya masalah transisi ke sekolah berterusan dalam tempoh yang panjang. Anak anda mungkin mengalami kondisi seperti ‘separation anxiety’ atau ‘school refusal’. Ianya perlu penilaian lanjut untuk memastikan puncanya diteliti dan diatasi.
Antara tanda-tanda yang perlu di beri perhatian:
1. Enggan ke sekolah untuk tempoh yang panjang
2. Memberi alasan sakit yang tidak spesifik – sakit kepala, sakit perut. Tetapi sihat pada hujung minggu.
3. Enggan di tinggalkan berseorangan
4. Tidak mahu bergaul bersama keluarga atau rakan-rakan
5. Masalah gangguan tidur
6. Nampak cemas, mudah takut dan terkejut
7. Mengadu dibuli – perlu siasatan lanjut.
Persediaan yang baik akan memastikan transisi anak ke fasa seterusnya dalam hidup mereka berjalan dengan baik.
Selamat menuntut ilmu kepada adik-adik yang bakal menduduki alam persekolahan. Laluinya sebagai suatu proses yang akan mematangkan diri, memperbaiki peribadi dan menjadikan kita lebih berjaya di dunia dan akhirat.