Zoo Teruntum Dinasour terletak di Kuantan, Pahang. Jika ada yang tak tahu, Zoo Teruntum merupakan sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia dan di dunia. Zoo ini telah dibuka pada penghujang 2021. Mengapa hibrid?

Hal ini kerana Zoo Teruntum bukan mempamerkan haiwan hidup sahaja, tetapi terdapat pameran haiwan pra-sejarah yang telah pupus iaitu dinasour serta zoo safari yang terdiri daripada gorilla, panda dan lain-lain. Uniknya, kedua-dua pameran tersebut menggunakan adaptasi Teknologi Industri 4.0 serta animatronik.

Di Malaysia hanya beberapa tempat sahaja yang mempamerkan haiwan pra-sejarah ini termasuklah di Kuantan. Projek ini merupakan hasil kerjasama dengan Dinasour Encounter. Selain di Zoo Teruntum, dua cawangan lain Dinasour Encounter terletak di Pusat Sains Negara dan Zoo Melaka.

Berkeluan 4.4 hektar, terdapat pelbagai tarikan di Zoo Teruntum yang dibahagikan kepada empat zon iaitu dinasour karnivor, dinasour herbivor, haiwan dan aktiviti. Semestinya anda perlu meluangkan banyak masa di sini untuk menikmati keseluruhan tarikan yang pasti memuaskan.

Haiwan Hidup

Selain Dinasour Encounter, semestinya ramai yang ke sini untuk melihat banyak jenis haiwan hidup yang boleh anda teroka. Buaya, monyet, kuda belang, ular, semuanya ada di sini. Melihat keletah haiwan-haiwan ini pasti membuatkan kita berasa tenang dan terhibur.

Buat pengetahuan anda, kawasan haiwan hidup hanyalah 30% sahaja dan selebihnya adalah tarikan dinasour dan kemudahan lain. Walaupun begitu, banyak haiwan yang ada dan anda boleh melihat dengan dekat.

Zoo ini tidaklah besar seperti zoo negara ata zoo terkenal yang lain, namun cukup puas untuk meninjau kesemua kawasan.

Sebaiknya bawalah bersama anak-anak agar mereka mendapat pendedahan awal berkaitan haiwan-haiwan ini. Bukan itu sahaja, mereka berpeluang untuk memberi makan terhadap haiwan tersebut. Dapatlah menambah keberanian untuk dekat bersama haiwan jinak ini.

Dinasour Encounter

Jika sebelum ini kita hanya melihat dinasour di dalam filem sahaja, namun kali ini anda dapat melihat dengan dekat Tyrannosaurus Rex, Brachiosaurus, Edmontosaurus dan lain-lain.Ada lebih 30 ekor replika dinasour dengan pelbagai jenis dan saiz.

Paling menarik anda boleh mendekati dan bergambar dengan jarak dekat bersama replika-replika ini. Dengan sistem animatronik, ia membolehkan replika tersebut bergerak serta mengeluarkan bunyi sebenar agar kelihatan seakan-akan hidup.

Secara tidak langsung, anda dapat mengenali jenis dan info berkaitan haiwan pra-sejarah ini. Dah puas melihat replika, masuk dalam kawasan tertutup untuk melihat replika fossil T-Rex dan bermain pelbagai permainan menarik.

Kawasan menarik yang lain yang terletak di dalam kawasan zoo adalah Immerse Explorer, Trex Cage, makmal dinasour dan sebagainya.

Hobbit House

Sudah puas dengan dinasour, kunjungi pula ke Hobbit House atau Rumah Hobbit. Buat peminat filem Lord Of The Rings, anda pasti familiar dengan reka bentuk rumah comel ini. Kemiripan rekabentuk rumah serta dengan latar penuh kehijauan pasti membuat anda terpukau.

Pelbagai jenis tanaman ditanam dengan cantic serta tangga yang kehijauan menghiasa ruang masuk untuk ke pintu Rumah Hobbit. Tak perlu bersusah untuk ke New Zealand dan bergambar di Rumah Hobbit, di Malaysia pun ada!

Kemudahan

Banyak kemudahan disediakan oleh pihak zoo termasuklah kemudahan asas iaitu tandas dan surau yang selesa. Ada juga kiosk dan kedai yang menjual cenderamata, makanan serta minuman. Anda tak perlu risau jika terasa haus atau lapar, kemudahan ini tersedia di dalam zoo.

Tak cukup dengan itu, ada juga taman permainan buat anak-anak yang aktif dan tak kenal erti penat. Ibu bapa yang sudah kurang tenaga bolehlah berehat di kawasan sekitar sambil memantau pergerakan anak yang sedang bermain.

Rancanglah perjalanan anda ke sini sebaiknya. Jika anda ingin melihat persembahan eksklusif dari haiwan hidup dan replika haiwan animatronik, persembahan akan diadakan pada pukul 11.00 pagi, 3.00 petang dan 5.00 petang.

Berada di Kuantan tetapi tak tahu nak pergi mana? Bawa seisi keluarga ke Zoo Teruntum Dinasour yang sesuai sebagai aktiviti riadah tanpa had umur!

Tarikan baharu yang terletak di Kuantan ini sekaligus dapat menambah bilangan pelancong ke sini. Oleh itu, jika anda datang ke Kuantan, jangan lupa singgah sebentar di sini dan membawa anak-anak. Dapatlah juga mereka merasai suasana ala-ala Jurassic Park.

Lokasi: Jalan Padang Golf 25050 Kuantan, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00 pm)

Website: Dinasour Encounter

Media sosial: Facebook | Instagram

Berada di Kuantan? Ini tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi bagi memenuhi percutian menarik buat anda dan keluarga.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.