Sebagai seorang yang beragama islam dan sudah bekerja dengan pendapatan sendiri, salah satu kewajipan bagi diri kita ialah untuk mengeluarkan zakat pendapatan. Sayangnya tak ramai masyrakat islam di Malaysia yang ambil tahu tentang zakat pendapatan, apatah lagi menunaikan tanggung jawab untuk membayar zakat. Sesungguhnya kita akan diazab di akhirat nanti jika tidak membayar zakat. Jom kami kongsikan info tentang fakta dan kekeliruan zakat pendapatan.
Menurut Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zakat pendapatan berasal daripada konsep zakat al-mal al-mustafad atau zakat harta perolehan. Konsep al-mal al-mustafad bermaksud kewajipan ke atas orang islam untuk membayar zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran atau jual-beli. Untuk lebih mudah kita faham, secara ringkasnya ia merangkumi gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain yang kita perolehi.
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas semua hasil pendapatan dan gaji yang kita perolehi. Ini kerana pendapatan merupakan sejenis harta yang mempunyai potensi untuk berkembang dan boleh membawa kepada perolehan yang lumayan lebih-lebih lagi bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Jawatan professional dan jawatan tinggi pastinya memberikan gaji yang besar kepada individu tersebut.
Pastinya anda ingin tahu apakah dalil yang mewajibkan zakat pendapatan ke atas semua umat islam yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri? Di antara dalil yang berkaitan dengan zakat pendapatan ialah seperti berikut:
”Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Al-Baqarah: 267)
Dalam sebuah hadith, telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:
“Sedekah ditekankan atas setiap muslim lalu para sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan)? Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah” (HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata:
“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”
Bagi penduduk yang tinggal di wilayah persekutuan, fatwa yang terpakai ialah Fatwa Di Bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Menurut subseksyen 34(1) akta tersebut:
“Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut.”
Sementara untuk seluruh rakyat Malaysia, fatwa yang berkenaan ialah Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional dan telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.
Pastinya anda ingin tahu bagaimanakah cara untuk mengira nisab dan haul zakat pendapatan. Untuk mereka yang tinggal di Malaysia, zakat pendapatan adalah bersandarkan kepada nilai 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Itulah nisab di Malaysia.
Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan di atas beberapa faktor seperti:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)” (Al-Baqarah[2]: 267)
Ini adalah bahagian yang paling penting dan wajib untuk anda fahami. Kaedah kiraan zakat pendapatan yang diamalkan di Malaysia adalah seperti berikut:
Oleh itu, jika selepas kiraan anda mendapati bahawa anda termasuk dalam kategori yang wajib membayar zakat pendapatan, sila jalankan tanggung jawab anda sebagai seorang yang beragama islam. Zakat pendapatan boleh dibayar ke pusat zakat negeri masing-masing malah boleh juga dibuat secara online. Mudah sangat!
Itulah dia info tentang zakat pendapatan: fakta dan kekeliruan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang 3 kategori wanita islam dan maksud dan manfaat khairat kematian.
Sumber: Zakat.com.my