Xiaomi memperluaskan ekosistem gaya hidup pintarnya menerusi pelancaran tiga peranti boleh pakai terbaharu iaitu Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10 Pro dan Xiaomi Buds 6. Ketiga-tiga produk ini direka untuk membantu pengguna menjalani kehidupan yang lebih aktif, produktif dan terhubung dalam pelbagai situasi harian.
Selain memperkenalkan barisan peranti baharu, Xiaomi turut melancarkan Koleksi Violet yang menampilkan kemasan ungu elegan pada Xiaomi 17T dan Xiaomi Buds 6, memberikan sentuhan moden serta premium kepada pengguna yang mementingkan gaya.

Xiaomi Watch S5 46mm hadir dengan rekaan premium yang ringan serta dilengkapi pelbagai ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan. Jam pintar ini menampilkan skrin AMOLED 1.48 inci dengan tahap kecerahan sehingga 2,500 nits, membolehkan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari.
Bagi pengguna yang aktif, Xiaomi Watch S5 menawarkan lebih 150 mod sukan serta sistem pemantauan kadar denyutan jantung yang dipertingkatkan untuk bacaan yang lebih tepat. Ia turut dilengkapi laporan tidur mingguan dan bulanan bagi membantu pengguna memahami corak rehat mereka dengan lebih mendalam.
Dengan bateri berkapasiti 815mAh, jam pintar ini mampu bertahan sehingga 21 hari penggunaan ringan, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian tanpa perlu dicas dengan kerap.

Bagi mereka yang mahukan peranti yang lebih ringkas, Xiaomi Smart Band 10 Pro hadir dengan skrin AMOLED 1.74 inci dan reka bentuk yang ringan untuk keselesaan sepanjang hari.
Peranti ini menawarkan lebih 150 mod sukan, pemantauan kadar denyutan jantung yang dipertingkatkan serta analisis tidur yang lebih terperinci. Menariknya, Xiaomi turut bekerjasama dengan aplikasi Clue, antara aplikasi penjejakan kitaran haid yang popular di dunia.
Melalui kerjasama ini, pengguna Xiaomi Smart Band 10 Pro menerima akses percuma selama tiga bulan kepada Clue Plus yang menawarkan ciri seperti ramalan kesuburan, analisis kitaran haid dan pemantauan kesihatan wanita yang lebih menyeluruh.

Xiaomi Buds 6 pula direka untuk pengguna yang mahukan pengalaman audio berkualiti tinggi. Ia menggunakan pemacu dinamik 11mm bersama teknologi audio terkini untuk menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan seimbang.
Earbud ini turut dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC) dan teknologi pengurangan bunyi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membantu memastikan panggilan suara kekal jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.
Dengan reka bentuk separa dalam telinga yang ergonomik dan ringan, Xiaomi Buds 6 sesuai digunakan untuk tempoh yang lama tanpa menyebabkan ketidakselesaan.
Ketiga-tiga produk baharu ini boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi seluruh negara serta platform dalam talian rasmi Xiaomi.
Harga promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen Xiaomi dalam menawarkan ekosistem teknologi yang bukan sahaja memudahkan kehidupan harian, malah membantu pengguna menjaga kesihatan, meningkatkan produktiviti dan menikmati hiburan dengan lebih baik.