Mencari website untuk hiasan dalaman rumah? Untuk peminat deko rumah, kini Dresid dengan kerjasama Guocera Sdn. Bhd., secara rasmi melancarkan platform e-dagang untuk pasaran pengubahsuaian rumah.
Dresid membolehkan pengguna melayari dari konsep dalaman siap pakai hingga reka bentuk rak untuk memenuhi pelan perumahan / lantai semasa mereka, membeli bahan yang diperlukan untuk projek perumahan, dan yang paling penting, dipasang oleh kontraktor yang dipercayai.
Ini semua dilakukan secara digital di Dresid. Mudah bukan? Dengan kerjasama ini, Dresid mengambil langkah pertama dalam mengubah pasaran pengubahsuaian hiasan dalaman menjadi ruang lebih mudah dan tidak perlu tertekan mencari idea yang menarik.
Jom layari dresid.com untuk memudahkan kerja dan idea hiasan dalaman anda.