Membuat keputusan untuk kembali bekerja setelah menjadi seorang ibu sudah pasti akan merasa sedikit kekok. Beberapa perkara juga pasti berubah mengikut keadaan semasa. Kemampuan dan masa anda juga akan berubah. Kembali bekerja setelah meninggalkannya memang akan terasa agak janggal.

Selepas melahirkan bagi wanita yang memang suka bekerja, pastinya anda akan merasa masa berlalu begitu lambat tetapi tanpa anda sedari masa itu berlalu teramatlah pantas. Anda merasa begitu teruja untuk kembali bekerja atau pun tiada perasaan untuk kembali bekerja lagi.

Apabila anda sudah mula bekerja, anda akan melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja seperti biasa pada setiap hari dan masa, cuma yang menjadi kelainan adalah anda akan merindui seseorang iaitu anak anda, buah hati yng baru anda lahirkan dan ketika itu perlu berjauhan untuk beberapa jam kerana komitmen kerja.

kembali bekerja selepas melahirkan

Kadangkala ianya akan mengganggu konsentrasi anda untuk bekerja dan pastinya perkara ini sedikit sebanyak akan membuat emosi anda mudah tertekan kerana bertambahnya tanggungjawab dalam hidup. Antara tip bagi mengurangkan sebarang masalah kembali bekerja ialah :

Tips Kembali Bekerja Setelah Melahirkan Anak

Berkongsi Masalah Bersama Pasangan

Sekiranya anda mempunyai masalah di tempat kerja atau pun di rumah iaitu yang berkaitan dengan anak-anak atau anda sendiri, berkongsilah masalah tersebut dengan pasangan anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih tenang dan dapat mengurangkan beban fikiran anda. Ambillah nasihat daripada pasangan anda dan amalkan yang mana sesuai. Dengan meluahkan masalah yang anda lalui kepada si dia, kemungkinan pasangan anda dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi masalah yang anda lalui.

Membina Kepercayaan dan Keyakinan Diri

Anda perlu belajar untuk percaya bahawa anak anda selamat ditinggalkan kepada sesiapa yang anda pilih untuk menjaganya. Anda juga perlu percaya bahawa anda boleh melakukan tugas-tugas seharian anda dalam kerja seperti sedia kala tanpa terdapat sebarang gangguan. Dari kepercayaan yang di bina dalam diri anda, akan terbentuk satu keyakinan untuk anda menghadapi hari-hari yang mendatamg kelak.

Meluangkan Masa

Gunakanlah masa yang terluang untuk bersama-sama keluarga terutamanya bayi anda kerana walaupun anda sibuk sekiranya anda bijak mencari masa bersama keluarga, ini akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan terutamanya dengan si bayi kerana dia akan merasa seperti di beri perhatian dan dapat mengenali diri anda dengan dekat.

Sememangnya mudah untuk merasa tertekan kerana anda ingin  merasa selesa dengan kehidupan baru anda iaitu kembali bekerja dalam pada waktu yang sama ingin menjaga cahaya mata yang baru hadir dalam kehidupan anda. Ambillah sikap positif dan bersangka baik dalam menghadapi pelbagai masalah.

Kredit gambar kepada : ummahdesignblog.com

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.