Istilah bekerja disini sudah semestinya diketahui umum iaitu bekerja di dalam ataupun luar rumah. Sekiranya anda membaca artikel ini, sudah semestinya anda seorang ibu yang tergolong dalam kategori bekerja di luar rumah dan itu saya sangat pasti. Dengan itu anda merasakan yang anda memerlukan nasihat dan tip bagi kehidupan anda.
4 Tips Untuk Ibu Bekerja
Pengurusan masa
Para ibu perlu memberi keutamaan kepada keluarga dan dalam masa yang sama perlu ada komitmen pada kerja. Kebanyakkan masa bagi seorang ibu yang berkerjaya adalah amat terhad untuk keluarga dan banyak dihabiskan untuk waktu kerja. Sebagai seorang ibu, isteri, dan wanita yang berkerjaya anda perlu bijak dalam menguruskan masa iaitu tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi dalam masa yang sama, ini kerana akan memberi kesan kepada anak-anak dan pasangan anda yang akan merasakan diri mereka tidak begitu penting bagi anda.
Keprihatinan
Sikap prihatin kepada anak-anak dan kepada pasangan akan memberi impak yang positif. Mereka akan lebih cenderung untuk membantu anda dan mengambil berat mengenai perkara yang berkaitan dengan diri anda kerana mereka menyedari bahawa anda memberi perhatian kepada mereka walaupun dalam keadaan yang sibuk.
Mengambil peluang
Oleh kerana masa yang ada bagi para ibu tidak mencukupi, anda perlu bijak mengambil peluang contohnya ketika menghantar anak-anak ke sekolah, masa yang ada untuk bersama di dalam kereta walaupun hanya sekejap tetapi sudah cukup untuk anda mendengar sedikit masalah anak-anak. Juga bagi pasangan anda, tidak luak rasanya masa yang anda luangkan hanya untuk menelefon ataupun menghantar mesej yang menunjukkan rasa cinta anda kepada si dia, dengan itu, pasangan anda akan merasa lebih dihargai dan disayangi.
Menghadapi masalah dengan bijak
Sebagai seorang wanita, isteri juga ibu yang berkerjaya, anda perlu memahami dan bersedia dengan risiko yang bakal anda hadapi dalam institusi kekeluargaan terutama apabila menghadapi masalah. Masalah yang mendatang perlu ditangani dengan bijak dan elakkan daripada lari dari masalah kerana ini menunjukkan sikap tidak matang anda kerana perkara ini akan mempengaruhi rasa hormat anak-anak dan pasangan anda itu sendiri.
Berjalanlah dan lihatlah jauh ke hadapan dan sebenarnya anda dapat membezakan yang mana satu merupakan kebaikan bagi keluarga dan menjadikan anda lebih bertenaga dan bergembira. Sudah semestinya sikap positif yang ada pada diri walaupun penat akan membuatkan orang di sekeliling anda juga akan merasa aura kebahagiaan itu bersama.
Semoga tips hari ini membantu ibu yang bekerja
Kredit gambar kepada : http://galerimuslimah-azzahra.blogspot.com.au